Sikap permusuhan dan menyemai pemusuhan serta mencerca, mengerji, menyalahkan, mengkucar kacirkan dan tuduh menuduh terhadap ISLAM semakin menjadi jadi kebelakangan ini. Terutama daripada mereka yang mempunyai kepentingan dan mempunyai sikap kebencian yang terlalu extreme dan sengaja menimbulkan huru hara serta pembunuhan agar menjadi kenyataan. Sikap mereka yang menindakkan perlembagaan Negara dan kesucian Agama Islam, membawa mereka berlumba lumba dan bermegah megah untuk menyekat dan menghancurkan Islam di Malaysia.
Undang undang manusia dunia barat telah diguna pakai oleh kebanyakkan Negara seperti Malaysia. Memisahkan urusan kedunia terutama politik daripada agama adalah berjuangan abadi mereka sehingga akhir zaman.
Manusia telah dididik dari didalam rahim sehingga mati tentang keistimewaan undang undang ciptaan manusia sehingga agama dihapuskan dari sanubari setiap manusia. Perjuangan berlandaskan bangsa adalah mainan hidup setiap manusia yang mencintai dunia tanpa roh agama.
Atas disebabkan itu agama islam mudah dipermainkan dan dikutuk oleh setiap manusia termasuk mereka yang bernama Melayu pada nama Islam sahaja tetapi bukan jadi diri roh Islam. Golongan yang terlampau sanggup melihat kekejaman dan pembunuhan berleluasa disebabkan Islam. Permusuhan terhadap Islam tidak akan terhenti selagi Islam masih bernyawa. Segala kepandaian dan peluang yang ada akan digunakan untuk sebaik baiknya agar Islam terhapus dari muka bumi terutama Malaysia.
Sepatutnya Agama Islam yang diamalkan oleh majority rakyat Malaysia harus dijaga dengan rapi dan dihormati oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. Kerajaan terutama Polis Diraja Malaysia hendaklah mengambil tindakan yang lebih drastic dan tegas keatas golongan yang sengaja menimbulkan ketengangan perkauman dan agama. Jika berlaku permusuhan disebabkan keagamaan, mereka mereka ini adalah menyebab terhadap bencana keatas rakyat Malaysia. Golongan yang melampau dan terrorist begini haruslah di sekat dan diambil tindakan secepat mungkin.
Jika dilihat kepada Forum “Memeluk Islam” yang dibawa oleh Majlis Penguam Malaysia yang akan diadakan pada 9 Ogos 2008 diibu Negara. Adakah ini merupakan salah satu babak untuk menidakkan kehormanian di Malaysia ini. Adakah dengan terwujudnya forum mencerca dan memburuk burukkan Islam seperti begitu maka akan tersimpul satu resolusi untuk menidakkan Islam di Malaysia dan menghancurkan perundangan islam dimata dunia dan Malaysia. Adakah resolusi itu akan dijajar diseluruh Malaysia dan dibawa ke parlimen untuk diguna pakai, agar Islam itu dihina sehina hinanya.
Peluang membuat resolusi untuk Memeluk Islam memberi kesan mendalam kepada masyarakat islam dan meruntuhkan serta mematikan hidup setiap orang Islam. Ini bukan sahaja membunuh manusia hidup tetapi menghina manusia lebih dari seekor binatang. Disamping itu setiap undang undang ketuhanan didalam Islam akan sewenang wenang diubah dengan berpandukan undang undang perasaan dan nafsu manusia.
Topik yang menyentuh Agama Islam yang dianuti dan diamalkan oleh majority rakyat Malaysia bukanlah dengan sewenang wenangnya diresolusikan dengan undang undang baru. Perkara begini akan menimbulkan beraneka fitnah, kebencian, permusuhan dan rusuhan.
Disebabkan terlalu ramai yang membenci Islam maka akan timbul beberapa forum dan perbincangan untuk menimbulkan beberapa resolusi untuk menghancurkan Islam dan menidakan perlembagaan Malaysia tentang Islam. Ini adalah terlalu bahaya terhadap rakyat Malaysia keseluruhannya. Janganlah mempermainkan peristiwa 13 May 1969 dimana peristiwa rusuhan perkauman berlaku lagi.
Sikap Melayu Islam yang terlalu dangkal tentang Islam memberi keistimewaan kepada pembenci Islam untuk meluaskan skop permusuhan terhadap Islam. Terlalu banyak Melayu bersengkolan dengan pembenci pembenci Islam untuk membawa Islam sehancur hancur nya.
Jika dilihat kepada pemimpin pemimpin Melayu yang berfikiran barat dan ala kada islamnya. Memang akan berfikir bersama sama pembenci Islam dan akan bersama sama melenyapkan Islam disetiap Melayu di Malaysia serta perlembagaan Malaysia. Lihatlah berapa ramaikah pemimpin pemimpin Melayu yang berjuang dan bersama sama menentang musuh musuh Islam. Sebaliknya menghina, mentertawakan dan mengejek adalah terlalu ramai.
Bukanlah salah pemimpin pemimpin tersebut tetapi yang bersalah adalah pengundi pengundi yang mengundi untuk mereka agar mereka menjadi ketua Negara dan ketua urusan Malaysia untuk membawa Malaysia di Mata Dunia Barat dan atas Kemajuan Pembangunan Negara dan bukanya kemajuan ahlak bersama kemajuan pembangunan Negara. Inilah silap Melayu yang tidak pentingkan Agama.
Berbalik kepada forum tersebut, hendaklah berfikir beribu kali agar keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia hendaklah dikekalkan sehingga ke akhir zaman.
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment