Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat semalam yakin akan dapat membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.
Kami berada di landasan yang betul ketika ini. Insya Allah kita akan bentuk kerajaan Pakatan Rakyat menjelang 16 September," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkali-kali melaungkan keyakinannya bahawa terdapat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti menyertai kerajaan Pakatan Rakyat itu.
“Yang penting jumlahnya mencukupi untuk membentuk kerajaan menjelang 16 September depan,” ujarnya.
Ditanya siapakah antara ahli Parlimen yang akan melompat parti beliau menjelaskan nama mereka tidak boleh didedahkan sehingga ahli Parlimen berkenaan bersedia berbuat demikian.
“Saya tidak boleh dedahkannya sekarang, tunggulah sehinga mereka membuat pengumuman mengenainya. Baru saya boleh umumkan,” katanya.
Beliau juga berikrar apabila Pakatan Rakyat memerintah rakyat tidak perlu lagi takut terhadap penahanan dan perbicaraan yang yang dijalankan secara sewenang-wenangnya.
Tegasnya, penggunaan kuasa polis dan peguam negara untuk menghukum musuh politik, akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat.
Anwar mendakwa, perbicaraan ke atasnya semalam adalah bermotifkan politik dan berharap ia merupakan yang terakhir dengan keizinan Allah jika Pakatan Rakyat memerintah kelak.
Beliau yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-61 Ahad, ini turut melahirkan keyakinan memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos depan.
Sementara itu, ditanya mengenai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), yang melahirkan minat untuk bertanding di Permatang Pauh, Anwar berkata penyertaan calon dari Akim itu merupakan satu muslihat Umno untuk memecahkan undi beliau dalam pilihan raya kecil itu.
"Saya yakin ini satu lagi rancangan Umno yang mahu terjadinya proses pecah undi berlaku. Mereka akan cuba melakukan apa sahaja untuk menang tapi saya yakin rancangan mereka tidak akan berjaya," ujarnya.
Menurut Anwar, majoriti yang diperoleh oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada PRU12 pada 8 Mac lalu, cukup menyakinkan untuk beliau menang di kawasan tersebut.
go go Anwar!! Takbir!!
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment