Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts

ISU TUDUHAN LIWAT:INDAHNYA KALAU SYARIAT ISLAM DILAKSANAKAN DI NEGARA INI

Masyarakat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan berita tuduhan liwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan 23 tahun. Laporan polis telah dibuat oleh Mohd Saiful Azlan pada 26hhb Julai 2008. Apakah ini satu lagi konspirasi yang melibatkan plot yang sama pada tahun 1998. Wallahua’lam.

Apa yang berlaku ini adalah satau tuduhan yang berat yang dikenakan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan melibatkan maruah peribadi beliau dan juga keluarga. Rakyat Malaysia tidak sanggup lagi untuk melihat peristiwa tilam diusung pula ke dalam mahkamah. Anak kita yang masih kecil bertanya apa dah jadi dengan Malaysia, ketika tilam diusung ke mahkamah. Kesemua ini menuntut kepada kita untuk terus merenung bahawa inilah masanya untuk kita memikirkan bahawa Syariat Islam adalah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang ada pada hari ini.

Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa terutama terhadap musuh politik , tetapi dengan syariat Islam perkara ini dapat dibendung dan disekat, kerana ada satu hukuman “qazaf” yang akan dikenakan sebanyak 80 rotan jika tidak ada 4 orang saksi. Tidak ada manusia yang waras boleh menerima perbuatan yang terkutuk yang menjadi amalan kaum Nabi Lut sehingga Allah mendatangkan balasan terhadap kerja buat mereka dengan diterbalikkan bumi.

Tuduhan liwat sama seperti tuduhan zina, kerana ia perlu kepada 4 orang saksi yang adil. Kesemua ini menunjukan bahawa Islam menitik berat soal maruah seseorang supaya tidak tercemar dan mudah orang lain lain membuat tuduhan palsu

Amaran Allah ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, “dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”,

Apabila adanya hukum kepada pelaku zina dan liwat maka disana ada juga hukum “qazaf” iaitu menuduh orang melakukan zina atau liwat tanpa 4 saksi. Dengan ini semua orang takut untuk membuat tuduhan kerana memerlukan kepada 4 orang saksi. Mungkin orang berhujah kalau begitu bebaslah orang hendak melakukan zina dan liwat kerana sukar untuk mendapat 4 orang saksi yang adil. Kita jangan memandang apabila hukuman dikena baru kita anggap adil.

Sedangkan dalam Islam ia lebih suka untuk mendidik hambanya bukan untuk menghukum. Syariat Islam akan menimbulkan kegerunan kepada mereka daripada melakukan jenayah tersebut dengan ini amruah akan terpelihara. Syariat Islam ada ruh dan jasad, sedangkan hukuman manusia hanya ada jasad. Sebab itu undang-undang manusia tidak pernah mengurangkan jenayah malahan bertambah dari semasa kesemasa.

Imam Malik berkata :

*Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes Al-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi, maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)*

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Tetapi kesemua ini menunjukkan bahawa indahnya syariat Islam dan gerunnya untuk mereka hendak membuat satu tuduhan yang melibatkan aib dan maruah orang yang dituduh. Apa yang berlaku terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan keinsafan kepada kita untuk membuat penerokaan baru dan berfikir sedara rasional dan buangkan tabiat fobia dengan syariat Islam akibat daripada kejahilan kita mengenai agama sehingga kita takut dengan agama sendiri dan orang bukan Islam pula bertambah takut dan keliru kerana dihijab oleh orang islam sendiri.

Dalam suasana sekarang kita hanya boleh becakap supaya membawa 4 orang saksi dan kalau gagal dikanakan hukuman qazaf (kerana membuat tuduhan tanpa saksi). Semuanya itu kita hanya boleh bercakap dan bersyarah dalam surau dan di masjid kerana keindahan Syariat Islam hanya dalam lipatan Quran dan Hadis dan kitab-kitab sahaja. Kerana negara kita tidak mengamalkan Syariat Islam dalam hukuman hatta dalam mahkamah syariah sekalipun.

Maka kesannya sekarang berlaku di hadapan mata kita. InsyaAllah apa yang berlaku memberi kesedaran kepada kita dan ini lah masanya untuk kita menerangkan bahawa indahnya Syariat Islam kalau dilaksanakan dan perkara ini tidak ada siapapun yang boleh menuduh sebarangan. InsyaAllah fajar Islam semakin terang, kerana masyarakat makin melihat bahawa selain daripada Syariat Islam semuanya tempang dan cacat dan boleh membuat tuduhan kepada siapa yang mereka mahu. Mereka tahu hukuman yang berat seperti yang dikenakan oleh Islam tidak dikenakan kepada orang yang menuduh. Syariat dimartabat maruah terpelihara.


Baca Selanjutnya...

Bila Islam mula diremehkan oleh Orang Islam sendiri

Salam pembaca, penulis rasa pilu sejak kebelakangan ini apabila perkara yang berkaitan dengan agama ISLAM mula diremehkan oleh orang ISLAM sendiri dan yang bukan ISLAM. Lebih malang apabila seorang yang bergelar Datuk Dr Mashitah Ibrahim & berjawatan tinggi dalam kerajaan sendiri sanggup memperlekehkan usaha ISLAM walaupun seremeh dakwah memakai kasut tumit tinggi & gincu tebal mahupun berserban.

Mungkin Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak bernafsu melihat wanita berkasut tumit tinggi dengan punggung meletit kebelakang (tonggek) sehingga boleh diletak cawan, tetapi bagi kami lelaki gelisah juga mata untuk melihat walaupun tidak terniat untuk merogol.

Apakah hukumnya apabila sesuatu perbuatan itu boleh menggangu nafsu seseorang? Ustazah juga perlu meneliti setiap berita dengan jelas dan betul supaya Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak kelihatan seperti budak sekolah rendah apabila berbicara. Pada perhatian penulis pun mengganggap perkara yang dicetus oleh MPKB amat memeranjatkan tetapi penulis & Datuk Dr Mashitah Ibrahim perlu membezakan antara PERATURAN MPKB dengan USAHA DAKWAH yang dilakukan oleh pihak kerajaan Kelantan & MPKB. Apa yang digembar-gembur merupakan usaha dakwah untuk menjaga ISLAM & IMEJ BANDARAYA ISLAM yang telah dilaungkan oleh Kerajaan Kelantan. Apakah salah apabila imej-imej wanita ISLAM sejati cuba ditampilkan tidak sepertimana peraturan berseluar dalam/bikini yang diwajibkan oleh pusat hiburan air @ hotel-hotel ketika mandi dikolam renang yang jelas Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak kisah pun kerana mungkin Datuk Dr Mashitah Ibrahim merasakan ianya dalam keadaan darurat sepertimana dibolehkan melacur ketika darurat.

Penulis juga amat berharap Pihak MPKB dapat mengawal penjualan UBAT KUAT dikaki-kaki lima sekitar Kota Bharu yang mungkin menjadi punca utama lelaki cepat terangsang apabila melihat wanita bergincu tebal & berkasut tumit tinggi ini. Kajian & pencegahan mesti dilakukan secara menyeluruh bukan hanya pada wanita tetapi pada lelaki juga. Tidak sukar bagi kita menjelaskan fakta berkenaan wanita berpakaian seksi penyebab kes rogol atau wanita bertudung pun dirogol juga. Melalui pengamatan akal, Produk untuk percubaan (TESTER) atau makanan yang terdedah merangsang manusia membelinya tetapi adakah PRODUK TESTER/MAKANAN YANG TERDEDAH menjadi pilihan kita. Sudah tentu tidak kerana produk baru /makanan yang tertutup menjadi pilihan kita yang dirasakan baru, bersih & baik. Begitulah juga disebalik tafsiran WANITA BERTUDUNG PUN DIROGOL KERANA PEROGOL DIRANGSANG OLEH WANITA YANG SEKSI/TERDEDAH TETAPI PEROGOL MEMIKIRKAN WANITA YANG SEKSI SUDAH BASI/JEMU DAN PADA FIKIRANNYA WANITA BERTUDUNG BANYAK RAHSIA TERSELINDUNG, BARU, BERSIH & SEGAR KERANA ITULAH WANITA BERTUDUNG PUN DIROGOL. Walau apa pun pandangan anda terhadap pencegahan jenayah rogol ianya perlu diterima dan dipertimbangkan dengan akal & ilmu.

Bagi penulis, NGO seperti SIS & orang bukan ISLAM tidak layak membicarakan perkara berkaitan dengan ISLAM kerana ISLAM berpaksikan AL-QURAN & AL-SUNNAH bukan berlandaskan hujah akal & mulut yang bodoh & dangkal berkaitan dengan ISLAM. Samalah juga sekiranya TN GURU NIK AZIZ memberi komen berkaitan agama KRISTIAN @ BUDDHA sudah tentu ramai akan mengkritik BELIAU kerana diluar pengetahuan agama TG Nik Aziz. Mengapa SIS @ Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak pernah membantah komen Datuk Azlina bahawa menutup aurat seperti bertudung @ pakai pakaian labuh tidak memberi kemajuan, ataupun menegur Datin Sri ROSMAH apabila berlaga pipi dengan jejaka-jejaka Bollywood suatu ketika dulu. Usahlah meremehkan perkara yang kita sendiri tidak mampu mencegah @ menegurnya walaupun sebesar zarah sekalipun, biarlah MPKB & Orang KELANTAN memahaminya.

Kepada Ketua Pengarang THE STAR, Wong Chun Wai usahlah bermain API dengan UMAT ISLAM kerana kamu bukan ISLAM malahan JAHIL TENTANG ISLAM. Kalau pun engkau tahu pasal ISLAM pun mungkin ISLAM HAD-HARI @ ISLAM ORANG UMNO. Jika kau rujuk ISLAM ORANG UMNO semuanya boleh raba punggung boleh, mabuk boleh, rasuah boleh, bom orang pun boleh, tak solat @ tak menutup aurat boleh tetapi kau perlu merujuk ISLAM YANG DIGARISKAN OLEH ALQURAN & HADIS. Mungkin kau anggap mustahil untuk kau rujuk ALQURAN & HADIS begitulah juga kami mengganggap mustahil bagi kami merujuk kitab SIKH bahawa serban diwajibkan dalam agamanya kerana kebanyakan SINGH sudah jarang berserban. Begitulah juga umat ISLAM pun diberi pilihan untuk tidak berserban tetapi hormatilah HAK umat ISLAM yang ingin berserban kerana ianya merupakan antara pakaian utama IDOLA umat ISLAM NABI MUHAMMAD SAW seterusnya menjadi SUNNAH pada umat ISLAM yang boleh mengamalkannya. HORMATILAH HAK AGAMA MASING-MASING Kenapa Perlu mempertikaikannya sedangkan Ketua Pengarang THE STAR, Wong Chun Wai bodoh pasal ISLAM. Bukan masalah Alim @ menjadi orang ARAB tetapi berserban antara sunnah yang mampu diikuti oleh PELAJAR PONDOK. Sesiapa yang mengikut SUNNAH mendapat PAHALA, ITU SAHAJA. BUKANKAH IANYA BERKAITAN AGAMA. BIARLAH HAK MEREKA, SELAGI MANA MEREKA TIDAK MEMPERTIKAIKAN HAK MEREKA YANG KAMU KECAPI HARI INI.

KEPADA UMAT ISLAM YANG BERILMU DISERU AGAR BERHATI-HATI DALAM MEREMEHKAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ISLAM KERANA ORANG BUKAN ISLAM seperti Ketua Pengarang THE STAR, Wong Chun Wai akan BERANI & MENCARI PELUANG meremehkan perkara-perkara berkaitan agama ISLAM. Tidak salah UMAT ISLAM DITEGUR @ DIKRITIK TETAPI BIARLAH MENGKRITIK DENGAN ILMU DAN HUJAH yang berlandaskan rujukan AL-QURAN & HADIS bukannya ulasan akal kosong yang sememangnya prejudis kepada manusia ALIM & manusia yang memilih POLITIK ISLAM.

BANGKITLAH PEJUANG ISLAM MENEGUR KECELUPARAN DAN KEJAHILAN ORANG BUKAN ISLAM YANG TERUS MENGKRITIK ISLAM. ISLAM TIDAK AKAN MUSNAH WALAU DIHINA TETAPI UMAT ISLAM AKAN DIPANDANG HINA OLEH ALLAH SEKIRANYA TERUS MEMBIARKAN ISLAM DIHINA OLEH MERAKA YANG KAFIR DAN JAHIL. LIHATLAH SERUAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD: JANGAN SESEKALI KITA MENGHINA TUHAN MEREKA (ORANG BUKAN ISLAM) KERANA MEREKA AKAN MENGHINA TUHAN KAMU. Lihatlah betapa mulianya ISLAM melarang agama lain dihina. berpesan-pesan antara kita walaupun sebesar zarah sekali pun. ALLAHUAKHBAR!!!!

Baca Selanjutnya...

Kenapa tak bogel saja...

Mashitah kata surat pekeliling serta risalah etika berpakaian untuk wanita muslimah yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) supaya menutup aurat sebagai perkara remeh temeh? MasyaAllah. Dia sedar tak apa yg dia cakap tu. Tak serikkah dia dengan kontroversi pompuan boleh melacur kalau darurat dulu? Malang sungguh. Janganlah kerana periuk nasi serta mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina dan meminggirkan Islam. Kalau kata-kata tu keluar dari orang bukan ahli agama, mungkin orang tak pelik sangat, tapi ni dari Ustazah…MasyaAllah.

Mashitah kata “sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial”

“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.”

Cuba perhatikan ayat Allah ini;

‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’(Al-Ahzab 33 : 59)

Ingin bertanya kepada Mashitah, apakah kenyataan beliau itu menunjukkan ayat-ayat Allah adalah perkara kecil dan remeh-temeh ?

Dan sekarang giliran Mashitah pula bertanya kepada diri beliau sendiri;

‘Apakah yang aku dan kerajaan BN telah lakukan untuk menangani gejala social? Apakah yang aku dan Ustaz-Ustaz BN telah lakukan untuk mengatasi masalah pengkid dan menangani masalah sosial?

Dan sekarang saya bertanya semula, apakah contoh tauladan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat? Bagaimana rakyat wanita nak pakai tudung kalau di lihat mereka pemimpin, menteri wanita dan isteri-isteri menteri-menteri sendiri bebas tak bertudung?Memang soal iman masing-masing tapi bukankah kepimpinan melalui tauladan?

Pelik. Apabila berlaku sesuatu kejadian jenayah atau gejala sosial, mengapa sibuk mencari formula dan bertanya professor itu professor ini, sedangkan peraturan dan hukum Allah ada. Mengapa tidak ingin kembali kepada panduan dan hukum Allah sedangkan Dialah yang menciptakan kita. Maka mestilah Dia tahu di mana kelem ahan kita dan apa yang kita perlukan di dalam hidup kita. Pelikkan…Sungguh pelik!

Bacalah dua buah puisi ini untuk dita’akul dan di fikir-fikirkan
Tudung (1)

Tudunglah makanan itu
Agar tidak disinggah lalat
Tudunglah dirimu itu
Agar tidak disinggah laknat!

Tudung (2)

Engkau pun tersenyum mengejek sambil berkata;
'Untuk apa bertudung..
yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati
Kenapa engkau tidak berbogel sahaja, dan berkata;
'Yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati'.."

Baca Selanjutnya...

Peraduan 100 hari 100 kereta haram

Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam memutuskan, Peraduan '100 Hari 100 Kereta' anjuran Celcom (Malaysia) Bhd melanggar syariah dan mengandungi unsur judi.

Serentak itu, panel berkenaan mengarahkan Celcom menamatkan serta-merta peraduan itu atau menggubal semula konsep dan termanya supaya menepati kehendak syariah jika ingin meneruskannya.

Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran.

Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran.

Catatan

i. Mungkin , selepas daripada ini pihak JAKIM boleh memberanikan diri untuk melihat dan menyemak status perniagaan yang juga berunsurkan judi , yang diberikan lesen halal oleh pihak kerajaan UMNO/BN yang memerintah Negara ini , seperti Sport TOTO, Empat Nombor Ekor dan lain – lain.

ii. Jika lebih berani lagi , elok juga panel JAKIM melawat pusat Peranginan Genting , lihat di sana samada adanya unsur – unsur yang sama. Penulis pernah sampai di atas sana bersama anak – anak dan keluarga , tetapi tidak pulak ketemui adanya tempat yang dinamakan kasino. Rasanya pihak berkuasa JAKIM , dengan kuasa yang ada padanya boleh menyiasat tentang kebenaran adanya pusat judi.


Berita selanjutnya , petikan dari ONLINE BERITA HARIAN.

"Justeru peraduan yang berlandaskan terma dan syarat sedia ada tidak boleh diteruskan. Jika ingin meneruskannya, ia perlu mengikut konsep baru yang selari syariah Islam," katanya kepada Berita Harian selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di Bangi, semalam.

Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Peraduan yang berlangsung sejak 2 Jun lalu itu menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pelanggan pasca bayar dan prabayar Celcom. Bagi memenangi hadiah itu, pelanggan Celcom perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Pelanggan yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi mata dan berpeluang dipilih pemenang.

Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi sebuah Toyota Camry pada hujung minggu dan setiap jawapan yang dihantar dikenakan bayaran RM5.

Setakat ini, 12 pelanggan Celcom sudah memenangi kereta itu sebelum peraduan terbabit dihentikan sementara pada 13 Jun lalu berikutan arahan panel berkenaan selepas mesyuarat pertamanya dengan Celcom, minggu lalu.

Sementara itu, Shazalli berkata, Celcom akur dengan keputusan panel berkenaan dan bersetuju mengkaji semula terma serta syarat peraduan itu dengan kerjasama Jakim. "Peraduan ini akan digantung sementara sehingga Jakim berpuas hati dengan konsep dan terma baru yang akan digubal semula.

"Kita akan buat pengumuman selepas mengkaji bahagian yang perlu diperbetulkan, tetapi buat masa ini biarlah kita selesaikan isu syariah ini dengan Jakim," katanya tetapi enggan mengulas sama ada caj terhadap peserta peraduan itu akan dihapuskan.

Beliau berkata, keputusan itu tidak menjejaskan imej Celcom, sebaliknya meyakinkan pelanggan untuk menggunakan produk syarikat itu tanpa was-was kerana sebarang peraduan selepas ini akan dibuat dengan kerjasama Jakim bagi memastikan ia menepati tuntutan syariah.

"Kes ini diharap menjadi pengajaran kepada syarikat telekomunikasi dalam menganjurkan peraduan menggunakan SMS kerana ia membabitkan aspek terma dan syarat perjanjian jual-beli," katanya.

Wan Mohamad pula berkata, Jakim akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung penggunaan SMS dalam peraduan bagi menerangkan prosedur yang perlu dipatuhi syarikat telekomunikasi.

"Sebenarnya hukum penggunaan SMS sudah jelas seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2004, iaitu peraduan berbayar menerusi SMS adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian.

"Oleh itu, Jakim menasihatkan umat Islam mengambil kira aspek syariah sebelum menyertai sebarang peraduan dan pertandingan," katanya.

Baca Selanjutnya...

Isteri Curang

Beberapa minggu lepas ustazmuda menerima e.mail dari seseorang yang mengadu dan bertanyakan pandangan pendapat dan seterusnya hukum yang sewajarnya di atas masalah dan kesilapan yang telah beliau lakukan. Ustazmuda rasa, ada baiknya ustazmuda kongsikan dengan sahabat blog lain persoalan tersebut sebagai panduan bersama. Berikut intipati permasalahan.

Assalamualaikum....Saya megadakan hubungan terlarang dengan seorang lelaki lain. Hanya sekali... Bagaimana? Takkan saya kena berterus terang dengan suami atau saya hanya boleh bertaubat tanpa memberitahu suami. Saya rasa bersalah sangat. Tolong la... beritahu hukumnya dan bagaimana untuk saya menebus dosa. Saya harap perbincangan ini hanya di antara kita berdua... Terima kasih. Isteri Berdosa.

...pertamanya ustazmuda mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh isteri berdosa kepada ustazmuda untuk memberikan pandangan. Seterusnya kemaafan juga ustazmuda pohonkan kerana mengambil sikap mengongsikan masalah isteri berdosa dengan semua pembaca weblog ustazmuda. Juga keampunan dan kemaafan andai perkongsian jawapan mungkin tidak memberikan satu kepuasan kepada isteri berdosa. Ampun maaf.

Masalah yang puan utarakan sebenarnya, pada ustazmuda adalah satu masalah biasa yang wujud di akhir zaman ini. Masalah biasa akibat dari sikap tidak endah kita pada sesuatu yang besar dalam agama. Sikap kita yang mengambil ringan hubungan lelaki dan wanita serta batas-batas perhubungannya... Sebab itu dalam Firman dari Allah yang bermaksud : " Janganlah kamu menghampiri Zina... "

Hinggalah kita merasakan bertepuk tampar dan bergurau senda antara kenalan lelaki dan wanita itu adalah perkara biasa. Perkara yang boleh diterima... dan permulaan yang beginilah kebiasaannya membawa kepada hubungan zina yang dilaknat Allah. Namun, saya menghormati dan memuji sikap puan dan kesedaran yang wujud dalam diri puan atas rasa berdosa yang bersangatan pada Allah. Sebenarnya itulah yang dikatakan hidayah. Bukan semua manusia diberikan hidayah oleh Allah selepas melakukan kesilapan yang besar seperti ini. Bersyukurlah... Adakala, manusia terus bergembira dan berbangga dengan segala dosa yang telah mereka lakukan tanpa sedikitpun rasa takut kepada azab dariNya... waliyazubillah.

Oleh kerana puan telah menyatakan kekesalan bersangatan atas apa yang telah dilakukan... dan mengakui akan dosa yang amat besar sebagai satu kesilapan... dan negara kita bukanlah negara Islam yang benar-benar menjalankan perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu hudud, qisas mahupun takzir... maka pada saya, cukuplah puan memohon keampunan dengan bersungguh kepada Allah. Dengan kata lain puan bertaubat secara taubat Nasuha... Di mana taubat nasuha itu mempunya syaratnya yang tersendiri seperti...

1)Memohon ampun kepada Allah.
3)Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
2)Berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut.

Setelah melakukan taubat nasuha dengan bersungguh-sungguh kerana Allah... perbanyakkan ibadah kepadaNya terutama di malam hari... Insya allah dengan segala rintihan dan pengaduan dari puan kepadaNya... Puan akan diampunkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah menunggu-nunggu hambanya memohon ampun padaNya. Tidak ada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah kecuali syirik kepadanya...

Berkaitan dengan suami puan, setelah saya berbincang dengan beberapa orang sahabat dan juga guru agama, kebanyakan sahabat menyatakan tidak perlu untuk puan bercerita kepada suami puan. Bukanlah menjadi kewajipan pada puan untuk bercerita kepada suami puan hanya untuk mendapatkan kemafaan darinya. Lebih-lebih lagi sekiranya memberitahu kepada suami puan tersebut akan menyebabkan krisis yang lebih besar dalam kehidupan berkeluarga puan.

Ini kerana zina merupakan permasalah dalam Hudud bukan dalam Qisas yang boleh dimaafkan oleh manusia lain. Hudud adalah hak dan ketetapan oleh Allah. Dan Allah jualah yang menentukan hukum ke atasnya tanpa boleh diubah. Ini bermaksud, sekiranya perundangan Islam sepenuhnya berjalan di negara kita, puan tidak dapat tidak dikenakan hukum hudud iaitu 100 sebatan sekiranya terbukti dan disahkan kesalahan tersebut. Berdoalah moga dengan kekesalan yang benar-benar dilakukan kerana Allah itu akan menyelamatkan puan dari hukum Allah di akhirat nanti. Amin. Moga airmata yang merintih memohon ampun di malam hari itu akan dapat memadamkan api neraka Allah kerana sabda rasul yang bermaksud :


Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka Allah ialah, mata yang menagis dan merintih kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam berjihad kerana Allah.

Sebagai peringatan buat puan dan semua sahabat... Marilah kita sama-sama menjauhkan diri dari terlibat mahupun mendekati apa yang boleh membawa kepada perzinaan. Ingatlah... sedangkan mendekati zina itu sendiri telah dilarang oleh Allah apatah lagi perzinaan itu sendiri. Kepada isteri berdosa, jauhilah diri dari lelaki berkenaan (sama ada kekasih lama atau sesiapa saje yang datang menggoda ) kerana semuanya adalah satu gangguan untuk puan menumpukan sepenuh perhatian kepada suami puan. Jagalah tingkah laku dan sekiranya pemakaian puan tidak menepati syariat secara sempurnanya maka berubahlah kepada yang lebih baik agar dengannya puan terhindar dari gangguan lelaki asing yang hanya menunggu peluang dan suka mengambil kesempatan atas kelemahan puan.

Erm... Kebetulan pula kalau puan baru menonton cerekarama sabtu 14 Jun, tentu puan berasa gentar dan takut dengan balasan Allah. Semoga puan sentiasa berada dilandasanNya yang benar... amin. Buat akhirnya, sebarang kekurangan dan kesilapan dalam perkongsian masalah ini ustazmuda pohon keampunan kepada Allah dan kemaafan kepada isteri berdosa. Ingatlah... bumi mana tidak ditimpa hujan.

Salam ziarah : http://ustazmuda.blogspot.com/
"

"Isteri Berdosa..." | Login/Create an Account | 2 comments | Search Discussion

Re: Isteri Berdosa... (Score: 1)
by AkuAhliPartiAli on Wednesday, June 18 @ 09:15:08 MYT
(User Info | Send a Message)
Quoted dari ustaz muda: "... Masalah yang puan utarakan sebenarnya, pada ustazmuda adalah satu masalah biasa yang wujud di akhir zaman ini...".

Ustaz, bagi saya masalah ini BUKAN lah masalah biasa. Kalo ustaz kata ini biasa, maknanya sekitar ustaz (friend circles, neighbors, relatives, etc) berkecimpung dalam masalah ini. What da heck!!

Oleh kerana wanita itu tidak elaborate apa jenis 'terlarang' tu (berpegang tangan lelaki lain dgn sengaja pun terlarang jugak... berpeluk2 pun terlarang..), so let's assume the worst case, iaitu having sexual intercourse dgn lelaki lain.
Kalau lah wanita itu dirogol, maka itu bukan lah salah dia, tetapi salah lelaki itu. Hukum bunuh sahaja lelaki itu.

Kalau wanita itu yg terhegeh2 utk adakan sexual intercourse dgn lelaki lain itu, well... go back to basic lah.. hukum nya bunuh jugak sbb dah kawin. Since undang2 sivil tidak ada provision utk death sentence utk 'makan luar' macam ini, then pandai2 lah bertaubat.

Cuma, kesian lah pada suami wanita itu. Macam makanan sepinggan dikongsi bersama orang lain. Macam rasa disekutukan (agaknya sbb tu kot dosa syirik yg tidak terampun ialah menyekutukan Tuhan).

So, kalau tak berterus terang pada suami, hidup wanita itu tidak akan tenteram seumur hidup, dan mungkin akan meninggal dunia dgn keadaan suaminya tidak ampun kesalahan itu. Ini kes 'nahas'.

Dan kalau berterus terang, maka takut akibat lain pula.

So, I think why not berterus terang sahaja. Kalau suami rasa ditipu dan tak dihargai, maka mungkin dia akan menceraikan. Sila terima sahaja takdir itu. Ialah... masa 'buat kerja' tu, tak fikir masak2, ye tak.
Tetapi sekiranya si suami masih sayang wanita itu, dan memaafkannya, itu adalah Ending yg bagus juga. Maybe, sebagai penyejuk hati, wanita itu boleh OFFER untuk melamar seorang isteri tambahan utk suami nya. By this time, wanita itu patut sedar bahawa status nya telah menjunam. Tapi, wanita itu patut la menunjukkan bahawa dia betul2 bersalah dan bertaubat. Masalahnya, How to show and prove?

Itu just some suggestion. Be creative. And be willing to be down-to-earth, make your hubby be really like the King bila berterus-terang.

GOOD LUCK!

Re: Isteri Berdosa... (Score: 1)
by ikankering on Wednesday, June 18 @ 10:28:16 MYT
(User Info | Send a Message)
Allah cipta dunia ni dgn cipta cara penyesuaian semulajadi..... seperti tarikan positif dan negatif......... maknanya dunia ni akan menyesuaian diri dgn alam semulajadi......dari kewujudan dunia.....perkembangan dunia...... keroakan dunia .....hingga kemusnahan dunia.... akhirat.

Bukan sekadar zina sahaja, apa-apa kesalahan yang tidak diterima pasti menerima padah........ dari sistem penyesuaian Allah..... cuma masa akan tentukan dan pastinya semua orang tidak dapat mengelak dosa dirinya.

Kito boleh tipu seluruh dunia, tapi kito masih tidah dapat menipu diri sendiri dan Tuhan kito.

Sebab tu lah ramai penjahat masa nak mati, mereka boleh melihat dosa-dosa mereka buat sepajang hayat dalam saat kematian yang akan membawa mereka masuk "hell".... neraka

caya tak caya tunggulah sampai hayat terakhir....... kalau kamu terlihat semua dosa-dosa kamu dan berada dalam ketakutan....... ingat bertaubat dan panggil nama Allah..... mungkin dapat menyelamat mu.

Baca Selanjutnya...