Pahang Reformasi yang menggegarkan negara pada PRU12 masih jelas terpancar di hari penamaan calon P36 Kuala Terengganu hari ini.
Pelbagai pihak boleh membuat anggaran dengan bebas untuk mengungkapkan bilangan sebenar rakyat yang hadir untuk kedua-dua belah parti, BN vs PR. Namun adalah satu pembohongan yang amat nyata bagi mana-mana pihak jika menyatakan bilangan penyokong BN mengatasi bilangan penyokong PR di hari penamaan calon.
Ketua Polis Negeri Terengganu sendiri mengakui bahawa telah berlaku limpahan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sehingga ke kawasan hospital Sultanah Nur Zahirah.
Perpecahan kaum yang cuba dijadikan modal BN melalui isu hudud yang dilontarkan oleh "sang menantu" di Kota Baru untuk mendapat political mileage tidak menjadi. Fitnah rekaan dan tohmahan agensi berita luncai negara, BERNAMA dengan segala suku sakat dari media arus perdana tidak dapat menahan arus kebangkitan rakyat ini.
Di Terengganu pada hari ini satu rakaman tercatat indah, rakyat dari pelbagai keturunan turun ke gelanggang untuk memanifestasikan simbol keutuhan satu pakatan yang kental dengan matlamat yang sama. Puluhan ribu penyokong dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang telah sama berarak mengiringi calon PAS, Abd Wahid Endut ke Pusat Penamaan calon yang diadakan di Stadium Negeri, Jalan Mahmud. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok, YB Lim Kit Siang, YB Ronny Liu, YB Tian Chua, YB Azmin Ali dan Hj Mustafa Kamil Ayub, MB Selangor, Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Perak turut menyertai perarakan penamaan calon. Aura kebangkitan rakyat ini akan terus bersemarak dan akan tidak dapat disorok dan disembunyikan. Berlakulah lagi berpuloh malah beratus PRK sekalipun, maka suasana yang sama bakal tercipta semula.
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.
Pemimpin pelbagai keturunan turut serta berarak.
Puluhan ribu rakyat masih terus bersemangat
Masyarakat kaum Cina
Masyarakat kaum India
Kerusi Roda bukan penghalang bila semangat sudah membara
Yang paling mengharukan apabila terdapat masyarakat Tionghua dan India yang tidak segan silu turut sama menyertai perarakan malah ada yang menyarungkan pakaian PAS sebagai tanda sokongan kepada YB Abdul Wahid Endut dengan melahirkan keazaman untuk bekerja dengan lebih gigih untuk memenangkan calon PAS dalam pilihanraya kecil itu. Bersemangat bukan saja untuk memenangkan PAS di dalam PRK ini tetapi bersemangat untuk menumbangkan kerajaan BN di dalam PRU akan datang. Kuala Terengganu sebagai detik untuk satu permulaan yang baru!.
Seri Dangomala, Seri Dangomali!
Hendak kirim anak sembilan bulan;
Segala inang, segala pengasuh;
Jangan beri sakit, jangan beri demam,
Jangan beri ngilu dan pening;
Kecil menjadi besar;
Tua menjadi muda;
Yang tak kejap diperkejapkan;
Yang tak sama dipersamakan;
Yang tak tinggi dipertinggikan;
Hijau seperti air laut;
Tinggi seperti bukit Kaf.
Dan yang paling melucukan ialah bakal PM, Datuk Seri Najib masih lagi memutar lagu lama - hanya BN yang boleh bawa kemajuan.... terlalu malu GB bila rakan dari negara seberang yang turut sama menyaksikan rakaman kata-kata Najib itu melakukan komentarnya - rendahnya mentaliti bakal PM kamu ini!
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment