Kuasa Pemimpin
Pemimpin yang berkuasa kini, ialah Abdullah Ahmad Badawi yang menduduki kerusi Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Menteri Kewangan, dan Perdana Menteri Malaysia.
Walaupun Abdullah Ahmad Badawi terus berkuasa kini, dan kelihatan mahu terus berkuasa untuk sekian lama lagi sampai entah bila, mungkin barangkali gamaknya hingga pertengahan 2010, yang masih belum dapat dipastikan.
Soalnya, Abdullah Ahmad Badawi mahu terus kekal berkuasa. Namun kuasa ini tidak bererti, malah memudharatkan Rakyat, Negara, dan Raja, di Malaysia.
Mari kita analisis bersama-sama.
Majoriti
01. Bahawa, Rakyat Malaysia, tidak memberi kuasa yang mantap kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Ini dapat dilihat, ketika membentuk kerajaan pusat, Abdullah Ahmad Badawi tidak mandapat majoriti dua per tiga.
Ertinya setakat itulah batas kuasa Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin kerajaan pusat.
Negeri
02. Bahawa, di peringkat kerajaan negeri, Abdullah Ahmad Badawi, hanya menguasai Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, dan Perlis. Manakala negerinya sendiri, Pulau Pinang, terlepas kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Seterusnya, hilang kuasa Abdullah Ahmad Badawi, di Kelantan, Kedah, Perak, dan Selangor.
Ini dapat dilihat, bahawa Pakatan Rakyat menguasai suatu wilayah yang sudah mula menunjukkan kemurnian model baru kerajaan negeri. Terutama di Kelantan, di bawah pimpinan Nik Aziz Nik Mat. Sedangkan di negeri lain, amalan lama masih terserlah, khususnya pembaziran, yang dapat dilihat dari aktiviti di Negeri Sembilan, dan Terengganu.
Parti
03. Bahawa dalam UMNO, kedudukan Abdullah Ahmad Badawi, sebagai Presiden UMNO, semakin tidak selesa, kerana kuasanya sedang dihakis.
Ini dapat dilihat apabila Mahathir Mohamad meledakkan impak besar dengan keluar dari UMNO, dan bakal kembali, hanya bila Abdullah Ahmad Badawi bukan lagi Presiden UMNO.
Menghakis lagi kuasa Abdullah Ahmad badawi, ialah, dengan wujudnya cabaran untuk jawatan Presiden UMNO oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Seterusnya ada cawangan yang tidak mencalonkan Abdullah Ahmad Badawi, seraya mencalonkan lain-lain pemimpin, untuk pemilihan pada Disember 2008 ini.
Dengan demikian, UMNO rosak. Lebih teruk lagi kerosakan ini, diselubungi amalan politik wang, yang begitu dahsyat, ketara, dan turut membabitkan Abdullah Ahmad Badawi, bila Mazlan Harun membuat laporan ke Badan Pencegah Rasuah.
Barisan
04. Bahawa, UMNO menuju reduman yang bakal berdentum, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional, sudah mula tidak konfiden dengan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Ini dibuktikan dengan usul yang disuarakan oleh Yong Teck Lee, dan SAPP. Kemudian disusuli dengan rasa tidak puas hati, dan amaran parti akan berundur dari Barisan Nasional, kerana dipinggirkan atau permainan isu ras dan agama, sepertimana yang disuarakan oleh Gerakan, dan kemudian MCA.
Keburukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai ketua, masih lagi selamat, kerana tradisi dalam Barisan Nasional yang menghormati ketua, kini oleh kerana sudah mula tidak menghormati Abdullah Ahmad Badawi, kedengaran sudah, dan banyak lagi suara lantang akan kedengaran dalam Barisan Nasional.
Pun begitu, Barisan Nasional sudah tidak relevan lagi. Terutama setelah berlaku perubahan lanskap politik tanahair.
Populariti
05. Bahawa populariti Abdullah Ahmad Badawi, telahpun merudum, dan semakin merudum, dan jika dia terus mahu berkuasa, maka walaupun berkuasa, namun Abdullah Ahmad Badawi akan melakar nama sebagai pemimpin paling buruk, pemimpin paling teruk, dalam sejarah kepemimpinan negara.
Ini dapat dilihat dari apa yang telah dilakukannya tetapi tidak sepatutnya dilakukannya. Serta apa yang tidak sepatutnya dilakukannya tetapi dilakukannya.
Sebab itulah Abdullah Ahmad Badawi serba salah, semacam apa yang dibuatnya serba tak kena. Apa yang dia kena buat, mengenakan pula Rakyat jelata.
Abdullah Ahmad Badawi akan terus keliru, selagi dia terus mahu kekal memimpin di negara ini. Jika sehingga 2010, maka tidak hairan jika Abdullah Ahmad Badawi hanya dapat berlegar selamat dan selesa bila di kalangan orang yang setia kepada hanya dia. Sedangkan Abdullah Ahmad Badawi tidak akan seleasa, di semua tempat di mana dia telah membuat dirinya terus dibenci oleh Rakyat Malaysia.
Kuasa Rakyat
Permatang Pauh
P 44 Permatang Pauh, suatu pilihanraya kecil yang besar. Besar dari segi mesej yang dihantar oleh Rakyat Malaysia, khususnya kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Wan Azizah Wan Ismail
Terima kasih masih belum kunjung padam, bercucuran kepada Wan Azizah Wan Ismail, srikandi Parti KeADILan Rakyat, dan Ketua Pakatan Rakyat. Di atas kesudiannya berkorban kerusi ini, supaya memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk terajui Rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim
Kemunculan Anwar Ibrahim di persada politik tanahair bukan kebetulan. Sebahagiannya adalah dari doa Rakyat Malaysia, yang mahukan perubahan, setelah sekian lama merasa dianiaya dan teraniaya, oleh kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Khususnya beberapa keputusannya yang tidak prihatin kepada Rakyat Malaysia.
Kepemimpinan
Perbezaan jelas ketara. Ketara di antara Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi. Ketara di antara parti dalam Pakatan Rakyat, dan parti dalam Barisan Nasional.
Bezanya, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, menawarkan kepemimpin yang memanfaatkan Rakyat Malaysia. Contohnya, air percuma di Selangor. Penjimatan berhemah Pulau Pinang. Tambahan lagi, seandainya Pakatan Rakyat memerentah, harga minyak tidak naik. Sekarang, disebabkan naik, akan diturunkan sehari selepas berkuasa. Serta, jangkaan bajet 2009 yang menarik.
Sedangkan para pemimpin dan parti Barisan Nasional, kononnya mahu selamatkan generasi mendatang, tetapi tergamak menekan semahunya generasi kini, dengan mengambil langkah songsang. Umpamanya kenaikan harga petrol dan diesel, yang tidak sepatutnya dilakukan. Serta bajet 2009 yang hambar.
Merdeka Sebenarnya
Rakyat Malaysia sudahpun bersuara. Kemerdekaan dirasai sejak 26 Ogos 2008. Namun, suram pada 31 Ogos 2008. InsyaAllah, kembali gemerlapan pada 16 September, 2008.
Rakyat Malaysia sudah tidak mahu Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin, terutama Perdana Menteri Malaysia.
Rakyat Malaysia sudah tidak mahu pemimpin UMNO, ataupun Barisan Nasional.
Rakyat Malaysia mahukan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara, terutama sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Rakyat Malaysia mahukan Pakatan Rakyat memerentah Malaysia.
Kuasa Raja
Agong
Kerajaan Malaysia itu ialah wakil Raja, mewakili Majlis Raja-Raja Melayu, yang tunggaknya D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Baginda juga ialah Sultan Terengganu.
Walaupun, lazimnya Raja tiadalah menggunakan kuasa untuk mencampuri urusan kerajaan Malaysia. Namun, semua Raja prihatin terhadap Rakyat negeri masing-masing, dan Rakyat seluruh Malaysia.
Pesanan Raja
Telah kita saksikan bersama-sama, betapa tertib Raja tertentu menyusun kata, namun mendalam ertinya. Kecuali, tiadalah dapat difahami oleh Abdullah Ahmad Badawi. Jika pun difahamnya, dia tidak melakukan yang sewajarnya.
Kali ini, Raja tertentu kelihatan masuk ke gelanggan Rakyat, mencemar duli, bukan untuk mencampuri urusan, namun demi menyampaikan pesan kepada kepemimpinan kerajaan, khususnya kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Pernyataan
Jelas apa yang telah berlaku di Perlis, dan di Terengganu, ketikamana membabitkan perlantikan Menteri Besar.
Begitu juga, di Selangor dan Perak.
Bahawa Kuasa Raja yang berkuasa di negeri dan di negara, hendaklah bertepatan dengan konsep Raja Berpelembagaan.
Ahli Parlimen
Kuasa inilah yang akan dinyatakan sebaiknya demi manfaat Majlis Raja-Raja Melayu, dan seluruh Rakyat Malaysia, bila Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berjaya membentangkan jumlah Ahli Parlimen, untuk membentuk kerajaan baru di Malaysia.
16 September 2008
Raja-raja pun maklum, Rakyat pun tahu, bahawa kerajaan baru yang dibentuk pada 16 September, 2008, kelak, InsyaAllah, adalah kerajaan yang mendapat restu Raja-raja, dan mendapat sokongan Rakyat jelata.
Jelasnya, dengan gabungan kuasa Raja, dan kuasa Rakyat, maka merdekalah Malaysia, dari segala keburukan, dan kelemahan, kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada sekarang, pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Seluruhnya akan memacu, dipimpin Anwar Ibrahim, dan Pakatan Rakyat, untuk memajukan Rakyat, dan memakmorkan negara.
Merdeka!"
16 September 2008: Kuasa Raja, Rakyat, Dan Pemimpin - Oleh zublizainordin
Posted by Nizam at 7:00 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
PERISTIWA BESAR DALAM SEJARAH DALAM BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:
BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.
PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
www.al-futhuhat.blogspot.com"
Posted by Nizam at 6:42 PM 0 comments
Labels: Cerita Teladan
Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.
Presiden PAS_
Posted by Nizam at 6:21 PM 0 comments
Labels: Pemimpin Idola
Polis akui amalan keagamaan mampu bendung kes jenayah
Pihak polis mengakui dengan cara mengerjakan sembahyang mengikut panduan agama masing-masing sahaja dapat membendung kes jenayah yang semakin meningkat sekarang ini.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Awam, Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Chif Inspektor Chong Kean Heng, bila seseorang mengerjakan perbuatan terbaik dalam agamanya lazimnya orang itu tidak akan terdedah dengan berbagai gejala yang merugikan masa depan bangsa dan agamanya.
"Gejala jenayah hanya boleh diatasi dengan cara mengerjakan sembahyang mengikut budaya agama masing-masing, Tanpa tunduk pada tuhan seseorang itu boleh berkelakuan 'kurang ajar' atau lebih membimbangkan wujudnya Gengsterism di kalangan remaja sekolah, " tambahnya.
Ibu bapa di rumah wajar memastikan anak-anak mereka sembahyang atau membaca kitab suci bagi memandukan perjalanan mereka ketika berhadapan dengan dunia global.
Antara faktor pendorong remaja terlibat dengan gejala yang tidak sihat itu ialah pengaruh kawan, remaja yang kurang keyakinan diri dan direkrut secara paksa oleh ahli kumpulan,katanya.
"Semua pihak kena mainkan peranan masing-masing mengikut keperluan kerana tanpa pengawasan yang cukup menyenangkan mereka ke gejala yang dianggap tidak bermaruah, " jelasnya.
Ketika berucap sempena pelancaran Kempen Belia Anti Jenayah di ruang legar Summit, Bukit Mertajam semalam beliau menambah, ibu bapa harus juga mengenal pasti siapa rakan taulan anak-anak di samping menyibukan masa mereka dengan aktiviti yang bermanafaat.
Program setengah hari itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuiti Negeri Pulau Pinang, Ong Kok Fooi.
Hadir sama ke program yang dikelolakan oleh Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang itu ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Choong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Lalang, Micheal Tan.
Posted by Nizam at 6:16 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Roti canai dan filem aksi ikat kasih sayang
SEBUT sahaja nama Wan Ubaidah Omar, semua orang mengenalinya. Betapa tidak, beliau merupakan anggota exco wanita yang pertama dilantik oleh Kerajaan Kelantan yang mentadbir negeri itu lebih 18 tahun lalu.
Orangnya ramah, santun serta mudah didekati. Tiada protokol untuk bertemu dengannya walaupun beliau seorang anggota exco, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.
Kini setelah hampir enam bulan diamanahkan sebagai anggota exco kerajaan negeri, beliau selalu mendapat undangan majlis ceramah serta perasmian sesuatu program bukan sahaja di negeri ini, sebaliknya di luar Kelantan.
Kematangannya dalam berpolitik semakin menyerlah, apabila beliau begitu cepat membuat ulasan berhubung sesuatu perkara yang berbangkit sama ada berhubung isu nasional termasuk kaum muslimat sendiri.
Tiada lain yang diharapkan oleh beliau selain rakyat Kelantan seluruhnya dapat melahirkan sebuah keluarga harmoni, aman yang akhirnya dapat mewujudkan keluarga 'cantik di mata, cantik menawan di hati'.
"Memang itu yang saya harapkan terutama di Kelantan ini masing-masing dapat melahirkan keluarga yang beriman, beramal, bertaqwa dan berakhlak.
"Apabila ianya dapat diterapkan akhirnya wujudlah sebuah keluarga yang cantik di mata, menawan di hati,"ujarnya.
Ubaidah dilahirkan di Kampung Banggol, Kota Bharu pada 28 Julai 1956 dan merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ismail Petra, Kota Bharu, kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara (ITM) dari tahun 1975 hingga 1978 dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.
Meneruskan pengajian ke Southern Illionis Universiti Carbondale, Amerika syarikat. Memperolehi lagi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Southern Illions Universiti Edwardsville Amarika Syarikat.
Mempunyai tujuh orang anak hasil perkahwinan dengan allahyarham Wan Abdul Azim Wan Abdullah. Beliau juga diberi kepercayaan sebagai Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan.
Wan Ubaidah juga adalah Ketua Lajnah Hal Ehwal Dun dan Parlimen, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan Ketua Halwa Dun Kijang.
Tidak pernah terlintas langsung difikirannya beliau akan menjadi seorang wakil rakyat, apa lagi seorang anggota exco kerajaan negeri.
"Benda ni langsung tidak terfikir oleh Kak Ubai, jangankan nak jadi anggota exco, Anggota Dewan Negara dahulupun tak pernah terlintas difikiran," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Sebelum ini beliau begitu terkejut dengan perlantikkannya sebagai Senator oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun, sebelum tamat tempoh perlantikan itu selama enam tahun, sekali lagi beliau terkejut apabila dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.
Ubaidah berhasrat, sebaik sahaja tamat tempohnya sebagai Anggota Dewan Negara yang berakhir bulan Jun tahun ini, beliau akan melanjutkan pengajian dalam Bahasa Arab di Syria.
Tujuannya untuk mendalami bahasa berkenaan disamping mencari ilmu-ilmu lain yang terdapat di negara luar untuk dimanfaatkan pada masyarakat.
Tugasnya yang terakhir sebagai pensyarah di Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) sebelum dilantik sebagai Senator enam tahun lalu.
Biarpun kini beliau menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan, namun tugasnya sebagai seorang ibu juga sebagai seorang bapa tetap diteruskan macam biasa.
Untuk mengikat rasa kasih sayang bersama anak-anaknya, beliau selalu memberi ruang untuk bersama anak-anaknya untuk makan roti canai. Makanan berkenaan merupakan pilihan keluarga sejak arwah suaminya masih bersama mereka.
Sekarang beliau pula membawa anak-anak mereka menjamu selera dengan makanan berkenaan terutama di Restoran White House (berhadapan Masjid Muhammadi).
"Anak-anak memang gemar makan roti canai, begitu juga Kak Ubai. Apa lagi ni kegemeran arwah ayah mereka.
"Kak Ubai masih ingat, cara arwah ni nak pikat anak untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid, ialah dengan bersarapan dengan roti canai di kedai-kedai makan," ujarnya lagi.
Sekarang beliau pula meneruskan tradisi itu bersama anak-anaknya, terutama yang ketiga dari bawah seperti Wan Nurul Hajar, Wan Ahmad Saifullah dan Wan Ahmad Muktazam.
"Yang lain tu bila mereka pulang bercuti baru sempat bersama Kak Ubai,"ujarnya lagi.
Menurutnya, sebelum ini beliau sempat membuat roti canai sendiri untuk keluarga, namun sejak enam tahun kebelakangan ini, masa begitu tiada ruang baginya untuk berbuat demikian.
Siapa sangka seorang ibu yang lembut dan penyayang ini mempunyai minat yang begitu berbeza jika dilihat dari fizikalnya. Filem-filem 'action movie', begitu diminati kerana ianya mengajak penonton berfikir, aktif, lasak, berbanding filem biasa yang agak kaku.
Selain itu, beliau juga turut gemar menonton 'Nasional Geografi', 'discovery', aktiviti 'show' termasuk filem China seperti yang terbaru 'Warlord'.
Katanya, banyak ilmu yang diperolehi dari segmen berkenaan dapat dimanfaatkan kerana banyak ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi melaluinya.
"Kak Ubai bersyukur kerana anak-anak juga turut menonton filem berkenaan berbanding filem atau program yang tidak berfaedah," ujarnya.
Posted by Nizam at 3:40 PM 0 comments
Labels: Pemimpin Idola
Surat Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim
Assalamualaikum Dato' Seri...
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan memenangi pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih 15 ribu undi!! Tahniah Dato' Seri!
Untuk makluman Dato' Seri, kami rakyat Malaysia khususnya yang mahukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan amatlah berharap Dato' Seri dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat pada Dato' Seri yang telah di berikan pada pilihanraya kecil yang lalu.
Dato Seri,
Sebagai makluman, rakyat jelata kini semakin terhimpit dengan keadaan ekonomi yang semakin menekan rakyat, khususnya rakyat sederhana dan miskin. Yang kaya semakin kaya, yang sederhana semakin miskin dan yang miskin semakin papa. Jeritan rakyat tidak kedengaran langsung oleh pemimpin negara, malah di pekakkan telinga untuk mendengarnya. Kepada siapa lagi kami hendak harapkan melainkan Dato' Seri dan barisan Pakatan Rakyat.
Bayangkan Dato' Seri, sebuah keluarga dimana seorang Ayah yang bekerja untuk menyara anak seramai 3 orang terpaksa berhempas pulas mencari nafkah untuk keluarga. Tapi kini keadaan berubah dimana seorang Ayah bukan bekerja untuk mencari nafkah, tetapi hanya untuk mengisi minyak untuk ke tempat kerja. Lebih 1/3 gaji diperuntukkan untuk mengisi minyak sahaja. Keadaan ini di ceritakan kepada saya oleh sorang Ayah yang mengeluh mengenai situasi ekonomi negara.
Penurunan harga minyak rm0.15 sen tidak membantu dalam perkara ini. Siapa lagi yang dapat membantu rakyat? BN? Amatlah mustahil. Dan harapan terletak pada bahu pemimpin Pakatan Rakyat.
Dato' Seri,
Rakyat telah mengangkat Dato' Seri, dan Dato' Seri telah selamat dan berjaya ke Parlimen. Dan kini, inilah masanya untuk Dato' Seri mengangkat RAKYAT. Hanya satu yang kami minta, kalau sekiranya ianya satu permintaan, kami rayu sekiranya ianya satu rayuan, dan kami mohon kiranya ianya satu permohonan. Kembalikanlah hak kami. Hak yang telah hilang bertahun-tahun. Berilah kami satu perkara yang dapat kami banggakan untuk diceritakan pada generasi yang akan datang tentang jasa Dato' Seri.
Dato' Seri,
Jalan ke Putrajaya telah menampakkan sinarnya. Dan senyuman rakyat mula terbit tatkala Dato' Seri akan ke sana nanti.
Besarlah harapan kami rakyat Malaysia agar suatu hari nanti terpahat dalam lipatan sejarah dimana terpahat nama Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 Perdana Menteri Malaysia 'Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim'.
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA!!
Posted by Nizam at 3:13 PM 0 comments
Labels: Pemimpin Idola
Apabila jentera Pemuda Umno mengamuk
Walaupun Pilihan raya Kecil Permatang Pauh sudah enam hari berlalu namun bendera Umno dan Barisan Nasional (BN) masih banyak lagi tidak dibuang.
Senario itu dapat dilihat di merata tempat terutamanya di mana sahaja bekas bilik gerakan parti itu dan di hadapan Pejabat Umno Bahagian di Sungai Semambu, Bukit Mertajam.
Banyak bendera yang digantung merentasi jalan masih berkibar seperti biasa manakala yang jatuh meleret di bawah dan ada yang diterbangkan angin ke dalam longkang di tepi jalan.
Harakahdaily dimaklumkan, semua kejadian itu dikatakan berpunca dari rasa tidak puas hati jentera pemuda Umno kerana tidak memdapat 'habuan' pilihan raya sedangkan peruntukan terlalu banyak dilonggokkan di parlimen itu dulu.
Akibat tidak mendapat habuan tersebut, sekumpulan jentera pemuda Umno mengambil keputusan membaling batu ke arah Pejabat Umno Bahagian Permatang Pauh sehari selepas mengalami kekalahan yang mengaibkan pada 26 Ogos lalu.
Perbuatan itu sekaligus mengakibatkan beberapa keping cermin pejabat berkenaan pecah.
Seorang penduduk, Samad Chik dari Penanti ketika ditemui menyifatkan, tindakan itu membuktikan jentera Umno bagaikan 'hantu raya' yang memakan tuanya sendiri sebab tidak cukup makan.
Bagi Salmah Din pula, mungkin Umno rasa malu setelah bertungkus lumus akhirnya terpaksa akur dengan kematangan penduduk Permatang Pauh.
Zulhasnan Hanafi, 25, mengatakan, sebenarnya jentera pemuda Umno telah hilang sabar kerana di permainkan oleh orang atasan yang mengambil kesempatan menyorok peruntukan untuk kepentingan peribadi.
"Saya tahu wang memang berlonggok diagihkan kepada semua bilik gerakan tapi sayang mereka yang bekerja bermatian-matian tidak mendapat habuan yang mencukupi, " jelasnya yang pernah menjadi jentera Umno dalam pilhan raya umum 2004 lalu.
Posted by Nizam at 3:08 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Lelaki Haram Bergelang Tangan - Oleh Ustaz Zainuddin Hashim
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
wallhualam.
Posted by Nizam at 9:19 AM 0 comments
Labels: Cerita Teladan
Syahwat dan gejala onani: Kesan buruk buat umat Islam - Oleh Zaharuddin Abd Rahman
Saya sebenarnya tidak begitu berkenan untuk menulis berkenaan isu ini. Kerana itu saya hanya memberikan jawapan oleh Syeikh Dr Yusoff Al-Qaradawi di web ini. Rujuk di sini.
Bagaimanapun, terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.
Antara soalan-soalannya :-
1) " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2) "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.
3) "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."
4) "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."
5) "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"
6) "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"
Sebeban Alasan
Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Virus Bermula
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.
Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.
ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.
Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
a) Malumin : Ertinya : "tercela"
b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.
Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu.
Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.
Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.
4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Beliau menyebut :-
Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-
Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.
Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Beliau berkata :
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.
Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
Posted by Nizam at 9:06 AM 0 comments
Labels: Cerita Teladan
Politik BN Tersembam di Pmtg Pauh
KEMENANGAN besar Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh telah memberikan dimensi baru politik Malaysia. Rakyat telah menghantar protes terbuka kepada Umno/BN dengan meningkatkan majoriti calon pembangkang dalam pilihan raya ini. Mesej cukup jelas, bahawa rakat sudah mual dengan pendekatan politik kotor, jijik dan penuh dengan penipuan oleh BN. Mereka mempermainkan tuduhan liwat, kemudian membuat sumpah-sumpah palsu di samping melakukan provokasi bagi mencetuskan ketegangan dalam pilihan raya.
“Pilihan raya paling ganas”, kata pemimpin BN. Memang pilihan raya ini telah menjadi ganas kerana anasir-anasir jahat yang dibawa oleh BN menyebabkan rakyat menjadi marah. Hakikatnya ia adalah pilihan raya yang paling kotor.
Apabila penamaan calon bermula, BN kononnya mengumumkan tidak akan menggunakan isu liwat ini sebagai bahan kempen pilihan raya. Tetapi di Permatang Pauh, CD yang berkaitan disebarkan kepada pengundi untuk memburukkan imej Anwar.
Media massa juga diperkudakan untuk saban hari menyiarkan cerita sumpah palsu Saiful Bakhtiar kononnya dia diliwat. Buat pertama kali juga, seorang Mufti yang suka membid’ah orang lain, terperangkap dalam perbuatan bid’ah apabila mencadangkan supaya Saiful bersumpah mubahalah. Mufti Wilayah Persekutuan pula bermati-matian mempertahankan sumpah laknat itu sah kerana telah menggunakan perkataan ”Wallahi, wabillahi dan watallahi”.
Saya tidak mempersoalkan apakah sah atau tidak sumpah ini kerana masih ramai ulamak yang lebih berhak memperkatakannya. Yang menjadi persoalan ialah Saiful sebagai orang membuat tuduhan sepatutnya disuruh oleh Mufti tersebut untuk membawa empat orang saksi ke mahkamah.
Bukankah itu sunnahnya! Apabila Saiful mengikut nasihat bid’ah Mufti tersebut ini, Majlis Fatwa terpaksa menegur tindakan bid'ah tersebut. Di Kuala Terengganu, Menteri di JPM, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan tentang sikap Majlis Fatwa dalam soal ini. Ini kerana, selepas Saiful, Datuk Seri Najib Razak pula tergoda dengan cadangan Mufti tersebut, diikuti oleh bekas Menteri Besar Perak. Dua sumpah ini berbeza dengan kes Saiful kerana Saiful membuat tuduhan liwat atau qazaf yang perlu dibawa empat orang saksi. Jika Majlis Fatwa tidak segera menegur, mungkin banyak lagi orang akan beratur di Masjid Wilayah Persekutuan untuk membuat sumpah serupa.
Mereka yang dituduh berzina di mahkamah akan mencari Tok Imam untuk membuat sumpah! Saya kesiankan Imam Ramlang Porigi yang menjadi mangsa dalam isu sumpah ini. Dengan tidak semena-mena beliau dikutuk dan dicerca oleh rakyat kerana ’bersubahat’ sedangkan beliau tidak tahu menahu.
Syukur beliau berani turun ke Permatang Pauh untuk menjelaskan hakikat sebenar. Rupanya, semua acara sumpah ini diatur oleh agen Najib, termasuk teks sumpah tersebut. Patutlah si Saiful tergagap-gagap dalam melafazkannya kerana mungkin dia juga ’dipaksa’ untuk bersumpah.
Saiful dan Najib mungkin tidak tahu akibat bersumpah dengan nama Allah seperti ini dan menganggap ia hanya perkara yang remeh sahaja. Tengku Razaliegh tentu masih ingat peristiwa sumpah pada 1969 kerana beliau satu-satunya yang masih hidup. Menjelang pilihan raya 1969 dahulu, Tunku Abdul Rahman menuduh PAS menerima bantuan wang asing untuk kempen pilihan raya.
Datuk Asri Muda menafikannya, kemudian melarat menjadi sumpah mubahalah. Di Alor Setar, Tunku Abdul Rahman bersumpah dengan disaksikan oleh Ustaz Abu Bakar Umar bagi pihak PAS, manakala di Kota Bharu, Datuk Asri bersumpah dengan disaksikan oleh Tengku Razaliegh bagi pihak Umno. Bukankah selepas pilihan raya ini, Umno bukan sahaja kalah teruk, bahkan Tunku Abdul Rahman sendiri telah dijatuhkan, termasuk oleh Dr Mahathir! Politik Tunku Abdul Rahman berakhir selepas sumpah ini.
Najib dan Pak Lah patut mengambil iktibar daripada sumpah Tunku Abdul Rahman ini. Tidak ada guna kita melakukan sumpah yang palsu untuk kepentingan politik sempit yang segera. Akhirnya kita terjerat oleh sumpah sendiri. Najib berkali-kali bersumpah bahawa dia tidak kenal Altantuya, tetapi bapa Altantuya menyatakan sebaliknya. Saya tidak bermaksud mengatakan Najib berbohong, tetapi saya mengingatkan beliau tentang sumpahnya itu.
Kalau Allah membebankan beliau dengan kekalahan besar ini sahaja, mungkin masih upaya ditanggung oleh beliau. Saya bimbang dengan desakan Datuk Mukhriz Mahathir dalam perkara ini. Lagipun Perhimpunan Agung Umno hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Ketika rakyat mula bercakap tentang langkah Anwar seterusnya, ulasan Tun Dr Mahathir mendapat tumpuan penganalisis politik. “Bukan PKR atau Pakatan Rakyat yang menang, tetapi BN yang kalah”, kata bekas Perdana Menteri itu. Maksudnya cukup sinis untuk ditelan oleh Pak Lah dan Najib. Mesej Dr Mahathir lebih difahami oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Umno/BN sebenarnya sudah tidak relevan, sebab itu ditolak oleh rakyat. Rakyat memilih alternatif kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Pak Lah dan Najib, itulah yang tergambar dalam fikiran saya apabila Dr Mahathir mengatakan BN yang kalah. Beliau cukup sedar BN sudah reput dan tidak boleh dipulihkan lagi. Kepemimpinan korup BN telah ditolak rakyat. “Letak jawatan”, kata Mukhriz mewakili pemikiran bapanya.
Apapun ulasan dan komen kita tentang pilihan raya ini, semua orang memperkatakan tentang kereputan BN dan mesej rakyat untuk mereka menghentikan budaya politik kotor dan jijik. Ketika Najib berkampung di Permatang Pauh, ketika media massa ’menggomol’ Anwar habis-habisan, ketika fitnah diwujudkan di sana-sini, ketika itulah pengundi Permatang Pauh bangkit menyuarakan rasa hati mereka mewakili perasaan seluruh rakyat untuk menolak BN. Jika pengundian ini dibuat oleh semua rakyat, saya percaya keputusannya sama juga – tolak BN. Rakyat tidak mempedulikan langsung penurunan harga petrol sebanyak 15 sen dan pendakwaan terhadap dua Exco Perak dalam isu rasuah. Rakyat tahu semuanya adalah gimik politik BN.
Sikap angkuh dan besar kepala pemimpin BN telah menimbulkan rasa mual rakyat kepada mereka. Rakyat tidak boleh menerima satu tindakan politik yang kotor seperti tuduhan liwat dan sumpah palsu. Adalah amat menjijikkan jika Umno/BN cuba menggantungkan nasib atau hayat politiknya di ’punggung’ Saiful. Sejambu mana pun Saiful, punggungnya tetap tidak patut menjadi talian hayat bagi pemimpin BN. Apabila pemimpin yang terkenal sehingga ke Mongolia pun masih berhajatkan punggung Saiful untuk menyambung hayat politiknya, maka hancurlah parti yang dipimpinnya.
Hari ini Najib cuba berlagak macho dengan mengucapkan tahniah kepada Anwar dan menerima keputusan rakyat. Najib juga menegaskan ia adalah keputusan secara demokrasi, walaupun rakyat sedar bahawa cara Umno/BN langsung tidak demokratik. Selepas mereka membawa Nallakarupan, Ezam dan Konsul Mongolia untuk berkempen menjahanamkan Anwar, terpaksalah Najib menebalkan mukanya untuk memperakui pilihan rakyat. Inilah hakikatnya bahawa rakyat memang tidak boleh menerima pendekatan politik seperti ini yang sudah tidak relevan dewasa ini.
Pak Lah dan Najib patut sedar tentang mesej yang dihantar oleh rakyat. Kerana politik punggung ini, kini BN sudah tersembam di pung**** Saiful! Selepas pilihan raya selesai, kini rakyat meninjau pula siapakah pemimpin Umno yag bakal dimakan sumpah. Mesyuarat Agung Umno Cawangan masih ada saki bakinya. Di sana pun bukan main banyak pergolakan dan percaturan sehingga saban malam pergaduhan, laporan polis dan BPR dibuat, juga laporan disiplin Umno.
Selepas puasa nanti, giliran Bahagian-bahagian Umno pula bercakaran. Yang pening kepala ialah hero sumpah, Najib Razak. Pak Lah juga masih berharap supaya usia politiknya sempat menjengah 2010. Kita tidak tahu siapa yang akan menerima padah daripada sumpah ini. Apakah Pak Lah dan Najib akan menerima nasib Tunku Abdul Rahman, atau Umno seluruhnya akan menerimanya. Wallahu a'lam. Tapi saya percaya jika sumpah yang palsu bersandarkan nama Allah dipermainkan, tunggulah saatnya!
Perhatian rakyat juga memang tidak lepas daripada melihat tindakan selanjutnya oleh Anwar. Rakyat mengharapkan beliau dapat memimpin pembangkang bagi menamatkan kekuasan politik korup dan zalim BN dalam tempoh yang segera. Di kalangan umat Islam, mereka berharap Anwar dapat melakukan sesuatu untuk mengangkat semula martabat Islam sesuai dengan kedudukannya sebagai agama Ilahi. Anwar tidak boleh terpesona dengan habuan dunia sehingga menjejaskan misi untuk memartabatkan Islam di negara ini. Jika Anwar terbabas di sini, tidak mustahil umat Islam akan berubah hati dan tidak lagi mengharapkan beliau melakukan sesuatu untuk kemuliaan Islam.
YB Tn Hj Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat
Posted by Nizam at 1:43 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Kelebihan Ramadhan
Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka
Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga
13 pesanan Rasulullah sebelum Ramadhan
Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadits bahwa Rasulullah saw. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, sebagai berikut:
“Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh suatu bulan yang agung lagi penuh berkah, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu kewajiban dan qiyam (shalat) pada malam harinya suatu tahawwu’ (ibadah sunnah yang sangat dianjurkan). Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunnah) di dalamnya, (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban (fardlu) di bulan yang lain. Dan siapa saja yang menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga (al jannah). Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rizki para mukmin di dalamnya. Siapa saja yang pada bulan itu memberikan makanan berbuka kepada orang yang puasa, maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa-dosanya, kemerdekaan dirinya dari api neraka, dan ia mendapatkan pahala seperti pahala orang berpuasa yang diberinya makanan berbuka itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”. Para sahabat berkata: “Ya Rasululullah, tidak semua dari kami memiliki makanan berbuka untuk orang-orang yang berpuasa”. Rasulullah saw. pun menjawab: “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang mem- berikan sebutir korma sekalipun atau sekedar seteguk air atau sehirup susu. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari orang yang dikuasainya (hamba sahaya atau bawahannya), niscaya Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka.
Karena itu perbanyaklah empat perkara di bulan Ramadhan ini.
Dua perkara yang dengannya kalian menyenangkan Tuhan kalian dan dua perkara lainnya sangat kalian butuhkan.
Dua perkara yang kalian lakukan untuk menyenangkan Tuhan kalian adalah: mengakui dengan sesungguhnya bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan kalian memohon ampunan kepada- Nya.
Adapun dua perkara yang sangat kalian butuhkan adalah kalian memohon surgaNya dan berlindung dari api neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berpuasa niscaya Allah akan memberinya minum dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasa haus lagi sesudahnya hingga ia masuk surga”.
13 Pesan Rasulullah (Bersungguh-sungguhlah menghayatilah pesanan Rasulullah ini)
Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadits bahwa Rasulullah saw. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, sebagai berikut: “Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh suatu bulan yang agung lagi penuh berkah,
1.yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan;
2.bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu kewajiban dan qiyam (shalat) pada malam harinya suatu tahawwu’ (ibadah sunnah yang sangat dianjurkan).
3.Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunnah) di dalamnya, (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban (fardlu) di bulan yang lain.
4.Dan siapa saja yang menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.
5.Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga (al jannah).
6.Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan
7.bulan Allah menambah rizki para mukmin di dalamnya.
8.Siapa saja yang pada bulan itu memberikan makanan berbuka kepada orang yang puasa,
a.maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa-dosanya,
b.kemerdekaan dirinya dari api neraka, dan
c.ia mendapatkan pahala seperti pahala orang berpuasa yang diberinya makanan berbuka itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”.Para sahabat berkata: “Ya Rasululullah, tidak semua dari kami memiliki makanan berbuka untuk orang-orang yang berpuasa”. Rasulullah saw. pun menjawab: “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan sebutir korma sekalipun atau sekedar seteguk air atau sehirup susu.
9.Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.
10.Siapa saja yang meringankan beban dari orang yang dikuasainya (hamba sahaya atau bawahannya), niscaya Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka. Karena itu perbanyaklah empat perkara di bulan Ramadhan ini.Dua perkara yang dengannya kalian menyenangkan Tuhan kalian dan dua perkara lainnya sangat kalian butuhkan.
Dua perkara yang kalian lakukan untuk menyenangkan Tuhan kalian adalah:
11. mengakui dengan sesungguhnya bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan kalian memohon ampunan kepada- Nya. Adapun dua perkara yang sangat kalian butuhkan adalah
12.kalian memohon surgaNya dan berlindung dari api neraka.
13.Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berpuasa niscaya Allah akan memberinya minum dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasa haus lagi sesudahnya hingga ia masuk surga”.
Posted by Nizam at 1:31 AM 0 comments
Labels: Tips
Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.
Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.
Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.
Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.
Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.
Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.
PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.
Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.
Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:
"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.
Presiden PAS_
Posted by Nizam at 11:35 PM 0 comments
Labels: Pemimpin Idola
Sebagai Tanda Sahabat Saling Mengingati...
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang
Mengingatinya ...)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Posted by Nizam at 5:04 AM 0 comments
Labels: Tips
intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM - Aug 29, 2008 4:22pm
Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.
Jumlah bajet
Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.
Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).
Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.
Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.
Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.
Jaringan keselamatan sosial
Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.
Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.
Membasmi kemiskinan
Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.
Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.
Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
Kecuali bil elektrik RM20
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.
Cukai pendapatan
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.
Barangan pengguna
Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.
Cukai jalan
Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
Orang Kurang Upaya (OKU)
Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.
Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.
Kakitangan kerajaan
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru
Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan
Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.
Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
Pembangunan Koridor Pertumbuhan
Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.
Pelancongan
Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.
Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.
Pengangkutan
K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.
Kesihatan
Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.
Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.
- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.
Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.
Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
Nelayan dan petani
Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.
Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.
Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.
Posted by Nizam at 4:17 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan - Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Posted by Nizam at 2:29 AM 0 comments
Labels: Tips
Anwar Menang Besar dan Video DSAI Angkat Sumpah Ahli Parlimen - 28/08/2008
Keputusan awal setakat ini (9.35 mlm), daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.
8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.
Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.
Pengiraan masih dijalankan.
7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.
7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).
Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.
6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.
6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.
Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.
6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.
5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.
5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.
4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.
1.33 tghari: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keadaan keseluruhan terkawal. Beliau mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis.
Menurutnya, kesesakan juga berlaku kerana faktor manusia yang tidak patuhi undang-undng dan ikut emosi sendiri.
1.30 tghari: Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.
1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.
Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.
12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.
11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.
11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.
11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.
10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.
Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".
10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.
10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.
Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.
10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.
10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".
Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.
10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.
Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.
10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.
9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.
Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'
9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.
9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.
9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.
8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.
Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.
8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.
Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.
8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.
Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.
8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.
Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.
Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.
8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.
Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.
Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.
Posted by Nizam at 4:43 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa