Mashitah kata surat pekeliling serta risalah etika berpakaian untuk wanita muslimah yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) supaya menutup aurat sebagai perkara remeh temeh? MasyaAllah. Dia sedar tak apa yg dia cakap tu. Tak serikkah dia dengan kontroversi pompuan boleh melacur kalau darurat dulu? Malang sungguh. Janganlah kerana periuk nasi serta mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina dan meminggirkan Islam. Kalau kata-kata tu keluar dari orang bukan ahli agama, mungkin orang tak pelik sangat, tapi ni dari Ustazah…MasyaAllah.
Mashitah kata “sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial”
“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.”
Cuba perhatikan ayat Allah ini;
‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’(Al-Ahzab 33 : 59)
Ingin bertanya kepada Mashitah, apakah kenyataan beliau itu menunjukkan ayat-ayat Allah adalah perkara kecil dan remeh-temeh ?
Dan sekarang giliran Mashitah pula bertanya kepada diri beliau sendiri;
‘Apakah yang aku dan kerajaan BN telah lakukan untuk menangani gejala social? Apakah yang aku dan Ustaz-Ustaz BN telah lakukan untuk mengatasi masalah pengkid dan menangani masalah sosial?
Dan sekarang saya bertanya semula, apakah contoh tauladan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat? Bagaimana rakyat wanita nak pakai tudung kalau di lihat mereka pemimpin, menteri wanita dan isteri-isteri menteri-menteri sendiri bebas tak bertudung?Memang soal iman masing-masing tapi bukankah kepimpinan melalui tauladan?
Pelik. Apabila berlaku sesuatu kejadian jenayah atau gejala sosial, mengapa sibuk mencari formula dan bertanya professor itu professor ini, sedangkan peraturan dan hukum Allah ada. Mengapa tidak ingin kembali kepada panduan dan hukum Allah sedangkan Dialah yang menciptakan kita. Maka mestilah Dia tahu di mana kelem ahan kita dan apa yang kita perlukan di dalam hidup kita. Pelikkan…Sungguh pelik!
Bacalah dua buah puisi ini untuk dita’akul dan di fikir-fikirkan
Tudung (1)
Tudunglah makanan itu
Agar tidak disinggah lalat
Tudunglah dirimu itu
Agar tidak disinggah laknat!
Tudung (2)
Engkau pun tersenyum mengejek sambil berkata;
'Untuk apa bertudung..
yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati
Kenapa engkau tidak berbogel sahaja, dan berkata;
'Yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati'.."
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment