Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi

Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.

Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu.



Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim.

Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk 'retaliation' pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan:

Image "Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata.

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam).

Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Kedutaan Turki kerana ancaman bunuh yang diterima beliau.

Hari ini Parti KeADILan Rakyat akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Bangunan Parlimen pada jam 1 tengahari.



Baca Selanjutnya...

Kehadiran kereta polis cemaskan penyokong Anwar Jun 29, 08 9:27am

Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Hotel Quality Shah Alam 'cemas seketika' seketika pagi ini apabila dua buah kereta peronda polis muncul di depan pintu utama hotel tersebut kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Begitu juga dengan para wartawan yang telah berkampung di hotel tersebut sejak semalam, terus bergegar merakamkan foto dua buah kereta peronda tersebut.

anwar police car Bagaimanapun, keadaan tenang semula apabila kereta peronda tersebut beredar dari situ kira-kira semula 10 minit kemudiannya.

Sebelum itu, seorang pegawai PKR kelihatan bercakap dengan anggota polis tersebut.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, beliau berkata, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak yang menghubungi polis mengatakan ramai orang berkumpul di hotel tersebut.

Jadi mereka datang untuk menyiasat. Selepas dimaklumkan bahawa PKR mengadakan seminar sejak semalam, maka mereka beredar dari situ.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa ketua umum PKR itu akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar - Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa dia telah diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri tersebut.

PKR mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Parti itu menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Bercakap kepada pemberita pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu PKR, sewaktu pilihanraya umum.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latarbelakang Saiful.

Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Baca Selanjutnya...

1,000 hadiri Malam Himpunan Rakyat Anti-ISA


Kira-kira 1,000 orang menghadiri Malam Himpunan Rakyat Anti-ISA yang berlangsung di Stadium Melawati di Shah Alam malam ini.

Malam anjuran Gerakan Mansuhkan (ISA) itu - yang bertemakan 'Malaysia bebas dari ISA' - diadakan sebagai tanda sokongan padu kepada tahanan ISA serta kempen mansuhkan ISA.

Ia bermula kira-kira jam 9.30 malam, dengan ucapan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan diikuti dengan tayangan multimedia tentang tahanan ISA dan temuramah dengan isteri-isteri tahanan.

Para isteri tahanan ISA yang hadir pada malam ini, memakai tudung merah hati dan berjubah hitam.

Turut hadir ialah kira-kira 50 orang penyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang membawa bendera warna oren bertulis HINDRAF.

Manakala pemidato pada malam ini ialah naib presiden PAS, Mohamad Sabu, naib presiden PKR, R Sivarasah yang juga ahli Parlimen Subang; ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim (PSM), Saari Sungip, penulis Lee Ban Chen dan penyelaras Hindraf, RS Thanenthiran.

Sempena majlis pada malam ini, baju-T berwarna merah hitam bertulis 'MANSUHKAN ISA ZALIM' dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen memansuhkan ISA. Ia dijual pada harga RM20.

Turut dipromosikan pada malam ini ialah buku bertajuk 'Dunia tanpa suami' tulisan tiga isteri tahanan dan bekas tahanan ISA - Norlaila Othman, Roha Hashim dan Aliza Jaafar. Ia jual pada harga promosi RM10.

Ucapan para pemidato pada malam ini, diselang-selikan dengan deklamasi sajak oleh setiausaha politik menteri besar Kelantan, Anual Bakhri Haron yang bertajuk 'Surat Untuk Ayie, persembahan nasyid dan sebuah pentomin.

Syed Ibrahim juga mengisytiharkan bahawa pada hari Ahad, mulai esok, mereka akan memakai baju merah hitam sehingga ISA dimansuhkan.

Beliau turut meminta orang ramai memakai baju merah hitam dan disambut dengan tepukan gemuruh, tanda setuju, dari para hadirin.

Baca Selanjutnya...

AMK kawal Anwar di Hotel Quality

Angkatan Muda Keadilan (AMK) sedang mengumpulkan ahli-ahlinya untuk ditugaskan mengawal sekitar Hotel Qualitiy di Shah Alam untuk menghadapi kemungkinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dalam tempoh 48 jam ini.

Difahamkan, mereka sedang mengumpulkan kira-kira 1,000 orang ahli AMK dari 22 bahagian PKR, khususnya di Selangor mengawal pintu-pintu masuk utama ke hotel berkenaan.

Anwar berada di hotel tersebut bersama pemimpin-pemimpin utama PKR selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya petang semalam, yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar berkata laporan tersebut adalah rekaan semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata ia diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku termasuk mereka bukti dalam kes-kes yang dibuat terhadapnya pada 1998-1999.

Manakala PKR pula berkata polis telah menahan kakitangan Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Menurut parti itu lagi, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Penyokong Anwar juga semakin ramai berkumpul di Hotel Quality Shah Alam.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Baca Selanjutnya...

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.

anwar quality hotel 270608 crowdSebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Baca Selanjutnya...

'Peace Walk' menuju Sogo anjuran Geramm, esok(28/6/08) jam 3.00 petang

Kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti diteruskan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk) yang akan diadakan esok(28/6/08) bermula jam 3.00 petang di empat tempat pertemuan.

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis dijangka menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Sekretariat Geramm, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam sidang media selepas demonstrasi aman di Masjid Negara hari ini menjelaskan program tersebut akan bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah.

Katanya, Kempat-empat tempat pertemuan ini akan disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm.

Beliau yang juga Ketua AMK mengalukan masyarakat untuk ikut serta dalam 'Peace Walk' tersebut.

"Ini bukan demonstrasi tetapi merupakan berjalan kaki secara aman untuk memberikan kesedaran kepada rakyat. Dan apabila berkumpul di Sogo, kami akan mengedar risalah mengenai kesan kenaikan harga minyak serta ucapan daripada beberapa orang pimpinan kami," katanya.

Di samping itu katanya, pihaknya juga akan berusaha untuk mengumpul satu juta petisyen rakyat yang dilakukan secara online dan bertulis.

Katanya, orang ramai yang ingin melakukan petisyen secara online boleh melayari laman web Geramm di www.geramm.org.

Tambahnya, sejak seminggu petisyen tersebut dilancarkan, Geramm berjaya mengumpul 10,000 tanda tangan. Beliau menaruh keyakinan Geramm dapat mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat seluruh negara sama ada secara online atau bertulis.

Sementara itu, Shamsul menegaskan pihaknya juga akan mengerahkan seluruh jentera Pemuda di peringkat negeri bagi mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai dan akan diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan turut serta dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

"Pada 7 Julai, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul bantahan kenaikan harga minyak di parlimen berdasarkan bantahan sejuta rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan Pemuda PAS telah menggerakkan semua ahlinya terutama di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi memastikan sasaran sejuta rakyat tercapai dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Katanya, bermula esok Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun ke pasar malam di seluruh kawasan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan kenaikan harga minyak ini.

Dalam pada itu katanya, sehingga hari ini lebih 40,000 tanda tangan berjaya dikumpul Pemuda PAS.

Sementara itu, demonstrasi yang diserta 5,000 orang Masjid Negara berjalan aman tanpa sebarang kekecohan atau gangguan daripada pihak keselamatan.

Dalam pada itu, baju T Geramm berwarna merah turut dijual di perkarangan Masjid Negara dan mendapat sambutan orang ramai. - mns

Baca Selanjutnya...

Kaji semula paras garis kemiskinan

Kerajaan mesti mengkaji berapakah nilai Paras Garis Kemiskinan (PGK) sebenar selepas kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini. Perkara ini mat penting kepada kerajaan dan rakyat bagi mendapat gambaran sebenar berapa jumlah fakir miskin yang terdapat di dalam negara kita.

Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar kerana dikhuatiri nanti rakyat yang hidup di bawah paras garis kemiskinan terus menderita tanpa pembelaan. Apa yang penting dengan memperolehi jumlah orang miskin yang sebenar ini, kerajaan akan lebih serius melaksanakan dasar-dasar dan program yang dapat membantu mereka.

Dalam jawapan semasa sidang parlimen semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham Abdul Aziz menjelaskan bahawa jika PGK adalah RM1,500 maka jumlah orang miskin di setiap negeri secara puratanya mencecah 24.3%.

Ini adalah anggaran sahaja, di mana adalah dijangkakan jumlah yang sebenar adalah melebihi 25 %. Angka ini sangat tinggi dan ia menggambarkan bahawa kerajaan BN gagal mentadbir negara dengan baik sehingga jumlah orang miskin melebihi 25 %.

Kita bimbang jika langkah-langkah drastik dan sistematik tidak ambil negara kita akan berhadapan dengan masalah sosial dan jenayah yang amat teruk kerana masalah kemiskinan ini.

Dalam konteks negeri Melaka umpamanya jumlah keluarga yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini adalah 785 keluarga. Dengan keadaan semasa yang semakin mendesak ini sudah tentu jumlah ini bertambah dengan berlipatkaliganda.

Adalah dijangkakan jumlah keluarga miskin di negeri Melaka ini melebihi 25 % jika PGK adalah RM1,500. Angka ini adalah sangat besar jika kita bandingkan dengan jumlah penduduk Melaka yang jumlahnya lebih kurang 1 juta orang.

Kerajaan Negeri Melaka mesti mengeluarkan statistik terbaru tentang jumlah sebenar keluarga miskin dan diharapkan fakta sebenar ini tidak disembunyikan. Program dan rancangan bersepadu dan menyeluruh mesti dijalankan dengan segera bagi memastikan golongan yang miskin tidak terus hidup dalam kedhaifan dan kesengsaraan.

Kita bimbang jika masalah kemiskinan akibat inflasi ini tidak ditangani dengan berkesan, gejala-gejala negatif seperti masalah sosial dan jenayah akan meningkat menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan tidak aman dan celaru.

PAS Melaka mendesak kerajaan negeri Melaka agar berbincang dan mengusulkan kepada kerajaan pusat supaya menurunkan harga minyak dan mengawal harga barangan harian sebagai satu usaha untuk mencegah inflasi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti negara kita akan lebih aman dan sejahtera dengan penduduk miskin akan semakin berkurangan.

http://pasmelaka.blogspot.com"

Baca Selanjutnya...

Bila Islam mula diremehkan oleh Orang Islam sendiri

Salam pembaca, penulis rasa pilu sejak kebelakangan ini apabila perkara yang berkaitan dengan agama ISLAM mula diremehkan oleh orang ISLAM sendiri dan yang bukan ISLAM. Lebih malang apabila seorang yang bergelar Datuk Dr Mashitah Ibrahim & berjawatan tinggi dalam kerajaan sendiri sanggup memperlekehkan usaha ISLAM walaupun seremeh dakwah memakai kasut tumit tinggi & gincu tebal mahupun berserban.

Mungkin Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak bernafsu melihat wanita berkasut tumit tinggi dengan punggung meletit kebelakang (tonggek) sehingga boleh diletak cawan, tetapi bagi kami lelaki gelisah juga mata untuk melihat walaupun tidak terniat untuk merogol.

Apakah hukumnya apabila sesuatu perbuatan itu boleh menggangu nafsu seseorang? Ustazah juga perlu meneliti setiap berita dengan jelas dan betul supaya Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak kelihatan seperti budak sekolah rendah apabila berbicara. Pada perhatian penulis pun mengganggap perkara yang dicetus oleh MPKB amat memeranjatkan tetapi penulis & Datuk Dr Mashitah Ibrahim perlu membezakan antara PERATURAN MPKB dengan USAHA DAKWAH yang dilakukan oleh pihak kerajaan Kelantan & MPKB. Apa yang digembar-gembur merupakan usaha dakwah untuk menjaga ISLAM & IMEJ BANDARAYA ISLAM yang telah dilaungkan oleh Kerajaan Kelantan. Apakah salah apabila imej-imej wanita ISLAM sejati cuba ditampilkan tidak sepertimana peraturan berseluar dalam/bikini yang diwajibkan oleh pusat hiburan air @ hotel-hotel ketika mandi dikolam renang yang jelas Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak kisah pun kerana mungkin Datuk Dr Mashitah Ibrahim merasakan ianya dalam keadaan darurat sepertimana dibolehkan melacur ketika darurat.

Penulis juga amat berharap Pihak MPKB dapat mengawal penjualan UBAT KUAT dikaki-kaki lima sekitar Kota Bharu yang mungkin menjadi punca utama lelaki cepat terangsang apabila melihat wanita bergincu tebal & berkasut tumit tinggi ini. Kajian & pencegahan mesti dilakukan secara menyeluruh bukan hanya pada wanita tetapi pada lelaki juga. Tidak sukar bagi kita menjelaskan fakta berkenaan wanita berpakaian seksi penyebab kes rogol atau wanita bertudung pun dirogol juga. Melalui pengamatan akal, Produk untuk percubaan (TESTER) atau makanan yang terdedah merangsang manusia membelinya tetapi adakah PRODUK TESTER/MAKANAN YANG TERDEDAH menjadi pilihan kita. Sudah tentu tidak kerana produk baru /makanan yang tertutup menjadi pilihan kita yang dirasakan baru, bersih & baik. Begitulah juga disebalik tafsiran WANITA BERTUDUNG PUN DIROGOL KERANA PEROGOL DIRANGSANG OLEH WANITA YANG SEKSI/TERDEDAH TETAPI PEROGOL MEMIKIRKAN WANITA YANG SEKSI SUDAH BASI/JEMU DAN PADA FIKIRANNYA WANITA BERTUDUNG BANYAK RAHSIA TERSELINDUNG, BARU, BERSIH & SEGAR KERANA ITULAH WANITA BERTUDUNG PUN DIROGOL. Walau apa pun pandangan anda terhadap pencegahan jenayah rogol ianya perlu diterima dan dipertimbangkan dengan akal & ilmu.

Bagi penulis, NGO seperti SIS & orang bukan ISLAM tidak layak membicarakan perkara berkaitan dengan ISLAM kerana ISLAM berpaksikan AL-QURAN & AL-SUNNAH bukan berlandaskan hujah akal & mulut yang bodoh & dangkal berkaitan dengan ISLAM. Samalah juga sekiranya TN GURU NIK AZIZ memberi komen berkaitan agama KRISTIAN @ BUDDHA sudah tentu ramai akan mengkritik BELIAU kerana diluar pengetahuan agama TG Nik Aziz. Mengapa SIS @ Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak pernah membantah komen Datuk Azlina bahawa menutup aurat seperti bertudung @ pakai pakaian labuh tidak memberi kemajuan, ataupun menegur Datin Sri ROSMAH apabila berlaga pipi dengan jejaka-jejaka Bollywood suatu ketika dulu. Usahlah meremehkan perkara yang kita sendiri tidak mampu mencegah @ menegurnya walaupun sebesar zarah sekalipun, biarlah MPKB & Orang KELANTAN memahaminya.

Kepada Ketua Pengarang THE STAR, Wong Chun Wai usahlah bermain API dengan UMAT ISLAM kerana kamu bukan ISLAM malahan JAHIL TENTANG ISLAM. Kalau pun engkau tahu pasal ISLAM pun mungkin ISLAM HAD-HARI @ ISLAM ORANG UMNO. Jika kau rujuk ISLAM ORANG UMNO semuanya boleh raba punggung boleh, mabuk boleh, rasuah boleh, bom orang pun boleh, tak solat @ tak menutup aurat boleh tetapi kau perlu merujuk ISLAM YANG DIGARISKAN OLEH ALQURAN & HADIS. Mungkin kau anggap mustahil untuk kau rujuk ALQURAN & HADIS begitulah juga kami mengganggap mustahil bagi kami merujuk kitab SIKH bahawa serban diwajibkan dalam agamanya kerana kebanyakan SINGH sudah jarang berserban. Begitulah juga umat ISLAM pun diberi pilihan untuk tidak berserban tetapi hormatilah HAK umat ISLAM yang ingin berserban kerana ianya merupakan antara pakaian utama IDOLA umat ISLAM NABI MUHAMMAD SAW seterusnya menjadi SUNNAH pada umat ISLAM yang boleh mengamalkannya. HORMATILAH HAK AGAMA MASING-MASING Kenapa Perlu mempertikaikannya sedangkan Ketua Pengarang THE STAR, Wong Chun Wai bodoh pasal ISLAM. Bukan masalah Alim @ menjadi orang ARAB tetapi berserban antara sunnah yang mampu diikuti oleh PELAJAR PONDOK. Sesiapa yang mengikut SUNNAH mendapat PAHALA, ITU SAHAJA. BUKANKAH IANYA BERKAITAN AGAMA. BIARLAH HAK MEREKA, SELAGI MANA MEREKA TIDAK MEMPERTIKAIKAN HAK MEREKA YANG KAMU KECAPI HARI INI.

KEPADA UMAT ISLAM YANG BERILMU DISERU AGAR BERHATI-HATI DALAM MEREMEHKAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISLAM KERANA ORANG BUKAN ISLAM seperti Ketua Pengarang THE STAR, Wong Chun Wai akan BERANI & MENCARI PELUANG meremehkan perkara-perkara berkaitan agama ISLAM. Tidak salah UMAT ISLAM DITEGUR @ DIKRITIK TETAPI BIARLAH MENGKRITIK DENGAN ILMU DAN HUJAH yang berlandaskan rujukan AL-QURAN & HADIS bukannya ulasan akal kosong yang sememangnya prejudis kepada manusia ALIM & manusia yang memilih POLITIK ISLAM.

BANGKITLAH PEJUANG ISLAM MENEGUR KECELUPARAN DAN KEJAHILAN ORANG BUKAN ISLAM YANG TERUS MENGKRITIK ISLAM. ISLAM TIDAK AKAN MUSNAH WALAU DIHINA TETAPI UMAT ISLAM AKAN DIPANDANG HINA OLEH ALLAH SEKIRANYA TERUS MEMBIARKAN ISLAM DIHINA OLEH MERAKA YANG KAFIR DAN JAHIL. LIHATLAH SERUAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD: JANGAN SESEKALI KITA MENGHINA TUHAN MEREKA (ORANG BUKAN ISLAM) KERANA MEREKA AKAN MENGHINA TUHAN KAMU. Lihatlah betapa mulianya ISLAM melarang agama lain dihina. berpesan-pesan antara kita walaupun sebesar zarah sekali pun. ALLAHUAKHBAR!!!!

Baca Selanjutnya...

Sanglang: Mari Bermain 'Angka-Angka'!!!!


DUN Sanglang termasuk dlm Parlimen ARAU, bersama DUN Pauh, Tambun Tulang, Guar Sanji, dan Simpang Empat. Keputusan PRU12 yg lalu, bagi kesemua DUN2 dan Parlimen Arau adalah spt berikut :

P003 ARAU (39,877)
Ismail Kassim (BN) 16,451
Dr Haron Din (PAS) 16,151
Undi Rosak 586
Majoriti 300

N11 Pauh (8,107)
Syed Razlan Syed Putra (BN) 4,461
Abu Bakar Ali (PAS) 1,889
Undi Rosak 132
Majoriti 2,572

N12 Tambun Tulang (8,683)
Shahidan Kassim (BN) 4,371
Che Nordin Che Ahmad (PAS) 2,361
Undi Rosak 138
Majoriti 2,010

N13 Guar Sanji (8,180)
Jafperi Othman (BN) 3,736
Ahmad Adnan Fadhil (PAS) 3,034
Undi Rosak 93
Majoriti 702

N14 Simpang Empat (6,961)
Rus'sele Eizan (PAS) 2,878
Zahari Bakar (BN) 2,825
Undi Rosak 82
Majoriti 53

N15 Sanglang (7,946)
Abdullah Hassan (BN) 3,384
Hashim Jasin 3,235
Undi Rosak 92
Majoriti 149

Melihat kpd 'angka-angka' di atas, ada beberapa hal yg tidak logik, pelik, aneh, tidak masuk akal, dan tidak boleh diterima sama-sekali, serta sangat menimbulkan persoalan yg tidak berkesudahan - malah tidak ada suatu jawapan yg munasabah yg boleh diberikan, selain dari PENIPUAN yg dilakukan oleh BN dan SPR. Di antaranya :

1) Bilangan yg keluar mengundi, dgn mencampurkan undi yg diperolehi oleh calon BN, calon PAS, dan undi rosak bagi parlimen Arau adalah 33,188; manakala jumlah yg mengundi bagi kelima-lima DUN termasuk undi rosak adalah 32,711 sahaja!!!

Ini bermakna (seolah-olah) ada seramai 477 orang yg hanya mengundi utk parlimen sahaja tetapi tidak mengundi utk DUN?? Bukankah setiap pengundi masing2 diberikan 2 kertas undi - Parlimen dan DUN? Mengapa berlakunya percanggahan 'angka' tersebut? Ke mana menghilangnya 477 kertas undi DUN, atau dari mana datangnya 477 kertas undi Parlimen itu? Adakah logik bahawa seramai 477 orang pengundi hanya memasukkan kertas undi ke dlm peti undi parlimen sahaja dan membawa keluar kertas undi DUN? Untuk apa? 477 orang!!! Perlu diingat bahawa bagi parlimen Arau, BN menang hanya dgn majoriti 300 sahaja...itupun setelah dicampur dgn 'undi pos' yg tidak diketahui bilangannya!!!

2) Bagi DUN Sanglang, PAS mendakwa telah menang dgn majoriti 47 undi...akan tetapi pegawai SPR telah 'tersilap' mengumumkan bahawa BN yg menang...dan mahkamah telah membenarkan petisyen PAS itu.

Soalnya, kalau SPR tersilap mengumumkan jumlah undi yg sepatutnya telah tertukar antara PAS dan BN, dgn mengumumkan bahawa BN yg menang dgn majoriti 47 undi, mungkin itu boleh diterima akal. Ada logiknya. Tetapi apa yg diumumkan ialah, BN menang dgn majoriti 149 undi!! Dari mana mana datangnya 'angka' 149 itu?

Kalau mahkamah telah membenarkan petisyen PAS itu, dan sekiranya jumlah undi 3,235 yg diperolehi PAS itu betul, maka undi yg sepatutnya diperolehi oleh BN hanyalah 3,188 sahaja (termasuk undi pos)...dari mana datangnya 'angka' 3,384 itu? Dan sekiranya jumlah undi BN 3,384 (termasuk undi pos) itu betul, maka undi yg sepatutnya diperolehi oleh PAS adalah 3,431, dan bukannya 3,235! Ke mana menghilangnya 196 undi utk PAS tersebut?

3) Berapa jumlah 'undi pos' yg sebenarnya bagi satu-satu Parlimen atau DUN? Apakah jumlahnya telah tetap spt yg didaftarkan, atau bilangannya boleh ditambah sesuka-hati atau sewenang-wenangnya?

Seringkali kita mendapati bahawa ramai wakil rakyat BN hanya menang kerana undi pos semata-mata.....ini menunjukkan bahawa 'undi pos' ini sangat 'menentukan' sekali dlm mengekalkan pemerintahan BN selama ini. Dan seringkali juga kita mendapati bahawa undi pos bagi Parlimen atau DUN tertentu begitu besar sekali jumlahnya sampai beribu-ribu, sehingga nampak sungguh tidak logik dan tidak masuk akal sama-sekali!

Pakatan Rakyat perlu mendesak SPR supaya memansuhkan UNDI POS sama-sekali, dan setiap anggota tentera dan polis sepatutnya mendaftar sebagai 'pengundi awam' di kawasan di mana mereka bertugas. Tidak perlu lagi kpd 'undi pos' kerana ia sangat mendedahkan kepada penipuan yg nyata! Begitu juga terhadap kaki-tangan kerajaan yg menjadi petugas SPR.

Saya sangat percaya bahawa sekiranya dijumlahkan seluruh undi pos dlm pilihanraya, maka jumlah adalah berlipat kali ganda drp jumlah sebenar anggota tentera dan polis yg terdapat dlm negara kita.

Baca Selanjutnya...

Kenapa tak bogel saja...

Mashitah kata surat pekeliling serta risalah etika berpakaian untuk wanita muslimah yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) supaya menutup aurat sebagai perkara remeh temeh? MasyaAllah. Dia sedar tak apa yg dia cakap tu. Tak serikkah dia dengan kontroversi pompuan boleh melacur kalau darurat dulu? Malang sungguh. Janganlah kerana periuk nasi serta mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina dan meminggirkan Islam. Kalau kata-kata tu keluar dari orang bukan ahli agama, mungkin orang tak pelik sangat, tapi ni dari Ustazah…MasyaAllah.

Mashitah kata “sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial”

“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.”

Cuba perhatikan ayat Allah ini;

‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’(Al-Ahzab 33 : 59)

Ingin bertanya kepada Mashitah, apakah kenyataan beliau itu menunjukkan ayat-ayat Allah adalah perkara kecil dan remeh-temeh ?

Dan sekarang giliran Mashitah pula bertanya kepada diri beliau sendiri;

‘Apakah yang aku dan kerajaan BN telah lakukan untuk menangani gejala social? Apakah yang aku dan Ustaz-Ustaz BN telah lakukan untuk mengatasi masalah pengkid dan menangani masalah sosial?

Dan sekarang saya bertanya semula, apakah contoh tauladan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat? Bagaimana rakyat wanita nak pakai tudung kalau di lihat mereka pemimpin, menteri wanita dan isteri-isteri menteri-menteri sendiri bebas tak bertudung?Memang soal iman masing-masing tapi bukankah kepimpinan melalui tauladan?

Pelik. Apabila berlaku sesuatu kejadian jenayah atau gejala sosial, mengapa sibuk mencari formula dan bertanya professor itu professor ini, sedangkan peraturan dan hukum Allah ada. Mengapa tidak ingin kembali kepada panduan dan hukum Allah sedangkan Dialah yang menciptakan kita. Maka mestilah Dia tahu di mana kelem ahan kita dan apa yang kita perlukan di dalam hidup kita. Pelikkan…Sungguh pelik!

Bacalah dua buah puisi ini untuk dita’akul dan di fikir-fikirkan
Tudung (1)

Tudunglah makanan itu
Agar tidak disinggah lalat
Tudunglah dirimu itu
Agar tidak disinggah laknat!

Tudung (2)

Engkau pun tersenyum mengejek sambil berkata;
'Untuk apa bertudung..
yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati
Kenapa engkau tidak berbogel sahaja, dan berkata;
'Yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati'.."

Baca Selanjutnya...

MUKA NAJIB PUCAT KETIKA JAWAB SOALAN MEDIA


Muka Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pucat lesi dan berubah ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan dalam akaun bersumpah Raja Petra yang menyatakan mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Nampak jelas Najib tidak senang dengan pertanyaan wartawan tentang dakwaan Raja Petra tersebut. Tidak perlulah Najib takut kalau 'Intan Payung'nya dan dirinya sendiri tidak bersalah. Difahamkan 'Intan Payung'nya telahpun dipanggil Polis untuk memberi keterangan.
Apa yang pasti teman rapatnya dan pengiringnya telah pun didakwa. Sehingga kini motif pembunuhannya masih menjadi tanda tanya orang ramai.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

AKAUN BERSUMPAH RAJA PETRA di
SINI

Pengendali blog Malaysia Today itu juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra). "Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera."Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen.

Baca Selanjutnya...

Sheikh Abdullah Fahim (Tok Wan Pak Lah): Ketua Dewan Ulama PAS pertama

Kepulangan Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.

Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.

Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.

Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai �Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah�. Perkataan �al-Wathaniyah� atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.

Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).

Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.

Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga.

Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.

Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di �Arabic School, Kepala Batas� iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.

Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid _

Baca Selanjutnya...

Malaysia jatuh anak tangga ke-141 daripada 195 negara

Pertama kalinya dalam sejarah Parlimen Malaysia hari ini adalah satu tekanan terbaru kerajaan melumpuhkan peranan media untuk melaporkan perbahasan isu dan polisi yang berkaitan dengan kepentingan rakyat di Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan perundangan tertinggi negara yang berhubungkait dengan segala aspek hidup rakyat semua lapisan masyarakat. Oleh itu media memainkan peranan penting dalam menyebarkan isu-isu berbangkit yang melibatkan kepentingan umum dalam perbahasan ahli-ahli dewan rakyat.

Sejak Parlimen mula bersidang selepas Pilihanraya Umum ke-12 dengan scenario baru Pakatan Rakyat menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional, kebanyakan media menghantar lebih daripada lima orang wartawan untuk membuat liputan berita yang lebih menyeluruh dan mendalam.

Media televisyen juga terpaksa membuat rakaman di luar dewan sepanjang hari kerana siaran langsung sidang Parlimen terhad kepada hanya setengah jam pertama bagi sesi soal jawab sahaja.

Namun mulai semalam, media telah dihadkan kepada tidak lebih daripada lima orang wakil. Hari ini media dikejutkan lagi dengan sekatan untuk membuat liputan berita di lobi Parlimen yang sebelum ini merupakan kawasan bagi menteri atau ahli Parlimen mengadakan sidang akhbar.

Adakah sekatan ini bertujuan melindungi menteri daripada pertanyaan media yang sentiasa menginginkan penjelasan atau penerangan daripada menteri?

Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke-141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar. Ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameroon dan Libya.

Tindakan ini bukan sahaja tidak menghormati media, malah tidak menghormati rakyat yang ingin melihat perubahan selepas Pilihan raya Umum ke-12.

Percubaan kerajaan untuk menyekat berita daripada sampai kepada rakyat akan menjejaskan kredibiliti kerajaan yang telahpun merosot.

Ketua Pembangkang Dewan Rakyat,
Ahli Parlimen Permatang Pauh._

Baca Selanjutnya...

Kerajaan di bawah Abdullah Badawi paling lemah

Perdana Menteri Malaysia paling lemah selepas 51 tahun merdeka. Semua rakyat bercakap tentang cara mengurus dan mentadbir malah cara mengatasi kemelut yang melanda negara akibat kenaikan harga minyak dunia.

Dari segi peribadi beliau agak bermoral dan bagus budi pekerti berbanding kebanyakan menteri yang ada sekarang. Namun jauh di sudut sana beliau kurang cerdik dan kurang pintar dalam mengawal suasana politik sekarang.

Dari segi pematuhan dan penghormatan dikalangan kerabat barisan nasional ada sedikit kecacatan begitu juga dalam barisan kabinet. Keputusan selalu di perlekeh dan tiada value sebagai ketua kerajaan. Punca kekalahan pada pru 12 yang lalu.

Karisma kepimpinan daya fikir dan hujah amat dangkal dan tiada intipati. Sukar dijangaka apakah yang akan berlaku selepas dan sebelum. Malah beliau selalu tidak ada konsistem dan selalu cakap kurang tepat dan lari dari fakta. Kalau kata beliau suka cakap bohong sedikit kasar. Tapi itulah "trade mark" perdana menteri Malaysia. (kata orang, Tapi saya tetap Pak Lah masih kuat dan bertenaga).

Satu kelemahan dan mungkin satu kesilapan yang tidak sengaja, Apabila persidangan dewan kerajaan barisan nasional membahas usul harga minyak naik dan cara "mengatasi". Akhirnya semua ahli dewan rakyat barisan nasional "setuju". Saolah-olah kerajaan Barisan Nasional dan semua wakil rakyat BN merestui kenaikan harga minyak dan kenaikan semua barang keperluan. Ini satu kesilapan besar dan satu kezaliman yang kejam.

Kenapa selepas semua harga barang naik tampa kawalan dan lebih memeritkan lagi kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang paling tinggi dalam sejarah, baru hendak dibahas dalam parlimen?. Ini satu bentuk pendekatan yang songsang dan tidak beritika , malah terlalu lewat untuk dibahaskan. Semua barang naik harga baru hendak bahas dan bincang.

Saranan ramai dan pengesyuran ramai rakyat Malaysia Perdana Menteri Malaysia Datuk Abdullah Badawi melepaskan jawatan dengan segera dan menyerah kepada pengantinya yang dirasa boleh meneruskan agenda pemerintahan.

Pandangan umum juga tak semestinya penyerahan kuasa kepada timbalan yang ada sekarang. Masih ramai lagi yang agak "bagus" . Contuh sahaja menteri jaga barang expot/ import. Tan Seri Mahyudin Yasin. Bukan Datuk Najid tidak bagus. Ramai sudah tahu Datuk Najid masih dihubungkait dengan peristiwa gadis mongolia. Namun mahkamah dan Datuk Najib sendiri telah membuat kenyataan beliau tidak kenal gadis mongolia. Hanya media siber sahaja gemburkan , Hakikatnya Datuk Najid bersih dari kes tersebut. Tuhan sahaja tahu , kita tidak boleh fitnah.

Apa pun Pak Lah tetap lemah dan perlu beri dan serah kuasa kepada pengantinya dengan segera........agar suasana yang kita hadapi tidak berpanjangan deritanya. bersedialah orang Johor sokong anak Johor menjadi kenyataan. sekian ......

Baca Selanjutnya...

PAK LAH 'MEMBUNUH' GOLONGAN NELAYAN DAN PETANI

Umum mengetahui keputusan pak lah menaikkan harga minyak bukan saja terbeban di bahu golongan pekerja makan gaji saja. Namun yang paling jelas lagi terbuka, polisi baru itu sangat membebankan golongan miskin dan berpendapatan rendah seperti kami golongan nelayan. Nelayan dan petani adalah ibarat hamba abdi yang dikerah dan dipaksa oleh keiginan untuk terus hidup dan meneruskan kehidupan dengan mencari rezeki di lautan luas dan menyambung nyawa demi sesuap nasi. Iulah ungkapan yang boleh ambe ungkapkan untuk golongan nelayan seperti ambe ni.

Ambe sebagai nelayan pesisir pantai di trg, amatlah sedih dengan peristiwa hitam ini. Sebagai mana hitamnya hati kj dan koncu2nya begitu lah peritnya ambe golongan nelayan menelan bulat-bulat keputusan pak lah menaikkan harga minyak sesuka hati dan kepala hotak dia. Rutin harian kami sebagai nelayan memang mermerlukan minyak, kerana itu lah nadi perjuangan kami di pesisir pantai, berjuang demi mencari sesuap nasi...bukan takde pilihan kami untuk mencari kerja lain...tapi sudah menjadi tradisi kami dan nenekmoyang kami lagi, profesion nelayan jadi pilihan.

Ramai kawan-kawan ambe tertanya-tanya kenapa ambe memilih nelayan sebagai sumber pencarian sedangkan ambe bukan takde kelulusan, ambe graduan dari KUSTEM yang kini berubah menjadi UMT dalam jurusan ijazah perikanan. Ambe masih ingat lagi pesan arwah datuk ambe yang juga nelayan, "cu jangan tinggalkan tradisi keluarga kita...nelayan menjadi darah daging kita", sebak rasanya bila ambe teringatkan kata2 tok ambe, tapi sekarang nie ambe dapat rasakan yang pak lah cuba 'membunuh' golongan miskin dan berpendapatan rendah mcm ambe nih.

Mula-mula jelas sekali dalam kenyataan beliau sebelum ni yang ingin membantu golongan petani dan nelayan, namun kini kian kabur. Biarlah ambe berterus terang, ambe dari dulu memang umno..dulu kini dan selamanya...ingat lagi ambe jasa-jasa beliau menyumbang sebuah bot dana kepada keluarga ambe, ketika tu ambe masih di menara gading...dan kini dengan bot dana itulah ambe harungi laut china selatan setelah bapa ambe keuzuran, ambe tak mahu biarkan ia tersadai di tepi pantai tanpa di manafaatkan. Biarlah ambe korbankan ijazah ambe supaya adik-adik ambe boleh menyambung pelajaran mereka di samping menjaga kedua-dua orang tua ambe. Kalau dulu bapa ambe perjudikan nyawa untuk ke laut, kenapa tidak ambe. Namun kini untuk kelaut bukan sesenang dulu, margin kenaikan harga adalah tidak setimpal dengan hasil yang ambe perolehi, ditambah pula dengan kenaikan harga barang lain, terpaksa ambe lupakan buat seketika untuk turun kelaut.

Dan masih lagi teriang-iang di telinga ambe di waktu zaman pok yeh dulu, yang dikatakan ingin membantu golongan petani dan nelyan...namun si derih derhaka ni jugalah yang membaham duit rakyat lebih kurang 2.2 billion kalau tak silap. Adakah duit itu digunakan untuk menjalankan projek pertani atau perikanan? dan Dimana projek-projek tersebut, adakah betul wujud atau pun ianya satu pembohongan?
p/s:next artikel i will write about 'projek' that 'help' our people in trg, insyaAllah

Oleh nelayanmuda

Baca Selanjutnya...

Perbaikilah bacaan Al-Fatihah

ALFatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah
yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan" !!!!

7) SIROTHOLLAZI. ......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN ............ ...hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan
dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang
sentiasa membaiki bacaannya.


Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,
Insya-Allah.

p/s: Oleh sebab itu marilah kita sama memperbetulkan makhraj dan
menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil).... bukan
sahaja
utk membaca surah alfatihah... tapi utk membaca Al Quran

Baca Selanjutnya...

GMI anjur himpunan bantah ISA di Stadium Malawati

Satu perhimpunan besar-besaran akan dianjurkan GMI bagi membantah akta zalim ISA yang telah sekian lama meragut kebahagiaan banyak pihak.

Perhimpunan tersebut akan diadakan pada Sabtu, 28 Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam, bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Pada malam tersebut, empat pemimpin Pakatan Rakyat dan dua aktivis dan wakil NGO akan berucap, iaitu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; bekas tahanan ISA dan juga Adun Hulu Klang, Saari Sungib; penulis bebas dan juga bekas tahanan ISA, Lee Ban Chen; dan wakil Hindraf, R. Thanenthiran.

Menurut Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, Norlaila Othman, pada malam tersebut, GMI akan melancarkan baju T merah hitam, promosi buku 'Dunia Tanpa Suami 2', deklamasi puisi, dan persembahan multimedia.

Pada malam itu juga, Norlaila berkata satu pengisytiharaan mengenai 'Hari Merah Hitam' akan dilakukan, di samping pameran yang menceritakan pengalaman para tahanan di Kamunting.

"Jika mahu mendapat gambaran sebenar pengalaman dan kesengsaraan yang dialami para tahanan, datanglah beramai-ramai pada malam itu kerana pameran lukisan (yang dilukis oleh tahanan sendiri) itu tidak dapat dilihat di mana-mana, kecuali pada malam itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau juga berkata pada malam tersebut, baju T merah hitam akan dijual Oleh Unit Amal PAS dengan harga RM20, manakala buku 'Dunia Tanpa Suami' dengan harga promosi, RM10.

Dalam pada itu, Norlaila mengalu-alukan kedatangan keluarga tahanan ISA yang masih ditahan agar hadir pada malam tersebut kerana mereka (keluarga tahanan ISA) adalah tetamu kehormat pada malam itu.

Bagaimanapun, katanya bagi keluarga tahanan yang ingin hadir pada malam tersebut, perlu berurusan dengan Norlaila bagi tujuan kemudahan dan sebagainya.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin membuka gerai, perlu membuat tempahan di talian 013-6782616 (Encik Haidir). - mks._

Baca Selanjutnya...

Kenapa Saya Berhenti Jadi Jurulatih PLKN?

PLKN, satu program yang amat baik utk membentuk remaja kita yg semakin hanyut.

Malangnya, semakin lama, PLKN semakin hancur.

Saya adalah antara ribuan jurulatih perintis PLKN, saya bermula daripada kump 1, siri 1/2004 semasa di IPTA lagi sehingga berundur pada kump 3, siri 4/2007.

Kenapa saya berhenti PLKN?

1. Saya tidak mau lagi terlibat dgn rasuah di kalangan pegawai2 tentera dalam kem PLKN dari hirarki tertinggi iaitu Komandan, Timb Komandan Pengurusan dan Timb Komandan Latihan. Rasuah sangat berleluasa. Masalah bas tak datang ke lokasi utk khidmat komuniti, masalah makanan tercemar, masalah dobi tak bersih dan busuk.. dan banyak lagi.. adalah disebabkan rasuah yg menjadi amalan bersama pegawai2 tentera ini dengan kontraktor.

Rumah masak di kem saya pernah disita selama hampir 2 minggu kerana 51 org pelatih keracunan makanan - makan ayam busuk. Kenapa ayam busuk? Kenapa sayur berulat? Kenapa buah dan kuih mengecil? Sebab tukang beli dan tukang masak hanya dapat bajet ciput utk beli stok mentah makanan disebabkan terdapat 'persinggahan' bajet di peringkat JLKN, pentadbiran kem dan juga kontraktor.

Kenapa bas tak mau datang amik budak2 pegi lokasi khidmat komuniti? Kenapa bas yg datang takde aircond, buruk, cermin pecah, takde permit? Sebab berlakunya 'persinggahan' bajet dari peringkat atasan hingga ke pentadbiran kem dan kontraktor bas. Satu pagi sedang saya menguruskan pelatih2 yg nak keluar khidmat komuniti, tiba2 bas tak datang. Saya call kontraktor, tanya kenapa tada mari? Dia jawab sebab payment kumpulan lepas pun belum dapat lagi. Siapa punya kampeni bas? Dato Nabil iaitu pemilik kepada Nakiwa Sdn Bhd. Sapa Dato Nabil? Cari la sendiri..

Macam tu jugak dgn dobi.. ah ceritanya sama je..

Menteri yang berkenaan iaitu seorang menteri yang bakal jadi PM kita tak lama lagi setelah peralihan kuasa dibuat oleh PakDolah, berkata pada tahun 2007 "kita akan buat tender terbuka utk PLKN". Ooohh!! Sebelum ni tender tertutup la??

2. Saya sudah JELAK dengan perangai GILA KUASA pegawai2 tentera dalam kem dan juga di Tingkat 10 Menara TH Selborn, termasuk yang dah pun ada title (B) di nama masing2.

Tahun lepas saya dan kawan2 juruletih buat aduan ttg salah laku komandan kem saya.

Read carefully. SALAH LAKU KOMANDAN KEM SAYA.

Bukan salah laku saya.

Tapi apa yg kami dapat?

Kami dipersalahkan 100%. Saya hampir dibuang daripada PLKN, tapi saya amat bersyukur kerana belum sempat mereka membusukkan nama saya, saya telah buat keputusan utk berhenti sendiri terlebih dulu. Saya dapat tahu ttg misi dan niat hendak membuang saya dari PLKN, setelah saya buat keputusan utk berhenti. Saya tau kerja sapa, tak lain tak bukan dialah Timbalan Komandan Latihan di kem millennium, beranang iaitu Lt Kol (B) Shamsuddin bin Thani. Sebab dia ambil alih sementara tugas Mejar Sakir masa buat TOT KJ hujung tahun 2007.

Baru sebentar tadi saya dapat call drp kawan saya, yang pernah buat aduan ttg Shamsuddin Thani ke pihak atasan JLKN pada awal tahun 2008. Mereka buat aduan sbb PLKN di kem millennium dah jadi PLKS (Program Latihan Khidmat Shamsuddin).

Setelah mereka buat aduan, mereka dicampak keluar daripada kem millennium dan mereka pun menghuni kem2 lain.

Tadi, mereka dapat surat tamat perkhidmatan berkuatkuasa pada 25 Jun 2008. Hari ini, hari mereka dapat surat ni adalah 24 Jun 2008.

GILA! KEJAM!! TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!!!


3. Objektif PLKN ada 5, dan 4 modul utama PLKN yang menjadi pemangkin kepada 5 objektif berkenaan. 4 modul utama:

* Modul Fizikal
* Modul Kenegaraan (KN)
* Modul Pembinaan Karakter (CB)
* Modul Khidmat Komuniti (KK)

Tapi sekarang, semuanya dah kena CANTAS. Modul Kenegaraan paling teruk kena cantas disebabkan lambakan modul2 yang masuk di antaranya:

* Integrasi / Silang Budaya
* Jenayah
* Kewangan
* Sastera & Budaya (PPSB)
* ni nak masuk pendidikan seks pulak..

Akibatnya daripada 36 LDK, tinggal 5 atau 6 LDK je yg dapat dijalankan di kem2.

Modul KK pulak dah takde maknanya lagi. Kalau dulu tahun 2004, kami pulun mencari agensi yg dipanggil 'Sahabat Negara' utk pastikan modul berjalan lancar dan pelatih dpt kesedaran dalam 4 elemen utama modul KK.

Tapi sekarang, dah jadi modul jalan2 makan angin.

Pegi muzium, pegi majlis sambutan sana sini.. Pegi pameran..

Pegang cangkul tak boleh, cabut rumput x boleh, sapu sampah tak boleh.. cat kerb tak boleh.. pegang pongkes tak boleh.. kikis lumut kat dinding tandas awam tak boleh..

Apa gunanya buat modul KK kalo semua tak boleh buat.. nak manjakan aje pelatih baik tak payah buat PLKN. duduk je bkepit bawah ketiak mak masing2.

Saya fed up dengan ini semua. Add ons - jurulatih2 baru yang jadi jurulatih sebab susah nak dapat kerja lain. Hatinya tak ada utk mendidik pelatih2 ni. Sekadar nak mengisi poket aje. GAGAL. Lembab, nak senang, banyak komplen. Fed up! Fed up!

Tolonglah sesiapa buat sesuatu utk selamatkan remaja kita.. sebab PLKN dah tak relevan lagi...

Oleh schumy

Baca Selanjutnya...

Rakyat hanya diberi RM1.70 sehari

Rebat tunai RM625 adalah gula-gula untuk rakyat. Demikian ditegaskan oleh YB Mahfuz Omar, ketua Penerangan PAS Pusat. Menurut Mahfuz, dengan jumlah itu, rakyat hanya diberi RM1.70 sehari dan jumlah ini jauh lebih rendah dari keperluan sebenar rakyat.

Apa yang pasti yang mendapat kentungan dari rebat yng berjumlah RM8 billion ini ialah syarikat POS Malaysia yang syernya dipegang oleh ECM-Libra, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin menantu Perdana Menteri sendiri.

Isu pembayaran gaji 2 kali sebulan, Harga ayam meningkat RM8 sekilo akibat kenaikan kos bahan api, Kementerian Perumahan akui harga rumah naik 30%. Kekejaman tentera Yahudi berterusan di Gaza. Euro 2008 - Itali mengalahkan Perancis 2-0.

Baca Selanjutnya...

Kerajaan turut merasai keperitan rakyat

Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini,” Perdana Menteri.

Mungkin semua lupa bahawa Pak Lah selaku Perdana Menteri adalah juga Menteri Kewangan! Adakah Pak Lah mempunyai dua gaji dan elaun yang berlainan kerana beliau memegang dua jawatan serentak! Adalah tidak efektif lagi membebankan beliau kerana memegang dua jawatan serentak. Patutlah Pak Lah tidak dapat fokus sebagai Perdana Menteri kerana pada masa yang sama beliau mengetahui jumlah wang kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian bulanan bagi Perdana Menteri sebanyak RM18,865 setiap bulan, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), Menteri (RM12,320) dan Timbalan Menteri (RM6,000) akan dikurangkan sebanyak 10 % mulai 1 Julai 2008 bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Sungguh banyak jumlah elaun tersebut jika nak dibandingkan dengan majoriti gaji rakyat setiap bulan! Itu baru elaun keraian, bagaimana dengan pelbagai lagi elaun yang tersedia? Berapakah dan apakah elaun yang lain? Selain elaun, pucuk pimpinan tertinggi juga mempunyai gaji bulanan yang tetap, bukan? Inilah dia pimpinan rakyat yang ingin menjaga kebajikan rakyat. Hanya memotong elaun ketika bencana menimpa.

Kenapa media cetak tempatan dan media elektronik tempatan tidak menyebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia berapakah ‘income’ Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah secara sukarela memotong incomenya bagi mengisi tabung tertentu? Inilah dia teladan yang baik!

Dalam masa yang sama, wang rebat sebanyak RM625 bagi kenderaan dan RM150 bagi motosikal akan dibayar mulai Sabtu ini sebagai usaha meringankan beban rakyat gara-gara kenaikan minyak petrol dan diesel yang mendadak. Keputusan ‘adhoc’ dan terbaru ini dilihat bagi mengambil hati rakyat yang dijangka membuat demonstrasi besar-besaran pada 12 Jun 2008 (anjuran PAS) dan 12 Julai 2008 (anjuran PROTES), kedua-duanya di KLCC. Dapatkah ia meredakan hati rakyat yang sudah lama membakar sebelum dan selepas pilihanraya lagi?

Baca Selanjutnya...

Usul Minyak:129 Ahli Parlimen BN Berpakat Zalimi Rakyat!


129 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di parlimen semalam telah berpakat untuk menyokong usul Kerajaan BN berkenaan penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang. Usul itu dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan dibahaskan selama tujuh jam dari pukul 12.30 tengah hari oleh seramai 18 wakil rakyat iaitu sembilan daripada BN dan sembilan wakil pembangkang, antaranya Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Usul itu pada mulanya dipersetujui diputuskan melalui undi persetujuan suara semasa sidang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Ronald Kiandee.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang bertegas mahukan pengundian dijalankan melalui belah bahagi berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat Perkara 44 (3) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan mesyuarat selepas itu bersetuju dengan cadangan pembangkang.

Kesemua 78 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir menolak usul berkenaan demi memperjuangkan tuntutan rakyat agar harga minyak diturunkan.

Rakyat yang memerhati dari luar kamar parlimen pastinya berasa amat kecewa dengan sikap sombong dan zalim pemimpin BN yang secara membabi buta menyokong usul yang dikemukakan walaupun rakyat dikawasan parlimen mereka juga merasai keperitan kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini.

Inilah natijahnya bila rakyat memberikan sokongan majoriti kepada BN bagi menguasai parlimen. Arahan ketua Whip dan Perdana Menteri BN menjadi satu arahan yang wajib didengar. Walaupun ada kalangan ahli parlimen BN yang tidak bersetuju dengan dasar ini seperti Mukhriz, tapi mereka enggan menolaknya demi menjaga periuk nasi mereka.

Harga minyak dinaikkan lebih awal pada 4 Jun lalu sebelum persidangan Parlimen dan tindakan membawa usul berkaitan dengan kenaikkan ini seumpama satu tindakkan menghina rakyat yang kini terhimpit. Memang memalukan, kerana harga minyak naik dulu sebelum diluluskan diparlimen. Ini adalah satu tindakan yang tidak demokratik dan drakonian kerana suara rakyat dan wakilnya langsung tidak diendahkan.

Perdana Menteri BN juga sebelum ini melarang rakyat berdemontrasi dan anggota polis dikerah mengawal bantahan rakyat. Pergerakkan dan kebebasan rakyat dikongkong. Ini menjadikan rakyat semakin tidak selesa dan tertekan. Inilah hadiah dari BN atas usaha sebahagian rakyat yang masih kabur dan enggan menukar Kerajaan pada pilihanraya lalu.

Disaat rakyat Selangor bergembira dengan khabar pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu oleh kerajaan PAKATAN, seluruh negara tegar bermuram durja atas kezaliman BN! tahniah penyokong BN. Anda telah masukkan pasir dalam periuk nasi SENDIRI!

Dan jangan lupa, ANDA juga BERDOSA pada seluruh rakyat yang tertindas kerana undi anda pada BN! ANDA juga tergolong dari kalangan PENZALIM dan sesungguhnya orang yang ZALIM dan PEMBANTU-PEMBANTU mereka itu akan menerima balasan masing-masing kelak!

Kepada mereka yang telah insaf dan menolak tindakkan BN ini, ayuh sertai bantahan satu juta rakyat di Padang Timor, Petaling Jaya (Depan Amcorp Mall), jam 10 pagi pada 6 Julai nanti.

Sampaikan mesej ini pada semua rakyat untuk bergabung bagi memberikan tekanan pada BN untuk turunkan harga minyak!

Baca Selanjutnya...

Masihkah kau ingat -Kezaliman BN Terhadap Mangsa Memali?


Operasi HAPUS di MEMALI - Signal Division PDRM (Rahsia)

1] Permulaan kejadian 18.11.1985 ~ (Lokasi kem PPH Sg Petani)

Jam 7.35mlm ~ Seramai 3,600 anggota polis dari pelbagai bahagian FRU dari P.Pinang, Senoi Prak dan Komando 69 dgn ketua operasinya dari pegawai tinggi bukit aman bersiap sedia terima arahan dari Dato' Musa Hitam TPM .

Jam 7.45mlm ~ Arahan perintah dari bukit aman dikeluarkan dgn simbolik menyerang hendap satu kem komunis di daerah Baling bersempadan dgn Thailang.

Jam 8.05mlm ~ Berlaku kekecohan diantara pegawai pemerintah kem di sg petani dgn pegawai dari bkt aman. Pegawai pemerintah kem di sg petani tidak puas hati dgn arahan itu kerana dia lebih mengetahui bhw tiada kem komunis di daerah baling. Jika kem komunis wujud maka beliaulah org pertama yg akan mengetahuinya.

Sasaran di dalam peta sebenarnya adalah sebuah madrasah yg menjadi tempat berdakwah dan kuliah arwah Ust. Ibrahim Libya. Sesuatu sdg berlakudi bkt aman kerana pen. psuruhjaya polis gagal dihubungi. Akhirnya TPM Dato' Musa Hitam telah dihubungi dan belia telah mengarahkan supaya operasi HAPUS diteruskan.

Jam 12.00 malam ~ Bagaimanapun pasukan PPH Sg Petani hanya mahu buat sekatan dan kepungan sahaja supaya ustz. ibrahim libya & pngikut menyerah diri saja. TPM Dato' Musa Hitam dihubungi lagi tapi gagal manakala Timb. Menteri Dalam Negeri ikuti prkembangan dari P.Pinang.

TPM hubungi polis dgn mengatakan teruskan operasi walupun terpaksa mnyerang seluruh Kedah.

2] 19.11.1985 ~

Jam 1.00pagi - 3,600 anggota polis pelbagai unit tiba di memali dan dikepong ketat. Radzi Ahmad tadi ambil alih peranan Musa Hitam. Kbnyakan anggota Ops HAPUS peracaya bhw sasaran mereka ialah kem komunis.

Jam 8.15pagi - Dato' Radzi Ahmad keluar perintah menyerang. Peg. Pemerintah Operasi Dato' Yahya Yeop arah kereta perisai mulakan serangan.

Ustz. Ibrahim Libya kembali ke rahmatullah dgn berjanji hanya menyembah Allah dan tidak tunduk kpd yang lain.


Jam 12.13 tghari ~ Serangan ditamatkan.

Jam 1.05tghari ~ Dato' Yeop kemudian tlh hubongi IPK P.Pinang dan kemudian laporan kpd TPM Musa Hitam.

Jam 3.00ptg ~ Semua org dikg memali ditangkap. mangsa yg terkorban dihantar ke hospital Sg Petani & Alor Star.


KESIMPULAN & TINDAKAN LANJUT:-

Seruan kpd warga negara yg prihatin - Demokrasi hanya tiggal simbol.


SAMA-SAMALAH KITA MENILAI PEMERINTAH KITA SEKARANG!! HIDUP BN, HIDUP UMNO.

Baca Selanjutnya...

MP Pembangkang naik basikal ke parlimen hari ini

Empat Ahli Parlimen pembangkang hari ini berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai tanda protes kepada kerajaan terhadap kenaikan harga bahan api.

Mereka ialah Ahli Parlimen Baru, Tian Chua, N Gobalakrisnan (Padang Serai); Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru); dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).

Mereka berkata, tujuan mereka menaiki basikal untuk menunjukkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan harga minyak.

Mereka berbasikal dari Bank Negara mulai jam 9.30 pagi dan tiba di Parlimen, 10 minit kemudian.

Namun pada masa yang sama perkarangan Parlimen tempat letak kereta penuh dengan kereta Ahli Parlimen termasuk pembangkang, pegawai kerajaan dan para pemerhati.

Malah ada yang terpaksa meletakkan kereta di luar kawasan Parlimen. Mereka yang turut mencabar Perdana Menteri datang ke Parlimen menaiki basikal bagi merasai kepayahan yang dihadapi rakyat serta menunjukkan contoh mengubah gaya hidup.

Baca Selanjutnya...

Satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah

Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2


Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Baca Selanjutnya...

6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak

T arikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

edyes wrote:

Adalah satu langkah yang baik, logistiknya pun baik.

Baca Selanjutnya...

Peraduan 100 hari 100 kereta haram

Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam memutuskan, Peraduan '100 Hari 100 Kereta' anjuran Celcom (Malaysia) Bhd melanggar syariah dan mengandungi unsur judi.

Serentak itu, panel berkenaan mengarahkan Celcom menamatkan serta-merta peraduan itu atau menggubal semula konsep dan termanya supaya menepati kehendak syariah jika ingin meneruskannya.

Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran.

Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran.

Catatan

i. Mungkin , selepas daripada ini pihak JAKIM boleh memberanikan diri untuk melihat dan menyemak status perniagaan yang juga berunsurkan judi , yang diberikan lesen halal oleh pihak kerajaan UMNO/BN yang memerintah Negara ini , seperti Sport TOTO, Empat Nombor Ekor dan lain – lain.

ii. Jika lebih berani lagi , elok juga panel JAKIM melawat pusat Peranginan Genting , lihat di sana samada adanya unsur – unsur yang sama. Penulis pernah sampai di atas sana bersama anak – anak dan keluarga , tetapi tidak pulak ketemui adanya tempat yang dinamakan kasino. Rasanya pihak berkuasa JAKIM , dengan kuasa yang ada padanya boleh menyiasat tentang kebenaran adanya pusat judi.


Berita selanjutnya , petikan dari ONLINE BERITA HARIAN.

"Justeru peraduan yang berlandaskan terma dan syarat sedia ada tidak boleh diteruskan. Jika ingin meneruskannya, ia perlu mengikut konsep baru yang selari syariah Islam," katanya kepada Berita Harian selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di Bangi, semalam.

Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Peraduan yang berlangsung sejak 2 Jun lalu itu menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pelanggan pasca bayar dan prabayar Celcom. Bagi memenangi hadiah itu, pelanggan Celcom perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Pelanggan yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi mata dan berpeluang dipilih pemenang.

Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi sebuah Toyota Camry pada hujung minggu dan setiap jawapan yang dihantar dikenakan bayaran RM5.

Setakat ini, 12 pelanggan Celcom sudah memenangi kereta itu sebelum peraduan terbabit dihentikan sementara pada 13 Jun lalu berikutan arahan panel berkenaan selepas mesyuarat pertamanya dengan Celcom, minggu lalu.

Sementara itu, Shazalli berkata, Celcom akur dengan keputusan panel berkenaan dan bersetuju mengkaji semula terma serta syarat peraduan itu dengan kerjasama Jakim. "Peraduan ini akan digantung sementara sehingga Jakim berpuas hati dengan konsep dan terma baru yang akan digubal semula.

"Kita akan buat pengumuman selepas mengkaji bahagian yang perlu diperbetulkan, tetapi buat masa ini biarlah kita selesaikan isu syariah ini dengan Jakim," katanya tetapi enggan mengulas sama ada caj terhadap peserta peraduan itu akan dihapuskan.

Beliau berkata, keputusan itu tidak menjejaskan imej Celcom, sebaliknya meyakinkan pelanggan untuk menggunakan produk syarikat itu tanpa was-was kerana sebarang peraduan selepas ini akan dibuat dengan kerjasama Jakim bagi memastikan ia menepati tuntutan syariah.

"Kes ini diharap menjadi pengajaran kepada syarikat telekomunikasi dalam menganjurkan peraduan menggunakan SMS kerana ia membabitkan aspek terma dan syarat perjanjian jual-beli," katanya.

Wan Mohamad pula berkata, Jakim akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung penggunaan SMS dalam peraduan bagi menerangkan prosedur yang perlu dipatuhi syarikat telekomunikasi.

"Sebenarnya hukum penggunaan SMS sudah jelas seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2004, iaitu peraduan berbayar menerusi SMS adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian.

"Oleh itu, Jakim menasihatkan umat Islam mengambil kira aspek syariah sebelum menyertai sebarang peraduan dan pertandingan," katanya.

Baca Selanjutnya...

Isu Konsert Ella dan Mas Idayu: Tegas Tetapi Tidak Bijaksana

Banyak juga email yang GB perolehi yang meminta GB mengulas isu konsert Ella dan Mas Idayu anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd yang dijadual 6 Julai di Shah Alam. Sebahagiannya telah dijawab di dalam Isu Semaaa dan Irama Malam di radio TKO.fm jam 10.00 malam tadi.

Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.

Selain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.

Ok itu isunya.

Untuk menangani masalah ini, kita perlu berbalik kepada soal pokok. Kerana kita tidak boleh membedah di pinggiran jika tidak mengetahui apa sebenarnya "penyakit" yang dihidapi.

Persoalan pertama, "hiburan" - apakah ianya bertentangan dengan Islam? Sudah pasti jawapannya TIDAK. Dalilnya? Cukuplah GB membawa satu hadis di sini:

"Dari Aisyah r.a, bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)

Ia akan merenteti persoalan kedua - apakah "konsert" itu bertentangan dengan Islam? -jika muzik di benarkan maka wajarlah konsert itu juga dilihat tidak salah. Alasannya:

Kita ambil contoh seperti Konsert Mawi yang diadakan di Kelantan semasa peristihaharan Kota Bharu Bandaraya Islam pada 30 September dan 1 Oktober 2005. Bila ura-ura Kerajaan Negeri Kelantan menjemput Mawi untuk menjayakan konsert di Kelantan, ia telah menimbulkan rasa tidak senang hati ramai ahli Pas dan masyarakat umum amnya. Malah Dewan Ulama Pas Pusat sendiri berharap agar konsert berkenaan tidak dilaksanakan di Kelantan. Ia telah menimbulkan perbincangan yang hangat baik oleh penyokong Pas dan Kerajaan. Ramai yang menpertikai kewajaran Pas yang mentadbir Negeri Kelantan menjemput Mawi mengadakan konsert di sana.

Kerajaan Negeri Kelantan dan Pas di cemuh, di ejek lantaran bikin tak serupa cakap. Kerana terdahulu telah membantah akan program Akademi Fantasia tetapi menjemput juaranya mengadakan konsert di Kelantan. Ketika itu Kelantan di katakan tidak berpendirian, membazir, mengadakan program menjurus perkara maksiat malah telah di samakan dengan program-program lalai dan berbentuk maksiat anjuran kerajaan. Malah lebih teruk lagi pada ketika itu Pas di tuduh tiada bezanya dengan BN.

Dan konsert diteruskan. Kelantan bawa konsert Mawi tapi packagenya siap dengan solat berjemaah bagi pengunjung sebelum konsert, pengasingan pengunjung lelaki dan wanita dan di selitkan tazkirah peringatan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebelum konsert bermula. Sikap "fatonah" Rasulullah diwarisi oleh TG Nik Abdul Aziz tetapi gagal dihayati oleh sesetengah ahli dan pimpinan PAS yang berhiruk-pikuk pada awalnya menentang konsert berkenaan.

Berbalik kepada isu konsert di Selangor yang bakal diadakan.

Kemungkinan ada yang menempelak GB: Mawi lain, ini konsert Ella dan Mas Idayu! Suara perempuan kan aurat? Dan pelbagai lagi hujjah. Dan golongan yang menempelak inilah juga sebenarnya golongan yang "menempelak" TG Nik Aziz sewaktu konsert Mawi dahulu.

Sekalipn persoalan samada suara perempuan itu aurat ataupu tidak, ia adalah perkara khilafiyah, jika tidak masakan ada hadith ini:

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Settled.

Dan apakah langkah Pemuda PAS Selangor itu salah? Saya tak kata demikian. Tetapi saya katakan "kurang bijak". Kerana sepatutnya Pemuda PAS Selangor tidak membantah secara total konsert berkenaan, tetapi berhemah dalam ertikata menasihati dan menyediakan alternatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jika benar alasan yang dberikan oleh mereka itu sah dan boleh berlaku.

Katanya: persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi. Saya ingin bertanya, apa itu risiko? Ertinya "kemungkinan buruk" - ia kemungkinan. Mungkin berlaku mungkin tidak. Berlaku jika dibiarkan berlaku, tidak berlaku jika ada langkah tertentu diambil untuk elakkannya.

Justeru itu yang sepatutnya diambil ialah bukan "MEMBANTAH" tetapi "MENYOKONG DISERTAI DENGAN CADANGAN MEMPERELOKANNYA SUPAYA MEMATUHI HUKUM SYARIAT".

Ini soal diplomasi. Ini soal bijaksana. Prinsipnya jelas bahawa Islam tidak menghalang muzik, tidak menghalang konsert tetapi perjalanannya perlu diperbaiki supaya tidak mengundang apa ang dikatakan "risiko moral" seperti mencadangkan kepada kerajaan negeri langkah-langkah berikut:

1) Membuat pengasingan penonton diantara lelaki dan perempuan.
2) Menghormati waktu solat dengan mendirikan solat berjemaah
3) Amat bangga dan rasa gembira jika dberikan ruangan menyampaikan tazkirah
4) Penyanyi yang ditampilkan disyaratkan menutup aurat
5) Jika no (4) tidak dapat dipenuhi, ditukarkan kepada penyanyi lain yang bersedia untuk mematuhi syarat itu atau menukarkan kepada penyanyi lelaki atau kumpulan nasyid
6) Tiada acara yang menjurus kepada pembaziran dan perlanggaran hukum Allah seperti kawalan tingkahlaku remaja serta halangan membawa sebarang minuman yang memabukkan dan seumpamanya.
7) Mengizinkan risalah peraturan dan syarat penonton diedar dan disampaikan terlebih awal sebelum konsert dimulakan di dalam usaha mendidik masyarakat untuk menghayati Islam yang syumul.

Kita mesti sedar, kita tidak boleh menyamakan tahap keimanan orang lain menyerupai kita. Apa tah lagi kerosakan yang telah berlaku berdekad lamanya hasil dari kurangnya didikan ke atas masyarakat terhadap nilai-nilai luhur yang bersendikan syariat yang telah dipasang sekian lama oleh musuh-musuh Islam yang disemarakkan pula oleh pemerintah sebelum wujudnya kerajaan Pakatan Rakyat. Di sini cabaran sebenar seorang da'i bermula.

Jadi, kenapa riuh dengan bantahan secara total tanpa justifikasi yang benar dari sudut hukum dan lebih malang tiada lansung dikemukakan alernatifnya terlebih dahulu?

Baca Selanjutnya...