Gerakan Rakyat Anti Rasuah (Gerak Malaysia) berkata, perbelanjaan berhemah sudah pun diamalkan kerajaan negeri Kelantan melalui pemotongan 25 peratus haji dan elaun pimpinan kerajaan negeri.
Justeru itu kata Pengerusinya, Mohd Nazree Yunus mereka menyokong penuh seandainya ada mana-mana pihak yang mahu mengamal tabiat tersebut termasuk langkah yang dilakukan kerajaan Persekutuan.
Kelmarin, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan semua menteri kabinet termasuk beliau sendiri akan memotong elaun keraian masing-masing sebanyak sepuluh peratus sebagai langkah berjimat cermat dalam menghadapi kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus seperti diumumkan baru-baru ini.
Sementara itu Nazree memperakui strategi berkenaan kerana ia bagi menyuntik dana tambahan secara segera dan jangka pendek.
"Bagaimanapun sekarang banyak pihak menuntut agar janji-janji kerajaan sebagaimana peruntukan RM4 bilion bagi meningkat tahap pengangkutan awam, dana Petronas, projek-projek pembangunan koridor dan aliran penggunaan wang subsidi dijelaskan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Gerak melihat keadaan kekaburan penjelasan pengurusan dana kewangan negara mengakibatkan salah tanggap yang kian meningkat dalam masyarakat.
Penjelasan kerajaan katanya, sangat perlu bagi membaiki imejnya sekiranya langkah-langkah yang diambil ternyata langkah terakhir setetalah tidak mempunyai formula lain untuk menangani krisis kenaikan harga minyak dan barangan lain.
"Gerak yakin permasalahan ini boleh diselesaikan jika mempunyai metodologi pengawasan yang efektif dan berintegriti dalam sistem pengurusan wang negara," katanya.
Sehubungan itu katanya, Majlis Hisbah Negara perlu ditubuhkan bagi menangani masalah tersebut. - mks.
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment