Kebencian penuh kesumat dan amarah yang masih membara di hati terhadap kebinatangan rejim Zionis Israel tidak dapat dibendung lagi apabila sejumlah 5,000 umat Islam dan rakyat Malaysia berhimpun menyatakan bantahan terhadap pembunuhan zalim sejumlah lebih 700 penduduk Palsetin di Gaza sejak 27 Disember lalu.
Kedutaan Amerika menjadi sasaran utama demonstrasi besar-besaran itu anjuran PAS dan pelbagai NGO yang dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Turut serta Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud.
Mereka diiringi juga oleh pemimpin parti Sosialis Dr Nasir, Arutchelvan dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Selangor Khairul Anwar.
Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Boikot Produk Amerika" "Stop Holocaust in Palestine" dan "Support Palestin" di samping laungan kemarahan orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan kedutaan tersebut yang turut menarik perhatian dan menjadikan Jalan Tun Razak Kuala Lumpur sesak oleh kenderaan-kenderaan yang terpaksa berhenti memberi laluan kepada perhimpunan tersebut.
Perhimpunan dimulakan di pekarangan kompleks Tabung Haji dengan ucapan membakar semangat antaranya oleh Dr Hatta Ramli dan wakil-wakil NGO Islam yang lain yang mengecam dan mengutuk tindakan jahat Zionis itu.
Dalam keadaan displin orang ramai kemudiannya berarak menuju ke kedutaan Amerika sambil mengangkat sepanduk dan gambar - gambar menyayat hati mangsa pembunuhan di Gaza Palestin sambil melaungkan kalimah "Lailahaillah". Pimpinan PAS dan NGO lain sambil berpegang tangan berucap mengutuk Amerika yang menjadi dalang keganasan Israel dan menyampaikan memo bantahan.
Seorang wakil kedutaan Amerika secara angkuh mengambil memo di pintu pagar lalu terus memasuki semula kedutaan.
Menarik perhatian ramai, sekumpulan peserta mengangkat dua replika mayat kanak-kanak yang siap dikafankan seperti jenazah dan berlumuran darah yang dibawa ke hadapan kedutaan sebagai ingatan kepada kebiadapan Amerika membantu Israel membunuh kanak-kanak tidak berdosa.
Turut mencuri tumpuan ialah terdapat para peserta yang mengangkat kasut-kasut memberi isyarat seolah-olah penghinaan terhadap Presiden Amerika George W Bush yang dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi kerana kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.
Muntazer seraya menjerit dalam bahasa Arab,"ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!' Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq," jeritnya sambi membaling kasut
Selain itu, terdapat ramai juga masyarakat berbilang bangsa seperti India dan Cina yang turut serta menyertai di samping keberanian yang ditunjukkan oleh puluhan kaum wanita yang tidak melepaskan peluang menyatakan bantahan yang sama.
Terdapat sejumlah 50 anggota polis dan simpanan persekutuan (FRU), kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut Imagedan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.
Sementara itu difahamkan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) turut menganjurkan himpunan bantahan di Kedutaan Mesir dekat sini selepas solat Jumaat tadi.
Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA - azm
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment