Berikutan kepada pendedahan yang dilakukan oleh A Voice, satu weblog pro-UMNO telah mula menulis dan menyebarkan perkara yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat Selangor terhadap Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim khususnya Parti KeADILan Rakyat. Benarkah dakwaan tersebut? Jika benar maka seharusnya kes ini dibawa ke mahkamah dan tindakan boleh diambil terhadapnya. Jika ia hanya propaganda pembangkang Selangor (elak keluar parti), ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan terhadap keyakinan penyokong PKR terhadap MB Selangor.
Kelemahan Bendahari PKR menguruskan pentadbiran kerajaan Selangor mula galak dipersoalkan gara-gara Syabas yang berdolak dalih dalam isu pemberian air percuma kepada rakyat Selangor. Ia adalah manifesto PKR dan ia tentunya menjadi senjata Barisan Nasional selaku pembangkang di Selangor! Umum mengetahui Khalid beriya-iya melaksanakan manifesto tersebut tetapi pihak pengurusan Syabas dilihat enggan menerima plan Khalid. Apakah puncanya kalau bukan ingin melihat kegagalan Khalid melaksanakan manifesto tersebut?
Berkaitan laporan empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan polis tentang salah guna kuasa seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ia tidak semestinya boleh mengaitkan dengan salah laku Khalid. Mungkin ia adalah kesalahan peribadi pegawai tersebut. Mengikut jurucakap kumpulan ahli PKR itu, Remy Iskandar, pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar.
Berhubung pelantikan Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kemasukan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan Sime Darby Berhad, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda sebagai jawatan tertentu di dalam kerajaan Selangor, ia adalah tindakan bijak bagi menjaga kebajikan rakyat Selangor dan menjanakan ekonomi Selangor. Kenapa ia dipersoalkan bilamana ia boleh dan mampu menguntungkan rakyat Selangor sendiri. Tindakan yang dianggap mencurigakan oleh A Voice adalah berdasarkan spekulasi semata-mata dan bukan berdasarkan bukti bertulis atau bukti lisan! Di mana buktinya kalau projek pun belum dilakukan? Mahkamah pun akan mengekalkan ‘ketidakbersalahan’ tertuduh selagi bukti kesalahan tidak disahkan! Cuba lihat bukti ini pula! Apa pula reaksi A Voive?
Yang hanya ‘mampu dan berupaya bersalah’ (jika dibuktikan oleh mahkamah) adalah kerajaan pimpinan Datuk Seri Dr Khir Toyo sahaja kerana beliau telah memacu pentadbiran Selangor selama 2 penggal! Tidak perlu menyelongkar jauh tetapi cukuplah melihat kepada isu hangat Balkis! Begitukah mentaliti pimpinan kerajaan dahulu (yang kini menjadi pembangkang) menjaga dan memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat? Tepuk dada tanya iman.
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment