Macam-macam dah jadi dekat keluarga DS Anwar Ibrahim. Dulu waktu dia kena tahan dekat lokap polis dan isteri dan anak datang melawat, lif mereka meletup dan talinya terputus. Pihak bomba mengambil masa hampir sejam untuk menyelamatkan mereka.
Kini, tak sampai sebulan berlaku lagi benda 'pelik' yang baru. Mungkin tak ramai yang tahu pasal peluru hidup jatuh berhampiran Nurul Izzah dan bergolek berhampiran kaki ibunya, DSWA semalam di kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Adakah ini satu lagi bentuk amaran dan ancaman? Atau adakah ini satu tindakan yang dilakukan oleh orang ataupun pihak yang mahu menanggu di air keruh?
Jika ini dilakukan oleh pihak yang memang membenci DSAI, maka apa yang dilakukan ini amat bahaya kepada mereka kerana semakin membakar kemarahan rakyat. Tetapi jika sebenarnya dilakukan oleh pihak ke-3 yang mahu mengambil kesempatan, kita tidak seharusnya tertipu.
Kita harus berhati-hati dan jangan diprovokasi. Apapun, keselamatan diri kita harus kita jaga sepenuhnya dan marilah kita sama-sama doakan keselamatan keluarga DSAI dan juga para pemimpin kita yang lain.
Semoga bulan oktober akan datang ni, kerajaan sudah bertukar tangan dan kita ada PM yang baru.
Salam Reformasi!!
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment