Jemaah Tabligh ini bermula diMewat, India sekitar 1926 yang diilhamkan oleh Muhammad Ilyas.
Ia berpunca apabila India mahu dimerdekakan oleh Inggeris, di mana mereka telah menetapkan bahawa orang Islam dan Hindu perlu dipisahkan. Inggeris khuatir jika dibiarkan, dengan kepesatan penyebaran Islam boleh menyebabkan seluruh benua India itu akan didominasi oleh Islam sepenuhnya.
Maka India dibelah dua, di mana benua yang ada sekarang diperuntukkan kepada penganut Hindu, sementara di dua tempat lagi ialah kawasan untuk orang-orang Islam; Pakistan Barat dan Pakistan Timur.
Tempoh perpindahan diberikan selama 30 tahun sebelum India/Pakistan dimerdekakan. Ia bermula pada tahun 1918, sebaik tamat Perang Dunia Pertama.
Maka bermulalah detik-detik memilukan dalam sejarah perpindahan manusia secara besar-besaran. Orang-orang Islam dikehendaki meninggalkan kampung halaman mereka di India (sekarang) menuju ke Pakistan Barat dan sebahagian lagi ke Pakistan Timur (iaitu Bangladesh yang ada pada hari ini).
Demikian juga sebaliknya, orang-orang Hindu dikehendaki berpindah dari kedua-dua kawasan berekenaan. Segala harta-benda, kampung halaman terpaksa ditinggalkan. Apa yang menyedihkan dalam tempoh 30 tahun itu berlaku segala peristiwa menyayatkan, termasuk perpisahan sesama keluarga - ada yang dihantar ke Pakistan Barat, ada yang ke Pakistan Timur dan sebaliknya. Ibu-ayah yang terpisah daripada anak-anak mereka sebab pengangkutan yang disediakan amat tidak teratur.
Keadaan teruk sekali memandangkan perpindahan yang melibatkan ratusan juta jiwa manusia.
Namun, dalam tempoh berkenaan masih ramai orang Islam (pada nama) di India yang tidak ambil kisah. Mereka tidak ikut berpindah. Jadi, Hindu atau apa sahaja bukan masalah besar dalam hidup mereka. Mereka sekadar menjalani kehidupan biasa, makan, memenuhi naluri seks, beranak-pinak kemudian apabila sampai ajal, mati begitu sahaja.
Dalam melihat keadaan yang tidak menyenangkan ini, timbul keinsafan di hati Muhammad Ilyas yang tinggal di wilayah Mewat, India akan nasib orang-orang Islam berkenaan. Kononnya, dia mendapat mimpi/ilham agar segera menyelamatkan mereka; yang sedang berhadapan dengan masalah kegelinciran aqidah dan sukar untuk dibezakan antara Islam dan Hindunya.
Maka selepas tempoh perpindahan berlangsung selama 15 tahun, dia pun mula menyeru orang-orang Islam separuh tiang itu agar beramai-ramai pergi ke mesjid. Dia ingin mengembalikan mereka ke jalan ketuhanan (sedangkan dia sendiri pun tidak punya ilmu agama sebanyak mana - Nota: Semua tuk alim mengambil keputusan berpindah sebab sedarkan bahaya jika terus tinggal di India).
Dia mewar-warkan slogan, "Marilah Orang Islam! Jadilah Seorang Muslim" mulai tahun 1926.
Lapan tahun dia berusaha mengajak mereka ke mesjid. Di sana mereka berbual sambil cuba mengenali diri masing-masing. Dia masih belum sempat mengajar (sebab dia pun tidak tahu untuk bermula dari mana akan ilmu agama yang hebat itu, lantaran dia sendiri pun ketandusan ilmu agama!). Entah bagaimana, empat tahun sebelum kemerdekaan dicapai dia pun meninggal dunia.
Peristiwa berkenaan telah menimbulkan kejutan yang bukan sedikit. Sebab anak-anak beliau dan pengikut yang lain tidak tahu apakah tujuan perhimpunan di mesjid itu dilakukan. Ilmu apakah yang hendak dipelajari. Dan ilmu apakah pula yang hendak diajarkan? Maka tempat beliau digantikan oleh anaknya, Muhammad Yusuf, diikuti oleh Inaam ul Hassan yang meneruskan kebiasaan-kebiasaan yang ditinggalkan oleh arwah Muhammad Ilyas.
Mereka masih teraba-raba dalam pencarian. Akhirnya, Muhammad Zakaria telah berusaha mengumpulkan segala jenis hadis (sekadar mana yang dapat dicapainya - Nota: Pencarian oleh si jahil!) maka terhasillah Fudhail-e-Amal sebagai himpunan segala jenis hadis daif, tersangat daif, maudhu (palsu) serta hadis yang tidak diketahui asal-usulnya.
Di dalamnya terangkum sekali segala bid'ah, khurafat, syirik dan hal-hal yang menyesatkan, yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Banyaknya, mereka mengamalkan bisikan-bisikan syaitan yang disangkakan ilham Tuhan....
Berikut nanti akan dijelaskan kepalsuan yang melingkari gerakan tabligh. Bagaimana mereka menyisihkan diri dan enggan menerima ilmu Islam sebagaimana yang dibawa oleh para sahabat dan imam yang empat (yang amat dimusuhi oleh mereka itu).
InsyaAllah.
The King, his family and U
2 weeks ago
8 comments:
Assalamualaikum.....kepada nizam semoga Allah merahmati anda selalu....anda kenal ker Maulana Ilyas?....anda kenal ker Maulana Zakaria?...anda Kenal Maulana Inamul Hassan?....anda tahu sejauh mana tahap ilmu agama mereka?....anda tahu ker tentang hadis? Universiti mana anda belajar? atau pondok mana anda belajar kalau benar jemaah ini sesat dan salah sudah lama jemaah ini di haramkan tetapi jika anda pergi ke sri petaling anda dapat melihat masjid sri petaling tersergam indah yang mana ia di bina tidak mengunakan 1 sen pun duit dari kerajaan mahupun dari parti politik anda, sebenarnya jemaah tabligh ini hanya gelaran manusia sahaja sebanarnya jemaah ini hanya membuat kerja nabi mengikut cara nabi ...anda tahu tahu tak setiah ahli jemaah yang membaca nukilan anda ini boleh menyebabkan mereka berkecil hati....tidakkah itu mendatangkan dosa.....adakah anda sanggupkah di padang masyar nanti mencari mereka untuk memohon kemaafan...saya juga penyokong parti seperti anda sokong....adakah anda tahu apa yang di perjuangkan oleh kami....mereka semua tidak ada kepentingan sedikit pun untuk kepentingan di dunia....mereka korbankan harta...mereka korbankn diri mereka...mereka korbankan masa mereka semata-mata kerana ALLAH...tidakkah itu mirip sahabat...adakah anda pernah ke kubang bujuk di sana ada pusat pengajian agama untuk hafiz dan Amin yang di bina oleh jemaah adakah mereka ini juga sesat dan tak betul...banyak lah berfikir sebelum menulis saudara...saya mahu tanya apakah maksud anda di lahirkan kedunia..adakah sekadar sekolah lepas tue kerja.. berkahwin dan mati...adakah cukup sekadar kita di dunia sekadar solat...berzikir...baca al-Quran..untuk masuk syurga...bagaimana pulak para sahabat yang dahulunya mengorbankan diri mereka....harta mereka...masa mereka.. baru mereka masuk syurga...sedangkan kita hanya membuat perkara yang wajib sahaja hendak masuk syurga ??? adakah itu adil bagi para sahabat ???? saudara tidak tahu tentang jemaah... susah dan jerihnya usaha ini....kalau saudara buat usaha ini barulah saudara tahu bagaimana rasanya... baginda dan para sahabar membuat dakwah...tapi kami hanya rasa sedikit sekelumit kuman sahaja susah dan peritnya jika di banding baginda dan para sahabat...janganlah saudara membuat tuduhan sebelum saudara mengkaji terlebih dahulu... dosa dan tidak adil bagi ahli jemaah bila membaca nukilan saudara.
assalamualaikum,
Tuan punya blog.
lebih baik saudara buat kajian dulu tentang tabligh.tak baik menuduh yang bukan2.Jika ternyata ape yang tuan kate itu tidak benar, maka ini semua FITNAH! Orang lain yang tak tahu tentang tabligh,bile membaca posting ini akan mempercayainya, padahal semuanya tidak benar.
Saya ingin memberi nasihat sebagai seorang muslim yang tidak pernah kita bertemu muka.Cubalah fikir dan dengar ape yang telah saudara tulis.
Salam tuan blog,
Maha dahsyat fitnah ko nie hehehe
sape lu ni...? nak jadi pendukung bendera syaitan ke.....? sempit otak lu ni, karat pulak tu..... meh gua basuh....!!!!
Salam kepada ko yang aku rasakan kurang baik..
Aku bukan ahli jemaah tabligh. tapi aku jadi beik kerana mereka. Ko ni ape hal?? Ko ingat ulama yang ko puja2 ni hebat sgt ke?? Aku cabar ko ko tanya haji hadi pasalm mimpi dia sekitar tahun 80-an mengenai satu jemaah dari pakistan ke masjid di rusila. Aku cabar ko. Kalau dia kata takde, aku berani bersumpah dia bohong.
Tolong la.. PAS ni ada kat mane je?? Pas ada ke kat amerika? ade ke kat london? Tak payah gi jauh2, kat siam ada ke?? atau kat singgapore ada ke?? Dah tu mcm mane ko kata itu haq. Bagi aku politik berparti ni semuanya tipu dan kotor. Perjungan islam la kononnya. Tapi ikut acuan yahudi. Ape cite?? Haq ke ni? Ko ni terlalu bayak hijab. Sampai tak nampak kebenaran. Taubat la kepada Allah atas fitnah ko yang begitu teruk kepada Rasulullah.
Tabligh ni sifat Rasulullah. Kerja Rasulullah. Dan ko telah sebarkan fitnah terhadap rasulullah. Taubat dan mengucap balik. Ko dah jauh lari. Nak islam, tapi ko sendiri hancurkan Islam.
Assalamualaikum, janganlah kerana politik saudara sanggup memburuk-burukkan jemaah Tabliq ini.
Jemaah ini telah banyak berkorban dalam menyebarkan Islam..
tetapi adakah pengorbanan saudara (TUAN PUNYA PENULIS BLOG INI) sudah terlalu banyak sehinggakan sanggup merendah-rendahkan jemaah Tabliq ini?
Adakah Tuan Selalu mempraktikkan Sunah-sunah nabi?
sehinggkan sanggup menulis seperti ini?
Demi Allah, Mereka lebih mulia daripada ketaksuban parti polik kamu...
semoga kamu insaf, dan tidak merendah-rendahkan mereka,
Astaqfirullah....
semoga ALLAH bagi petunjuk kepada penulis ni...amin
semua karkun tabligh dijemput melawat blog http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/08/pembongkaran-aqidahkepercayaan-sesat.html
Post a Comment