129 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di parlimen semalam telah berpakat untuk menyokong usul Kerajaan BN berkenaan penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang. Usul itu dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan dibahaskan selama tujuh jam dari pukul 12.30 tengah hari oleh seramai 18 wakil rakyat iaitu sembilan daripada BN dan sembilan wakil pembangkang, antaranya Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Usul itu pada mulanya dipersetujui diputuskan melalui undi persetujuan suara semasa sidang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Ronald Kiandee.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang bertegas mahukan pengundian dijalankan melalui belah bahagi berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat Perkara 44 (3) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan mesyuarat selepas itu bersetuju dengan cadangan pembangkang.
Kesemua 78 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir menolak usul berkenaan demi memperjuangkan tuntutan rakyat agar harga minyak diturunkan.
Rakyat yang memerhati dari luar kamar parlimen pastinya berasa amat kecewa dengan sikap sombong dan zalim pemimpin BN yang secara membabi buta menyokong usul yang dikemukakan walaupun rakyat dikawasan parlimen mereka juga merasai keperitan kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini.
Inilah natijahnya bila rakyat memberikan sokongan majoriti kepada BN bagi menguasai parlimen. Arahan ketua Whip dan Perdana Menteri BN menjadi satu arahan yang wajib didengar. Walaupun ada kalangan ahli parlimen BN yang tidak bersetuju dengan dasar ini seperti Mukhriz, tapi mereka enggan menolaknya demi menjaga periuk nasi mereka.
Harga minyak dinaikkan lebih awal pada 4 Jun lalu sebelum persidangan Parlimen dan tindakan membawa usul berkaitan dengan kenaikkan ini seumpama satu tindakkan menghina rakyat yang kini terhimpit. Memang memalukan, kerana harga minyak naik dulu sebelum diluluskan diparlimen. Ini adalah satu tindakan yang tidak demokratik dan drakonian kerana suara rakyat dan wakilnya langsung tidak diendahkan.
Perdana Menteri BN juga sebelum ini melarang rakyat berdemontrasi dan anggota polis dikerah mengawal bantahan rakyat. Pergerakkan dan kebebasan rakyat dikongkong. Ini menjadikan rakyat semakin tidak selesa dan tertekan. Inilah hadiah dari BN atas usaha sebahagian rakyat yang masih kabur dan enggan menukar Kerajaan pada pilihanraya lalu.
Disaat rakyat Selangor bergembira dengan khabar pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu oleh kerajaan PAKATAN, seluruh negara tegar bermuram durja atas kezaliman BN! tahniah penyokong BN. Anda telah masukkan pasir dalam periuk nasi SENDIRI!
Dan jangan lupa, ANDA juga BERDOSA pada seluruh rakyat yang tertindas kerana undi anda pada BN! ANDA juga tergolong dari kalangan PENZALIM dan sesungguhnya orang yang ZALIM dan PEMBANTU-PEMBANTU mereka itu akan menerima balasan masing-masing kelak!
Kepada mereka yang telah insaf dan menolak tindakkan BN ini, ayuh sertai bantahan satu juta rakyat di Padang Timor, Petaling Jaya (Depan Amcorp Mall), jam 10 pagi pada 6 Julai nanti.
Sampaikan mesej ini pada semua rakyat untuk bergabung bagi memberikan tekanan pada BN untuk turunkan harga minyak!
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment