Dato Seri Anwar Ibrahim akan didakwa esok atas tuduhan meliwat saifol,sementara tarikh penamaan calon bagi P44 Parlimen Permatang Pauh telah ditetapkan pada 16 Ogos 2008.
Seandainya perbicaraan dipercepatakan dan keputusan akan diketahui sebelum 16 Ogos, kemudian beliau pula didapati bersalah dengan keputusan yang menghilangkan kelayakan untuk bertanding.
Maka disini dilihat satu masalah besar bagi PR kerana Dato Seri Wan Azizah sendiri telah diketuhui umum hilang kelayakan untuk bertanding parlimen selama 5 tahun.
Dalam keadaan ini, PR mesti membuat satu keputusan awal sebagai persediaan kemungkinan itu.
Dalam suasana sekarang 3 parti Pakatan Rakyat mesti duduk semeja bagi mencari pelan B untuk tujuan berhadapan dengan kemungkinan ini.
Kalau dikira dari awal sememangnya kerusi Permatang Pauh adalah untuk calon Melayu PKR.
Bagi membuktikan kesetiaan PKR dan DAP terhadap PAS dalam Pakatan ini, elok rasanya sekiranya apabila kemungkinan itu berlaku, kerusi tersebut di beri kepada naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu yang pernah tewas dalam PRU 12 di Parlimen Kuala Terengganu.
Kebetulan pula Hj Mohamad Sabu adalah anak jati Pulau Pinang dan sebelum ini pun Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan an pernah mencadangkan supaya Mohamad Sabu balik bertanding di Pulau Pinang dalam PRU ke 13 nanti.Saranan tersebut dibuat ketika mereka sama-sama berceramah selepas PRU ke-12 baru baru ini.
Apapun ini cuma pandangan saya yang sememangnya amat cetek dalam sepak terajang politik.
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment