Dalam ceramah perdana di Padang Awam PJS 4/19, Taman Medan, PJ malam tadi (7.8.08), YB Azmin Ali telah mendedahkan beberapa perkara baru tentang kes yang dihadapi oleh DSAI yang saya kira menggemparkan. Dengan pendedahan itu, bertambah yakinlah rakyat bahawa tuduhan ini adalah fitnah jahat semata-mata untuk menghalang atau membunuh terus karier politik Anwar. Apakah pendedahan tersebut ?
1) Pindaan pertuduhan
Sepatutnya, Anwar didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seks secara paksa. Sebelum ini pimpinan kerajaan, polis & media massa mendakwa yang Saiful diliwat secara paksa oleh Anwar. Secara tiba-tiba, semalam ketika pertuduhan dibacakan, Anwar didakwa dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seks secara suka sama suka. Mengapa jadi begini? Jika tuduhan ini benar, mengapa hanya Anwar saja yang didakwa? Jika tuduhan ini benar, sepatutnya Saiful juga didakwa kerana "suka sama suka". Menteri dalam negeri berkata, Saiful tidak boleh didakwa kerana dia adalah pengadu dalam kes ini. Maknanya, sesiapa yang buat kesalahan seperti ini di masa akan datang, kalau nak selamat, buat laporan dulu dekat polis. Pihak yang buat laporan dulu akan selamat. Malaysia oh! Malaysia.
2) Doktor Tidak Mahu Memalsukan Laporan
Menurut Azmin, setakat malam tadi, maklumat yang diterima olehnya menyatakan bahawa 4 hospital tidak mahu memalsukan laporan perubatan Saiful. Hospital tersebut ialah:-
1. Hospital Pusrawi
2. Hospital Besar Kuala Lumpur
3. Hospital Selayang
4. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Ternyata doktor-doktor di hospital ini sangat profesional. Mereka menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Dah memang si Saiful tak diliwat takkan mereka nak buat laporan yang dia diliwat pula. Itu dah fitnah namanya. Syabas & tahniah kepada doktor-doktor ini. Mungkin anda akan susah sedikit di dunia selepas ini tetapi percayalah, di akhirat nanti anda pasti bebas dari menjawab soalan fitnah ini. InsyaAllah.
3) Pejabat Peguam Negara Tak Nak Dakwa
Menurut Azmin lagi, pihak pendakwaan di Pejabat Peguam Negara tidak mahu meneruskan pendakwaan kerana kes ini tiada asas/bukti yang kukuh. Dalam bahasa mudah, "tiada kes". Mereka sedar sekiranya diteruskan juga pasti akan kalah dalam perbicaraan dan yang paling penting mereka juga sedar yang mereka akan dibicarakan di "mahkamah Allah" nanti kerana membuat pertuduhan fitnah/palsu. Malangnya, datang arahan dari pihak politik atasan untuk meneruskan pendakwaan. Salah satu arahan datang dari "Rembau" menurut Azmin.
Jelaslah sudah bahawa pertuduhan ini adalah fitnah jahat untuk menyekat kemaraan DSAI & PR ke Putrajaya tetapi InsyaAllah, puak-puak yang menaburkan fitnah ini akan dilaknat oleh Allah S.W.T dengan balasan yang amat pedih seksanya. Kepada DSAI dan seluruh pimpinan PR, teruskan berjuang untuk rakyat kerana kami rakyat Malaysia akan terus berdiri teguh dibelakang kalian.
Sekian. Wassallam. REFORMASI! TAKBIR!
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment