PAS menggesa kerajaan untuk segera memperluaskan penggunaan gas asli untuk kenderan NGV. Ini membolehkan rakyat beralih kepada bahan bakar yang lebih menjimatkan itu.
Pengunaan bahan petroleum pasti dapat dikurangkan dengan bertambahnya penggunaan gas seperti NGV yang tentunya lebih murah. Kerajaan dengan itu dapat kurangkan kos subsidi minyak tanpa perlu naikkan harga minyak.
Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa di dalam blognya menyatakan Malaysia adalah antara negara yang terbaik di rantau Asia dalam mempunyai rangkaian saluran paip gas asli - PGU. (Peninsula Gas Utilisation). Malang, penggunaan gas asli hanya tertumpu kepada stesen janakuasa dan industri tertentu sahaja. Rangkaian saluran gas PGU yang telah merangkumi semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Kelantan, tidak digunakan sepenuhnya.
Setakat ini, Petronas hanya memiliki kurang dari 40 stesen NGV dalam negara. Jumlah ini tidak sampai 5% stesen yang dimiliki Petronas. Memandangkan hanya Petronas yang berhak membangunkan stesen NGV maka nyatalah Petronas tidak menumpukan usaha sepenuhnya ke arah meluaskan lagi kegunaan bahan bakar ini. Banyak industri yang perlukan bekalan gas asli dari system PGU untuk operasi mereka, gagal memperolehinya.
Dengan sumber gas asli yang begini banyak, rakyat negara ini sepatutnya sudah dapat merasakan faedah dan nikmat.
Ia tidak berlaku kerana kurang perancangan dan visi. Nyata benar lemahnya kerajaan pimpinan Abdullah.
Negara kita tidak kekurangan sumber tetapi kekurangan kesungguhan dan kebijaksanaan, tambah Husam.
Petronas yang telah gagal melaksanakan program NGV seharusnya tidak lagi terlibat dalam 'sales and distribution' untuk NGV dan gas asli. (buat masa ini pun penjualan gas asli kepada industi dilaksanakan oleh Gas Malaysia.)
Sebaliknya, Petronas seharusnya bertindak sebagai pembekal pukal dan memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan rakyat. Datuk Husam juga mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi kepada pemilik kenderaan untuk membeli balang gas NGV. Kos pemasangan sistem NGV pada kendeaan ialah sekita RM3,000 sehingga RM7,000 bergantung kepada jenis kenderaan.
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment