Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi membuat kerahan agar seluruh ummat Islam dengan penuh tanggungjawab dan rasa kebersamaan dalam menangani isu keganasan Regim Israel ke atas Ummat Islam Palestine [ Gaza ] , keluar beramai - beramai untuk berdemonstrasi atau menunjuk perasaan marah serta benci terhadap keganasan Israel dan sekutunya Amerika.Demonstrasi ini akan di adakan esok selepas solat jumaat.
Bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika dan kemudian Insyaallah ke Kedutaan Mesir dan Jordan untuk mendesak mereka agar membuka sempadan bagi ummat Islam Gaza mencari tempat berlindung khasnya bagi kanak - kanak , orang tua dan wanita.
Saya harap sungguh - sungguh agar semua muslimin dan muslimat serta mereka yang anti keganasan Israel keluar beramai - ramai bagi membantah dan mengutuk keganasan yang dilakukan oleh mereka . Sekurang - kurangnya kita tunjuk kepada dunia akan kebersamaan kita dengan derita Gaza .
Saudara ! Kita mungkin sibuk dengan beberapa urusan peribadi atau kerjaya kita . Alhamdulillah kita masih mempunyai urusan kerjaya justeru kita masih dalam suasana aman . Bagaimana dengan saudara kita di Palestine ? Mereka juga berhak hidup aman bukan ? Mereka juga berhak berkerjaya seperti kita ? tetapi nasib mereka malang . kenapa tidak kita bangkit membela mereka ? sekurang - kurangnya atas nama peri kemanusia !
Kita tinggal seketika tugas - tugas harian kita demi ummat se agama dan se aqidah nun jauh di Gaza . Ini adalah apa yang boleh kita lakukan .
Selain berdoa , derma dan boikot barangan Israel , Ayuh kita nyatakan suara kita sebagai ummat Islam ! betapa kita bersatu membantah keganasan Israel .... jangan dilihat kita tidak mempunyai perasaan benci kepada Israel ..... jika ada , ayuh kita tunjuk kepada dunia dan paling tidak penduduk Gaza tahu kita bersama mereka .
Sabda Nabi saw :
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Sesiapa yang tidak mengabil berat urusan ( yang berlaku ke atas ) ummat Islam maka dia bukan dikalangan ummat Islam .
Jumpa saudara di depan Kedutaan Amerika esok selepas solat Jumaat, Insyaallah
Oleh tantawi08
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment