Mengapa Penarik beca di tahan?

Jam 5.38 petang(08/08/08) Penarik Beca atau Bakaq Haq dibebaskan polis dengan jaminan isterinya Salwa Ab Samad. Zain Hashim atau Zain Janggut, penghulu tak rasmi Markaz Tarbiyyah Pas Pusat, bekas exco Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan awal 80an, mengiringi Salwa ke Pejabat Bahagian Jenayah Perdangangan tadi. Aku hanya drebar mengejut mereka sahaja.

Isu utama Bakak Hak ditahan ialah kerana posting KENAPA TAK USIK RAJA PETRA dalam blognya bertarikh 14 Julai 2008 lalu. Yang sensitifnya ialah gambar logo polis tu. Perhati baik-baik ya.

Tunggu komen dari Bakak Hak sehari dua lagi. Beliau kena cari komputer baru kerana komputernya masih lagi dalam simpanan pihak Polis.

Bakak Hak atau nama sebanarnya Abu Bakar bin Mohd Rashid, 50 tahun, anak kelahiran Taiping, mendapat didikan haraki awal dengan ABIM. Beliau pernah bertugas dengan Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Penapisan. Bekas aktivis Pas ini, pernah menjadi Setiausaha Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat di era awal 80an.

Kini beliau menjadi blogger sepenuh masa."


0 comments: