16 SEPTEMBER: Faktor Rasional BN Tumbang Semasa Sidang Parlimen Malaysia ke-3??

Mengapakah 16 September menjadi tarikh tumbangnya Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah? Selain persamaan ‘tarikh keramat’ kerana penubuhan Malaysia berlaku pada tarikh berkenaan, terdapat juga beberapa faktor yang memungkinkan DS Anwar telah memilih tarikh berkenaan. Antaranya ialah kerana:

untuk memastikan keberkesanan dan kesatuan Pakatan Rakyat adalah kukuh di lima negeri pembangkang terutamanya di Selangor dan Perak yang menjadi negeri kritikal apabila di perintah oleh kerajaan campuran PAS, PKR dan DAP. Apabila rakyat telah melihat dan yakin Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan baik di Selangor dan Perak, sudah tentu rakyat juga boleh menerima kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional.
untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat kegawatan politik dalaman Barisan Nasional terutamanya di kalangan parti komponennya iaitu UMNO dan Gerakan. UMNO semakin parah kerana persaingan secara terbuka yang memaksa Pak Lah meletak jawatan dalam kes Datuk Mukhriz. Parti Gerakan juga semakin goyah apabila Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan menerima tawaran untuk bekerja di bawah Kerajaan Selangor. Secara tidak langsung ia menarik sokongan rakyat untuk terus menyokong Pakatan Rakyat.

untuk memberi masa kepada lebih ramai lagi ahli Parlimen (yang membentuk Kerajaan Pusat) menyertai Pakatan Rakyat kerana urusan melompat parti sememangnya memerlukan usaha-usaha tertentu dan rundingan secara rahsia. Apabila ahli Parlimen melompat lebih daripada 30, maka sudah tentulah kerajaan yang baru dibentuk mendapat sokongan padu. Lebih padu apabila Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3 dan mudah meminda akta-akta tertentu!

menyusun strategi sebelum ‘merampas kuasa kerajaan’ dengan melihat kekuatan dan kekurangan di dalam Pakatan Rakyat. Hasilnya Sekretariat Bersama Pakatan Rakyat dan Jawatankuasa Penyelaras Parlimen ditubuhkan bagi menyelia perjalanan Pakatan Rakyat merampas kerajaan daripada Barisan Nasional.
membina kekuatan dalaman semua yang terlibat. Apabila negara menghayati kemerdekaan pada 31 Ogos 2008, maka semangat cintakan Malaysia bertambah apabila bukan setakat legasi kemerdekaan yang harus dikekalkan tetapi kerajaan yang memerintah juga menjaga kebajikan rakyat!

Jika Anwar tidak dapat merealisasikan janjinya menumbangkan kerajaan, sudah tentu karier politiknya akan terus terkubur memandangkan kata-kata beliau begitu berharga kerana dipantau bukan sahaja oleh seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga oleh masyarakat dunia! Hanya masa memisahkan kebenaran kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yang mempunyai pengalaman dan sejarah liku politik yang sangat unik!

PKR yang meraikan penyertaan 50,000 ahli barunya juga mengumumkan senarai anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR di ibu pejabat baru parti itu di Tropicana, Damansara. Antara ahli MPT yang dilantik ialah Presiden Kongres Kesatuan sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas Presiden Abim, Dr Mohd Noor Manuti dan bekas ahli exco MCA, Felicia Lim. Kemasukan Presiden MTUC sebagai ahli MPT dilihat sebagai usaha menarik sokongan kepada PR di kalangan ahli MTUC yang sememangnya mempunyai jumlah ahli yang sangat ramai.

DS Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika PR memerintah, dan menambah beliau lebih rela kehilangan jawatan daripada membiarkan rakyat merana. Tindakan ini juga dilihat telah menepis kaitannya dengan penyertaan Ezam Md Noor kepada UMNO, di mana terdapat penganalis politik yang mengatakan DS Anwar akan mengikuti jejak langkah Ezam bagi merealisasikan janjinya kepada umum bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri!

0 comments: