Saifudin bin Ibrahim
(No. KP : 760702-03-5999)
Lot 250 Kampung Pintu Gang,
15100 Kota Bharu,
Kelantan.
5 Syaaban 1429 / 6 Ogos 2008
Ke Majlis :
YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Merangkap Setiausaha Agung DAP
YAB,
KELUHAN MASYARAKAT ISLAM DI PULAU PINANG
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan saya seperti nama di atas merupakan salah seorang penyokong kepada Pakatan Rakyat.
Diucapkan tahniah kepada YAB yang telah berjaya menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kini hamper mencecah 5 bulan. Era peralihan kuasa daripada Tan Sri Koh Tsu Koon kepada YAB telah memberi harapan baru kepada masyarakat Islam dan melayu khususnya di Pulau Pinang, walaupun pada awalnya dimomokkan dengan pelbagai keburukan oleh media-media yang selamanya berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.
Ya, Khalifah Umar Abdul Aziz, kerapkali saya mendengar dan membaca kenyataan YAB untuk mencontohi corak pemerintahannya. Bagi saya yang berada jauh dari Pulau Pinang dan beragama Islam merasakan cukup-cukup terharu dengan kenyataan sedemikian.
Malah penegasan YAB untuk untuk mengamalkan konsep CAT Government iaitu contingency - berpasukan, accountability - bertanggungjawab dan transparency - telus & adil amat menggembirakan saya. Malah dalam hati saya yakin, YAB mampu melaksanakannya.
Tetapi selepas beberapa kali mendengar keluhan daripada rakan-rakan saya dari Pulau Pinang, saya merasakan ada yang tidak kena dengan pendekatan dan corak pemerintahan YAB.
Beberapa perkara yang telah sampai ke telinga saya ialah :
1. YAB meneruskan pembinaan rumah kos tinggi dan yang menjadi mangsanya ialah kaum Melayu dan India. Umum mengetahui bahawa taraf ekonomi kedua-dua kaum ini di Pulau Pinang amat teruk. Jika ia benar, maka YAB seperti memperjuangkan sesebuah kaum dan meminggirkan kaum-kaum yang lain. Diharap telahan ini tidak benar. Diharap rumah-rumah kos rendah dapat dibina sebanyak mungkin untuk memberi peluang kepada semua kaum mendapat tempat pelindungan.
2. YAB menolak untuk diadakan pertemuan dengan para pimpinan PAS Pulau Pinang dengan diberi pelbagai alasan-alasan yang tidak munasabah. Jika ia benar, diharap YAB patut membetulkan dan memberi seberapa ruang yang luas kepada PAS Pulau Pinang khususnya untuk menambahbaikan corak pemerintahan YAB di Pulau Pinang yang juga dikenali kerajaan Pakatan Rakyat.
Ada beberapa perkara lagi yang telah sampai ke telinga saya, tetapi ia lebih bersifat perkauman. Tetapi bagi saya, jika YAB dapat menyelesaikan 2 perkara tersebut, saya merasakan masyarakat Islam dan Melayu khususnya (yang telah memejamkan sebelah mata mereka dari segala catatan silam, atas optimisnya mereka kepada komitmen DAP terhadap prinsip-prinsip yang adil dan saksama) pasti menarik nafas lega setelah dipinggirkan selama bertahun-tahun secara zalim oleh pemerintahan BN sebelum ini.
Mungkin banyak perkara YAB perlu belajar dari Kelantan, malah suara-suara nakal yang tidak selesa dengan pemerintahan YAB, memberi luahan supaya sebelum YAB mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, adalah lebih baik YAB mencontohi dan menandingi dulu corak pemerintahan yang telah diamalkan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz di Kelantan.
Semoga persidangan Ketua-ketua Kerajaan Pakatan Rakyat beberapa hari lagi akan memberikan input yang penting kepada YAB untuk terus memberi keadilan kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat Islam dan Melayu khususnya di Pulau Pinang.
Salam perjuangan untuk YAB…..
“Kearah Malaysia Yang Sejahtera”
Yang benar,
SAIFUDIN BIN IBRAHIM
lot250.blogspot.com
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment