Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini,” Perdana Menteri.
Mungkin semua lupa bahawa Pak Lah selaku Perdana Menteri adalah juga Menteri Kewangan! Adakah Pak Lah mempunyai dua gaji dan elaun yang berlainan kerana beliau memegang dua jawatan serentak! Adalah tidak efektif lagi membebankan beliau kerana memegang dua jawatan serentak. Patutlah Pak Lah tidak dapat fokus sebagai Perdana Menteri kerana pada masa yang sama beliau mengetahui jumlah wang kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian bulanan bagi Perdana Menteri sebanyak RM18,865 setiap bulan, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), Menteri (RM12,320) dan Timbalan Menteri (RM6,000) akan dikurangkan sebanyak 10 % mulai 1 Julai 2008 bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.
Sungguh banyak jumlah elaun tersebut jika nak dibandingkan dengan majoriti gaji rakyat setiap bulan! Itu baru elaun keraian, bagaimana dengan pelbagai lagi elaun yang tersedia? Berapakah dan apakah elaun yang lain? Selain elaun, pucuk pimpinan tertinggi juga mempunyai gaji bulanan yang tetap, bukan? Inilah dia pimpinan rakyat yang ingin menjaga kebajikan rakyat. Hanya memotong elaun ketika bencana menimpa.
Kenapa media cetak tempatan dan media elektronik tempatan tidak menyebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia berapakah ‘income’ Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah secara sukarela memotong incomenya bagi mengisi tabung tertentu? Inilah dia teladan yang baik!
Dalam masa yang sama, wang rebat sebanyak RM625 bagi kenderaan dan RM150 bagi motosikal akan dibayar mulai Sabtu ini sebagai usaha meringankan beban rakyat gara-gara kenaikan minyak petrol dan diesel yang mendadak. Keputusan ‘adhoc’ dan terbaru ini dilihat bagi mengambil hati rakyat yang dijangka membuat demonstrasi besar-besaran pada 12 Jun 2008 (anjuran PAS) dan 12 Julai 2008 (anjuran PROTES), kedua-duanya di KLCC. Dapatkah ia meredakan hati rakyat yang sudah lama membakar sebelum dan selepas pilihanraya lagi?
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment