Alhamdulillah isu muzakarah dan muqabalah Umno-PAS dikira selesai. Walau bagaimanapun masih ramai yang terus memainkan isu ini biarpun Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang katakan sudah tidak berbangkit lagi isu kerjasama untuk bentuk kerajaan dengan Umno yang ada hanya pertemuan dan tidak ada yang diselindungkan lagi.
Senario ini sekarang adalah senario fitnah lantaran respon Ust Hadi berkenaan perlunya hormat-menghormati antara Pakatan Rakyat yang kini diberikan amanah besar mentadbir 5 negeri.
Tindakan terdesak Umno dengan berlakon dan bersandiwara seolahnya mahu berdamai dengan PAS adalah dilihat sebagai sifat munafik yang mengambil kesempatan diatas semua isu untuk memfitnah biarpun PAS yang beramal dengan Islam sentiasa menghulurkan salam perdamaian dan bukannya sifat kongsi kuasa yang menguntungkan Umno sahaja.
Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini melainkan Rasulullah SAW yang berakhlak mulia dalam semua hal muamalah manusia dengan semua makhluk ciptaan Allah. Makanya teladan dari pengalaman Rasul wajar dihayati dan dijadikan panduan sebahai contoh Piagam Madinah dan Perjanjian Hudaibiyah adalah bukti Islam sangat bertoleransi dalam menjamin keamanan manusia yang cintakan agama dan perdamaian.
Malangnya rakyat masih buta dalam mentafsir apa yang PAS mahu, rakyat dilihat terlalu percaya dan cenderung dengan Umno yang saban hari menodai hidup rakyat dengan dosa-dosa pemimpin mereka.
Islam tidak boleh mengikut apa yang Umno mahukan, tetapi Islam mestilah berdaulat dengan semua manusia menurut apa yang Allah muktamadkan dalam Islam.
Sudah sampai masanya kita mengikut nasihat Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu yang mahukan gelombang kedua kepimpinan Ulama digembeling semula untuk memastikan PAS semakin relevan dalam perjuangan Islamnya di bumi Malaysia ini.
Dakwah dan tarbiyah mestilah diperkemaskan kepada semua ahli dan pendokong PAS dan paling utama menyampaikan mesej dakwah Islam kepada semua manusia terutamanya rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya mereka faham apa yang PAS perjuangkan selama ini kerana prinsip asas dakwah ialah tiada paksaan dalam agama.
Jangan kita pelik bila ahli ramai yang marah, kerana kita semua ini berhadapan dengan masyarakat. Kalau kita tidak pandai jawab alamatnya makin marahlah orang bukan Islam dengan PAS
Kepada penyokong Umno pula, tidak ada lagi alasan untuk mereka tidak tinggalkan Umno kerana perjuangan Islam yang sebenar sekarang adalah bersama dengan PAS.
Sumber : Jundullah
Layari : http://pasjohorbahru.com/
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment