Ramai yang bertanya mengapa Anwar memilih tarikh 16 September untuk melakukan pembentukan kerajaan baru, sedangkan Anwar mendakwa dia sudah memiliki angka yang cukup dari kalangan MP yang mahu melompat parti terutamanya MP dari Sabah bagi membolehkan kerajaan Pakatan rakyat memulakan langkah mereka ke Putrajaya. Pelbagai spekulasi dibuat, ada yang mengatakan tarikh 16 September sebagai hari pembentukan Negara Malaysia, manakala bulan September tarikh kita masih lagi menyambut bulan kemerdekaan. Ada pula cerita dan desas desus Anwar mahu melakukannya dengan menyertai parti Umno.
Sehinggakan ada mengatakan Persatuan Dewan Perniagaan Cina yang membuat kunjungan hormat terhadap Anwar sejurus Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri menawarkan tugas untuk memujuk atau "membeli" wakil rakyat BN kerana mereka memerlukan seorang pemimpin bagi memulihkan kembali Ekonomi Malaysia yang sekian lama suram dengan kadar segera. Mana tidaknya, kebanyakan komuniti bisnes Cina sedang mengalami tekanan akibat ekonomi Malaysia yang teruk. Jadi kini yang berunding bukanlah ahli politik tetapi melibatkan sektor koperat!! Ramalan ini dikuatkan lagi dengan hujah beberapa pemimpin tertinggi Gerakan dari kalangan Cina kini sudah menyeberang ke Pakatan rakyat. Ada yang mengatakan bukan Sabah target Anwar tetapi MP bukan-Melayu dari Semenanjung.
Walau apapun ramalan, Anwar sudah pasti mahukan tarikh 2 September yang menjadi sejarah bagi dirinya. Kalau dikutkan tarikh tersebut adalah tarikh di mana Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, manakala pada tarikh 2 September 2004 pula tarikh keramat di mana Anwar juga dibebaskan dari penjara Sungai Buluh. Apakah 2 September 2008 Anwar ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6? Kita nantikan kesudahannya..
Apa yang menghairankan, Anwar terlalu yakin untuk bulan tersebut, dia bergelar Perdana Menteri, Diberitakan kini Anwar, Tan Sri Khalid dan Husam Musa bersama sama berada di UAE. Apakah langkah Anwar akan bermula selepas pulangnya beliau dari UAE? Desas-desus mengatakan bermula hujung bulan ini dijangka akan bermulanya pesta lompat Parti. Apa pun kita tunggu dan lihat.
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment