Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan tentang pembelian 46 ekor lembu untuk program Hari Raya Haji diperingkat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak bagi 46 surau dan masjid di kawasan tersebut.
Kenyataan pejabat menteri besar hari ini berkata, kerajaan negeri sentiasa berpegah teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawaban secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.
Oleh itu, katanya, menteri besar peka kepada tuduhan yang dilempar oleh sesetengah pihak berhubung pembelian 46 ekor lembu untuk program Hari Raya Haji tersebut.
Pagi, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.
Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Sehubungan itu, kenyataan itu berkata:"Menteri besar ingin menegaskan bahawa dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk pembelian lembu korban untuk Bandar Tun Razak," kata kenyataan itu lagi.
"Sebaliknya, lembu korban telah didermakan oleh enam anak syarikat dan syarikat bersekutu kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)," kata kenyataan tersebut.
Menurutnya lagi, adalah difahamkan syarikat-syarikat berkenaan telah menaja peruntukan pembelian lembu korban bagi Bandar Tun Razak atas dasar tanggungjawab sosial korporat tanpa arahan dari mana-mana pihak di peringkat kerajaan negeri.
"Malah, menteri besar juga tidak tahu menahu syarikat mana yang terlibat. Perlu ditegaskan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat Selangor.
"Dalam pada itu kerajaan negeri berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan yang adil dan tidak pengaruhi oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda politik yang tersembunyi.
"Menteri Besar akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," tambahnya.
MB S'gor akan beri kerjasama
Posted by Nizam at 10:29 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Zahidi: Rakyat muak dengan Umno...
Rakyat, khususnya orang Melayu, kini muak dengan Umno kerana parti itu gagal menyelesaikan masalah dalamannya sehingga gagal memainkan peranan membantu orang Melayu, kata .
Timbalan Pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abdin.
Katanya, keadaan itu mendorong orang Melayu mengalihkan sokongan kepada pembangkang, terutama PAS dan PKR.
"Orang ramai kini melihat Umno sedang menghadapi pelbagai masalah,bukan sahaja di peringkat bahagian, tetapi juga di peringkat badan perhubungan.
"Berbanding dengan parti pembangkang, mereka bertindak menyelesaikan masalah mereka dengan segera.
"Oleh kerana itu, mereka lebih percaya kepada pembangkang sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu," katanya.
Zahidi berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.
Tidak yakin Umno
Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.
Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.
Ketika mengulas kekalahan tersebut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemimpin Umno kurang mesra rakyat.
Manakala Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, Umno sudah kehilangan daya penarik khususnya kepada pengundi muda.
Mengulasnya, Zahidi yang juga ketua Umno bahagian Padang Besar, Perlis berkata, apa yang berlaku sekarang ialah rakyat telah kurang keyakinan kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka.
Tarik sokongan Melayu
"Bukan kerana pemimpin tidak mesra. Tetapi masalah dalaman ini tidak pernah selesai... bayangkan masalah semasa pilihanraya umum lalu belum selesai, begitu juga dengan masalah yang berlaku dalam mesyuarat perwakilan bahagian November lalu," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, Umno perlu memikirkan bagaimana untuk menarik semula sokongan orang Melayu dalam pilihanraya umum akan datang.
Kini, katanya, orang Melayu tertanya-tanya adakah Umno telah melakukan yang terbaik untuk mereka.
"Jika kita tidak melakukan apa-apa untuk menarik sokongan Melayu, tidak mustahil kita akan kalah lebih teruk dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.
Syukur yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Selangor berkata, ahli Umno perlu mengukur diri adakah mereka benar-benar melakukan yang terbaik untuk parti.
Katanya, kalau mereka gagal menyakinkan orang Melayu, bagaimana mereka hendak menyokong Umno.
Posted by Nizam at 10:18 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Perhimpunan bantah PPSMI pada 7 Mac
Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada 7 Mac depan.
Sempena perhimpunan tersebut, GMP juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut.
Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.
Bagaimanapun, kata beliau yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), butiran terperinci mengenai perhimpunan belum diputuskan, termasuk tempat dan waktu ia akan diadakan nanti.
Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat malam tadi menimbang cadangannya supaya mengkaji baik-buruk rancangan mengadakan perhimpunan tersebut.
Ketika membentangkan cadangan itu malam tadi, Dr Hassan difaham memaklum kepada mesyuarat bahawa ramai yang belum memahami sepenuhnya tujuan bantahan itu hendak diadakan.
Beliau juga difahamkan mencadangkan supaya diadakan kempen penerangan bagi membolehkan semua pihak benar-benar memahami isu tersebut, sebelum perhimpunan besar itu diadakan.
Bukan anti-kerajaan
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Hassan berkata, setelah cadangannya itu diusulkan dan diperbincangkan, mesyuarat sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu pada 7 Mac depan.
Bagaimanpun, katanya, mereka menghadiri mesyuarat tersebut sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu mengikut garis panduan yang dipersetujui.
Antaranya, tambah beliau, ialah perhimpunan itu tidak boleh dilihat bercirikan kegasanan dan perkauman.
"Kalau bentuknya macam Hindraf (Barisan Bertindak Hak Hindu), saya tak nak (terlibat)," katanya sekali lagi mengulangi pendirian yang ditegaskannya semalam.
Menjawab soalan, beliau menegaskan perjuangan GMP bukan berasaskan perkauman - untuk bangsa Melayu sahaja.
Sebaliknya, tegas Dr Hassan perjuangan mereka adalah perjuangan kebangsaan dan untuk kebaikan semua kaum.
Beliau juga berharap gabungan itu tidak dilihat sebagai anti-kerajaan dan pro-pembangkang hanya kerana ia turut dianggotai ahli politik pembangkang manakala mesyuarat malam tadi diadakan di bangunan SUK Selangor yang diteraju Pakatan Rakyat.
"Di awal mesyuarat, saya beritahu semua, termasuk, (Timbalan Presiden PAS) Nasaruddin (Mat Isa) sendiri bahawa mereka bukan mewakili mana-mana parti politik tetapi atas dasar sebagai pejuang bahasa," katanya.
Posted by Nizam at 10:10 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Najib & Ahmad Zahid: 2 Arahan Berbeza
Dato Seri Najib di dalam satu ucapannya di Putrajaya menyatakan "mereka (pemimpin BN) perlu mengubah paradigma dan mengubah cara serta pendekatan berpolitik supaya ia sentiasa berorientasikan rakyat"
Beliau menambah, "Kerajaan BN perlu memastikan program-program kerajaan adalah berteraskan keperluan rakyat supaya ia sentiasa dekat di hati dan sanubari rakyat."
"Ini kerana kita insaf di dalam sistem demokrasi, rakyat adalah penentu mutlak kepada parti mana yang akan membentuk kerajaan," katanya lagi.
Jelasnya ucapan Najib mengkehendaki semua pemimpin BN mendekati hati nurani rakyat ekoran tamparan hebat dari keputusan pilihanraya P036 yang baru lalu yang menyaksikan penolakan rakyat terhadap politik ugutan yang diamalkan oleh BN selama ini.
Tiba-tiba seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bernama Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan "semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta."
(untuk catatan rekod Ahmad Zahid Hamidi pernah terlibat dalam kejadian memukul dan membelasah duda dari Kelantan Amir Bazli sehinggakan penyek dahi, pecah tengkorak dan kabur mata pada 2006 dan merupakan menteri yang memfitnah PAS di dalm isu penutupan balairaya untuk tadika kemas di Perak baru-baru ini)
Beliau menambah "hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah."
Malah "Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP."
Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.
"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.
Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.
Inilah mentaliti seorang menteri yang memenuhi ciri "kaduk naik junjung". Mentaliti menteri yang ketinggalan zaman, mentaliti menteri yang masih cuba nak menunjukkan lagak dan kuasa dengan memeras ugut dan mendera rakyat yang tidak menyokong BN.
Tindakan Ahmad Zahid Hamidi itu bertentangan benar dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan: "gelombang perubahan hari ini menuntut negara memiliki bukan sekadar politikus biasa yang manis senyumnya dan muluk tuturnya, sebaliknya pemikir politik yang kaya ideanya dan hikmah tingkahnya."
Dengan pertentangan yang ketara diantara ucapan Najib dan tindakan Ahmad Zahid Hamidi tersebut, apakah ia satu petanda jelas yang UMNO/BN sememangnya tidak mungkin dipulihkan dan sedang menunggu ketibaan ajalnya?
Posted by Nizam at 10:04 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Himpunan Sejuta Umat pada 23/1/09 diKedutaan Amerika ditangguhkan
Himpunan Sejuta Umat di hadapan Kedutaan Amerika Jumaat, 23 Januari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan ekoran perkembangan terbaru di wilayah Gaza, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.
Ketika menghubungi Harakah sebentar tadi, Salahuddin berkata, keputusan Hamas untuk menerima pelan genjatan senjata dan pengunduran tentera negara pengganas Israel daripada wilayah Gaza mendorong PAS Pusat menangguhkan perhimpunan itu.
"Sebagai ganti, satu majlis ceramah umum 'Intifadhah Palestin & Kemenangan di Kuala Terengganu' akan diadakan pada tarikh yang sama di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar mulai jam 9.00 malam," jelasnya.
Ceramah umum anjuran Pemuda PAS Pusat itu akan membariskan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Salahuddin Ayub, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Pungutan derma untuk tabung kemanusiaan Palestin juga, ujarnya akan diadakan pada malam itu.
"Orang ramai dijemput hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan meraikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu," tambahnya.- tajdid _
Posted by Nizam at 2:12 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
DoS, DDoS dan DRDoS
Saya amat tertarik sekali dengan apa yang telah berlaku seperti yang telah dinyatakan oleh webmaster TKO. Justeru, saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ini untuk berkongsi maklumat yang pada saya mungkin berguna untuk sama-sama kita baca dan mengkajinya.
Mungkin selepas ini, kita boleh memikirkan tentang betapa pentingnya tahap keselamatan dan apa tindakan yang perlu dilakukan pada sesebuah server itu bagi menguatkan pertahanannya.
Semua maklumat ini saya ‘curi’ dari laman forum berkenaan IT di Indonesia. Ternyata dari apa yang saya lihat, saya boleh ‘tabik spring’ pada hackers Indonesia. Macam-macam maklumat ada di forum mereka. Dari pelbagai cara hacking, cracking, membuat / dapatkan virus, programming, tutorial software, e-book dan software / tool, dan mereka juga bertindak sebagai perisik virus yang baru untuk pengeluar antivirus. Tak hairanlah masa saya di universiti dulu, budak-budak IT dari Indonesia yang paling ‘otai’.
Oklah, berbalik semula kepada cerita tentang DDoS tadi. Saya sediakan di sini sedikit maklumat berkenaannya. Mungkin maklumat ini sudah sedikit usang tapi berguna untuk tambah rujukan dan bacaan. Artikel yang asalnya dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris, saya terjemahkan semula ke Bahasa Melayu agar mudah difahami.
Denial of Service (DoS)
Versi pertama serangan ini adalah berupa pengiriman paket data kepada sasaran iaitu DoS (Denial of Service). Dalam serangan ini penyerang hanya menggunakan satu komputer untuk menembak data ke sasaran korbannya.
Penjelasan secara sederhananya adalah seperti berikut: Suatu ketika handphone anda berbunyi. Sebelum anda sempat menjawabnya handphone anda telah berhenti berbunyi. Tiba-tiba handphone anda berbunyi lagi dan tanpa sempat anda mengangkatnya, bunyi itupun segera berhenti. Beberapa kali anda membiarkannya tapi masalah ini tak kunjung tiba penyelesaiannya. Beberapa ketika anda yang hendak menghubungi sesuatu nombor terpaksa tidak boleh melakukannya kerana talian handphone anda sibuk berterusan. Itulah gambaran sederhananya mengenai serangan DoS di dunia realiti.
Di dunia siber, kes anda tersebut adalah merupakan salah satu serangan jenis DoS (Denial of Service). Apa yang pasti, sebegitu mudahnya DoS ini diterapkan tapi mencegahnya bukanlah suatu hal yang mudah. Sasaran-sasaran serangan DoS biasanya adalah server-server ISP, Internet Banking, e-Commerce, web organisasi, dan kerajaan.
Serangan DoS dapat dilakukan dengan mengirimkan query sebanyak mungkin hingga sasaran korban tidak mampu lagi menanganinya sehingga ianya menjadi lumpuh. Cara lain untuk melakukan serangan DoS adalah dengan mengirimkan data rosak atau data yang tidak mampu di tangani oleh server sasaran sehingga server tersebut menjadi ‘hang’ (tidak boleh berfungsi seperti kebiasaannya dan perlu restart berulang-ulang).
Target serangan DoS attack boleh ditujukan ke berbagai bahagian jaringan. Boleh ke routing devices, web, electronic mail, atau server Domain Name System.
Ada 5 jenis dasar DoS attack :
1. Penggunaan berlebihan sumber daya komputer, seperti bandwidth, disk space, atau processor.
2. Gangguan terhadap informasi konfigurasi, seperti informasi routing.
3. Gangguan terhadap informasi status, misalnya memaksa me-reset TCP session.
4. Gangguan terhadap komponen-komponen fizik network.
5. Menghalang media komunikasi di antara komputer dengan user sehingga mengganggu komunikasi.
DoS attack juga termasuk eksekusi malware, yang dimaksudkan untuk :
1. Memaksimakan kerja processor, sehingga memblok tugas-tugas yang lain.
2. Memicu terjadinya error di dalam microcode.
3. Memicu error pada urutan instruksi dan memaksa komputer menjadi tidak tabil dan locked-up.
4. Memanfaatkan error-error yang ada di sistem pengoperasian yang terbuntu pada ‘kematian’ system.
5. Membuat sistem pengoperasian menjadi crash.
6. iFrame (D)DoS, di dalamnya terdapat sebuah dokumen HTML yang sengaja dibuat untuk mengunjungi halaman web ber-kilobyte tinggi dengan berulang-ulang, hingga melampaui batas bandwidth.
DDoS (Distributed Denial of Service)
Aktiviti mengirimkan data secara terus-menerus dengan menggunakan satu komputer tidak begitu efektif kerana biasanya sumber daya server yang diserang itu adalah lebih besar dari komputer penyerang. Daya serangan pembunuh juga akhirnya menjadi lemah.
Atas sebab itulah para hackers pun mula ‘memutar-mutarkan’ otaknya. Serangan yang dapat diperlebihkan atau diperhebatkan dalam usaha melumpuhkan sesebuah server iaitu jika menggunakan tenaga komputer yang banyak yang dijadikan satu siri gabungan untuk mewujudkan kebanjiran data yang lebih besar.
Komputer-komputer yang diambil alih oleh hacker tersebut disebut sebagai zombie. Zombie berfungsi sebagai anak buah atau agen penyerang yang tersedia untuk menyerang pada saat mendapat perintah dari “tuannya”.
Semakin banyak zombie yang dikuasai oleh penyerang, semakin berkuasalah hacker tersebut kerana besarnya tenaga yang digenggamnya. Dengan tenaga besar yang dikumpulkan dari komputer-komputer yang dikuasai (secara illegal tentunya) tersebut, serangan DDoS hampir tidak dapat dikalahkan. Kerana itulah serangan jenis ini sangat popular di kalangan hackers.
Beberapa laman raksasa seperti Amazon.com, eBay, dan Yahoo pada Februari 2000 lumpuh selama beberapa jam kerana serangan ini. Sesebuah server terpaksa “memindahkan” IP address lamannya kerana setelah menerima serangan DDoS yang sudah dirancang untuk muncul pada tanggal dan jam tertentu dengan memanfaatkan virus tertentu tanpa mampu mencegahnya.
DDoS adalah satu jenis serangan dengan konsep sederhana. Namun efeknya boleh memindahkan “istana negara.”
Menghadapi Serangan DDoS:
Serangan DDoS adalah serangan dengan teori sederhana namun dengan dampak yang sangat besar. Sayangnya, sampai saat ini belum ditemukan cara paling tepat untuk menghindari serangan ini secara total.
Meskipun sampai saat ini belum ada sistem yang kebal terhadap serangan ini, ada sejumlah langkah yang dapat dilakukan untuk memperkecilkan risiko serangan DDoS ini.
Kerana serangan DDoS dapat dilakukan dengan memanfaatkan kelemahan operating system yang anda gunakan, jangan pernah lupa update patch untuk memperbaiki sistem pengoperasian anda. Ingatlah bahawa tidak ada satu pun sistem operasi di dunia ini yang aman dan 100% bebas dari kelemahan.
Gunakan hardware / server yang kuat. Server tersebut harus mampu menangani beban yang cukup berat sehingga server anda tidak mudah down. Anda boleh merekabentuk network yang saling backup dan akan lebih bagus jika berada pada beberapa daerah sekaligus.
Gunakan firewall untuk memblok port-port (pintu masuk) yang tidak diperlukan di servers anda.
Gunakan IDS (Intrusion Detection System) untuk mendeteksi penyusup dan melakukan pencegahan yang lebih pintar.
Terminologi dan Tools Pada DDoS (uzi)
Terminologi-terminologi yang umum dalam serangan DDoS antara lain adalah seperti tersebut:
1. Client – sebuah aplikasi yang digunakan untuk memicu serangan dengan mengirimkan perintah ke komponen-komponen lain.
2. Daemon – sebuah proses dalam menjalankan agent yang bertanggungjawab menerima dan melaksanakan perintah yang dikeluarkan client.
3. Master – host yang menjalankan client.
4. Agent – host yang menjalankan Daemon.
5. Target – korban (berupa host atau jaringan) yang dihentam serangan DDoS. Perjalanan serangan DDoS adalah:
Penyerang (Master) -> Client -> Daemon -> Korban (Target)
Gejala-gejala DDoS attack :
1. Kinerja jaringan menurun. Tidak seperti biasanya, membuka file atau mengakses web menjadi lebih perlahan.
2. Fitur-fitur tertentu pada sebuah website hilang.
3. Website sama sekali tidak boleh diakses.
4. Peningkatan jumlah email spam yang diterima sangat dramatik. Jenis DoS yang ini sering diistilahkan dengan “Mail Bomb”.
Contoh kes DDoS attack :
1. Februari 2007, lebih dari 10,000 server game online seperti Return to Castle Wolfenstein, Halo, Counter-Strike, diserang oleh group hacker “RUS”. DDoS attack berasal dari 1,000 lebih komputer yang terletak di negara bekas Uni Sovyet. Kebanyakan berasal dari Rusia, Uzbekistan dan Belarusia.
2. Julai 2008, banyak blog milik blogger-blogger konservatif, termasuk Macsmind.com, terkena serangan DDoS attack hingga beberapa darinya terpaksa offline. Serangan ini dikaitkan dengan 3 IP address yang didaftarkan melalui GoDaddy.com ke barrackobama.com, web rasmi calon presiden AS dari parti Demokrat, Barrack Obama. Sebelumnya, beberapa pendukung Obama juga melakukan serangan ke web-web pendukung Hillary Rodham Clinton dengan menggunakan google.com. Sehingga 8 Ogos, asal usul serangan masih belum jelas, namun Obama atau kumpulan kompeninya secara personal dianggap terlibat.
Tools
Program-program yang dapat digunakan hackers untuk melancarkan serangan DDoS semakin mudah diperolehi dari Internet dan kerana itu semakin berbahaya pula ancaman terhadap server dengan semakin ramainya orang yang dapat melakukannya.
Beberapa tool paling terkenal yang sering digunakan untuk melancarkan serangan DDoS adalah TFN2K, Trinoo dan Stacheldraht
TFN2K
TFN2K (Tribe Flood Network 2000) adalah tool untuk melancarkan serangan DDoS. TFN2K adalah penurunan Trojan TFN.
TFN2K memungkinkan master mengeksploitasi sejumlah agent untuk mengkoordinasikan serangan pada satu atau beberapa target yang diincar. Saat ini, Unix, Solaris, dan Windows NT adalah platform-platform yang rentan terhadap serangan ini.
TFN2K adalah sistem dengan dua komponen. Yang pertama adalah client yang dikomando oleh master dan sebuah proses daemon yang beroperasi pada sebuah agent. Master menginstruksikan para agent yang telah ditaklukinya untuk menyerang target yang telah ditentukan. Para agent tersebut kemudian memberi respon dengan membanjirkan serbuan paket data. Sejumlah agent, dengan perintah Master, dapat bekerjasama selama serangan ini untuk mematahkan akses target. Komunikasi master-to-agent telah dienkripsi dan bercampur dengan paket-paket yang diluncurkan. Baik komunikasi master-to-agent mahupun serangan itu sendiri dapat dikirimkan melalui paket-paket TCP, UDP, dan ICMP yang telah diacak. Master juga dapat melakukan pemalsuan IP address (spoofing). Hal ini membuat penyangkalan terhadap TFN2K sangat sukar dilakukan.
Trinoo
Trinoo (a.k.a. trin00) adalah program slave / master terkenal yang digunakan dalam serangan DDoS. Daemon Trinoo pada awalnya ditemukan pada format binary sejumlah sistem Solaris 2.x, yang diidentifikasi dapat dimanfaatkan dengan mengeksploitasi bug buffer overrun.
Jaringan Trinoo dapat berupa ratusan bahkan ribuan sistem di Internet yang diambilalih dengan eksploitasi buffer overrun secara remote. Akses ke sistem-sistem yang dijadikan agent tersebut diperolehi dengan menanamkan program back door sekaligus daemon Trinoo.
Sebuah jaringan Trinoo yang paling tidak terdiri atas 227 sistem – 114 diantaranya merupakan web-web Internet – pada 17 Ogos 1999 digunakan untuk membanjiri satu sistem yang ada di University of Minnessota. Akibatnya, server malang itu lumpuh dan koma selama dua hari. Saat penanganan terhadap serangan 17 Ogos itu dilakukan, pembanjiran besar data juga diketahui telah menyerang paling tidak 16 sistem lain, yang sebagian terdapat di luar AS.
Stacheldraht
Stacheldraht (Bahasa Jerman yang ertinya adalah kawat berduri) adalah tool lain yang popular untuk melancarkan serangan DDoS.
Tool ini sangat unik kerana ia menggabungkan fitur-fitur yang dimiliki oleh Trinoo dan TFN generasi pertama. Tool ini juga mempunyai enkripsi komunikasi antara penyerang dan masters Stacheldraht serta mampu melakukan update agent secara automatik.
Seperti Trinoo, Stacheldraht terdiri atas program-program master (handler) dan daemon atau bcast (agent). Fitur TFN yang dimiliki Stacheldraht adalah gaya-gaya serangan ICMP flood, SYN flood, UDP flood, dan “Smurf.” (uzi)
DRDoS (Distributed Reflectors Denial of Service)
Berbeza dari serangan DDoS biasa, dalam serangan DRDoS tentera penyerang mengandungi penguasaan zombi, zombi hamba, dan pemantul. Senario jenis serangan ini adalah selaras dengan serangan DDoS biasa sehingga satu peringkat khusus. Penyerang-penyerang mempunyai kawalan lebih menguasai zombi, yang bergilir-gilir, mempunyai kawalan lebih menghambakan zombi. Perbezaan dalam jenis serangan adalah zombi hamba yang mendahului bagi penghantaran zombi yang sebelum induknya menggunakan satu aliran bungkus dengan mangsa alamat IP sebagai sumber alamat IP kepada orang lain yang tidak dijangkiti mesin-mesin (diketahui sebagai pemantul), dan menggesa jentera bagi menghubungkan dengan mangsa.
Kemudian pemantul itu menghantar mangsa satu jumlah lalu lintas yang lebih besar, seperti satu jawapan untuk desakannya untuk perasmian satu hubungan baru, kerana mereka percaya bahawa mangsa itu adalah tuan rumah yang memintanya. Oleh itu, dalam serangan DRDoS, serangan dilancarkan oleh noncompromised mesin-mesin, yang mendaki tanpa serangan disedari bagi tindakan.
Membandingkan dua senario bagi serangan DDoS, kita harus perhatikan yang satu serangan DRDoS adalah lebih banyak menjejaskan daripada satu serangan DDoS biasa. Ini kerana satu serangan DRDoS mempunyai lebih mesin-mesin untuk berkongsi serangan, dan oleh itu serangan lebih tersebar. Senario keduanya adalah serangan DRDoS mencipta satu jumlah lalu lintas yang lebih besar dan disebabkan itu ianya lebih tersebar sifatnya.
Info Tambahan:
http://www.icir.org/vern/papers/reflectors.CCR.01/reflectors.html
http://www.cisco.com/web/about/ac123/ac147/archived_issues/ipj_7-4/dos_attacks.html
http://staff.washington.edu/dittrich/misc/ddos/
Pertahanan:
http://www10.org/cdrom/papers/409/
http://panoptis.sourceforge.net/
Muat Turun DDoS e-Book:
http://rapidshare.com/files/65555620/Internet.Denial.of.Service.Attack.and.Defense.Mechanisms.rar
PASS : (www.softarchive.net)
Posted by Nizam at 11:38 PM 0 comments
Labels: Tips
Yang Zalim Akan Tetap Terhukum!
Samada diakui atau pun tidak, faktanya UMNO sudah menjadi sebuah parti yang semakin tidak relevan di dalam negara ini.
Di dalam PRK P036 yang lalu, meskipun menawarkan pelbagai impian, penyogokan pelabagai tawaran, mengetuk pintu demi pintu, mengarahkan segenap media massa untuk membantu UMNO, pasukan polis paling ramai dikerah - namun ia masih gagal juga.
Menurut A.Kadir Jasin (Bekas Ketua Editor NST) di dalam blognya: "Pengundi Kuala Terengganu nampaknya tidak termakan janji melangit yang dibuat oleh Umno dan BN malahan ahli dan penyokong Umno sendiri nampaknya masih marah dan menyimpan dendam terhadap kepemimpinan parti mereka.
Beliau menambah "Kekalahan ini sedikit sebanyak membayangkan yang pengundi Kuala Terengganu belum bersedia untuk memberi “endorsement” kepada beliau atau kepada proses pemulihan Umno dan BN yang diuar-uarkan itu.
Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu."
Prof Madya Ghazali Mayudin, seorang sarjana politik UKM "Strategi dan tindakan BN untuk memenangi hati pengundi di KT menampakkan yang parti itu seakan terperangkap dalam penjara yang dibinanya sendiri. Setelah memenangi puluhan pilihan raya, umum atau kecil, dengan skrip yang sama semenjak merdeka, maka skrip lama ini juga yang digunakan dalam pilihan raya abad ke-21 ini."
Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu. Tun Dr Mahathir pula meletakkan faktor calon sebagai sebab utama kekalahan kerana Wan Farid katanya adalah calon Abdullah dan menantunya Khairy yang sudah ditolak oleh UMNO.
Biar pun BN terus mengalami kegawatan sokongan rakyat, namun pemimpin parti terbabit masih lagi mengamalkan state of denial sekadar untuk menyedapkan hati.
Pemimpin kanan UMNO masih lagi menganggap kebencian rakyat terhadap partinya seolah-olah satu sentimen yang bersifat sementara, sedangkan hakikat sebenar ia adalah satu alunan ombak yang berterusan yang akan bertukar menjadi gelombang besar setiap kali pilihanraya diadakan.
Perlakuan zalim mereka ke atas rakyat selama ini dengan penghantaran ribuan polis untuk mengugut dan menakutkan rakyat, malah tindakan-tindakan kejam dan double-standard pihak polis di seluruh negara serta agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk media massa arus perdana akan menyebabkan bukan saja parti UMNO/BN tidak relevan malah akan terus akan dibenci dan akan tetap menerima "hukuman" dari rakyat. Itu Hukum Karma, itu Hukum Universal, dalam Islam, itu Sunnatullah namanya, yang tetap terlaksana akhirnya. Hubaya-hubaya!
Pro-Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya
Kumpulan pro-Mahasiswa yang seiras Pakatan Rakyat di peringkat nasional memenangi pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam apabila calon-calonnya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.
Kumpulan itu hanya kalah satu kerusi sahaja daripada sembilan kerusi umum yang dipertandingkan. Mereka juga memenangi 13 daripada 32 kerusi fakulti.
Posted by Nizam at 10:56 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Pelajar Berserban Pilih Untuk Dipenjara
Seorang pelajar sekolah pondok memilih untuk dipenjarakan setelah pihak majistret menolak penangguhan perlaksanaan hukuman terhadapnya yang disaman menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar kerana berserban. Persoalan kini, apakah ini petanda bahawa institusi kehakiman negara masih bermentalitikan penjajah?
Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama kes bunuh Altantuya Shaaribuu, menafikan dia dan tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar, berada di lokasi pembunuhan di Puncak Alam di sini, selama hampir 45 minit untuk menembak dan meletupkan wanita Mongolia itu, pada malam 19 Oktober 2006.
Pemantau PRK P036 Kuala Terengganu (National Institute for Electoral Integrity - NIEI) akan mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan-kuasa oleh UMNO di sepanjang kempen PRK tersebut. Pengagihan wang ehsan dan peggunaan jentera kerajaan semasa kempen adalah diantara contoh penyelewengan dan penyalahgunaan-kuasa oleh UMNO/BN.
Posted by Nizam at 10:43 PM 0 comments
Labels: Cerita Teladan
Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda
Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.
Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.
Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.
Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.
Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.
Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.
Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.
Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.
Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.
Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.
Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.
Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.
Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.
Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan. - mj _
Responses to “Naik Motor Pakai Serban Adalah Satu Kesalahan?”
Ahmed SIRaj, di Jun 30th, 2008 pada 2:40 am Kata:
Kalau orang Punjabi Sikh boleh dibenarkan pakai serban mengikut fahaman dan amalan agama mereka semasa menaiki motosikal, mengapa tidak penganut Islam yang ingin mencontohi sunnah Nabi (saw)?
Posted by Nizam at 10:21 PM 0 comments
Labels: Cerita Teladan
Pasca PRK P036 - Teori Domino Bakal Berlaku
Tsunami politik yang berlaku sebelum ini, alunan airnya telah menjadi ombak dan akan menjadi tsunami yang besar pada masa akan datang.. demikian kata-kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru memenangi PRK P036 Sabtu lalu.
Keputusan pilihan raya kecil, Parlimen Kuala Terangganu yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan kemenangan Wahid dengan memperolehi undi sebanyak 32,883 undi manakala Wan Farid dari BN sebayak 30,252 dan calon Bebas, Azharuddin Mamat, 193 undi. PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.
Dunia menyaksikan yang di sepanjang kempen pilihanraya KT, BN telah menunjukkan bahawa mereka di dalam keadan yang amat terdesak untuk menang. Segala teknik dan taktik dilakukan bagi menebus kekalahan yang dialami di PU12 lalu dan PRK Permatang Pauh. Dan di dalam PRK P036 yang lalu, UMNO/BN menggunakan belanja yang paling mahal bagi mempertahankan kerusinya.
Malaysianinsider melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam satu pertemuan dengan beberapa editor akhbar sebelum hari pengundian telah menjelaskan bahawa jika BN kalah di kerusi KT, ia merupakan satu rentetan perkara yang lebih buruk bakal berlaku.
Najib sendiri telah membayangkan spekulasinya bahawa momentum KT akan berterusan dan akan memberikan impak di pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi Dan jika Pakatan Rakyat berjaya di Sarawak, ia akan menjadikan pakatan pembangkang itu lebih kukoh dan boleh menewaskan BN di dalam PRU yang akan datang, yang di jangka diadakan pada 2013.
Najib mengakui bahawa kekalahan di KT bakal memberikan kesan domino terhadap sebarang pilihanraya kecil akan datang di dalam negara.
Mengikut seorang penganalisis politik tempatan, bagi rakyat terutama pengundi muda, mereka telah muak dan jelak dengan rejim lama. Mereka sudah tidak berupaya untuk menerima idea dan polisi lama yang hanya diberikan pakej baru.
Namun apa yang berlaku di sepanjang kempen pilihanraya P036 yang diketuai oleh Najib, yang tidak disukai oleh rakyat itulah yang dilakukan oleh mereka.
Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Khairy Jamaluddin (Sang Menantu) yang bertandang di pentas kempen BN yang umum mengetahui hubungan rapat beliau dengan Wan Ahmad Farid. Bagi sesetengah ahli UMNO sendiri, kehadiran beliau bakal membawa malapetaka sepertimana yang berlaku di dalam PRU12 yang lalu apabila beliau bertandang di pentas UMNO Kelantan.
Harakahdaily melaporkan tentang badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tokoh akademik yang melihat kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu sebagai pembuka laluan untuk meraih kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ketiga belas nanti.
Pengarah Korporat Komunikasi, Fomca, Mohd Yusuf Abdul Rahman berpandangan kejayaan PAS bagi menduduki kerusi parlimen Kuala Terengganu itu mencerminkan perasaan rakyat yang sebenarnya,
"Kita tahu walaupun dalam pilihan raya kecil itu kerajaan mengarahkan jenteranya turun tetapi masih lagi tidak dapat pengaruhi pengundi dan ini menunjukkan keyakinan rakyta kepada kerajaan persekutuan masih lagi rendah dan kerana itu ia memberi kemenangan kepada PAS," ujarnya.
Katanya, Kerajaan Persekutuan harus membuat sesuatu jika hendak dapat kembali keyakinan rakyat.
Malah katanya, jika senarionya masih sama kemungkinan besar Pakatan Rakyat boleh menjadi pilihan utama rakyat.
"Saya rasa kalau rakyat ada sekarang masih menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan tidak mustahil bahawa Pakatan Rakyat boleh ambilalih tampuk perintahan, "Bagi saya sendiri melihat perasaan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah masih lagi meluap-luap," katanya.
Posted by Nizam at 10:10 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen
Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini.
Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.
Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.
Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi.
Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
Seramai 79.3 peratus pemilih keluar mengundi hari ini.
Pengundian di 144 saluran di 36 pusat pengundian bermula pada jam 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang.
Pengumuman rasmi keputusan pilihanraya tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan pada jam 9.29 malam.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.
Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.
Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.
Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22).
Posted by Nizam at 10:58 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Anwar: Tanda rakyat dahagakan perubahan...
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap tahniah dan syabas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang berkempen untuk menjamin kemenangan Pakatan di Kuala Terengganu.
"Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi," katanya dalam satu kenyataan.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru," kata beliau yang juga ketua umum PKR.
Anwar berkata, beliau percaya Abdul Wahid akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.
"Bukan sahaja kepada warga Kuala Terengganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
"Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan.
"Maknanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terengganu, rakyat menuntut perubahan.
"Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.
"Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan," kata Anwar.
Posted by Nizam at 10:13 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Kronologi Pilihanraya KT - Jan 17, 09 9:59am
9.29 malam Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.
9.25 malam Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
9.12 malam Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bila-bila sekarang. Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Dan hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut berada di situ.
9.10 malam Tidak rasmi - PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira. Pegawai pengurus pilihanraya telah memanggil semua calon naik ke pentas.
9.08 malam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tinggi yang lain dalam perjalanan ke Stadium Negeri untuk pengumuman keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sehingga ini, calon PAS masih mendahului pengiraan undi.
8.55 malam Ribuan penyokong PAS mula membanjiri Stadium Negeri untuk menunggu pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dengan tinggal kurang daripada 10,000 undi lagi yang dibelum dikira, calon PAS sedang mendahului dengan kira-kira 1,700 undi.
8.50 malam Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu bahawa calonnya memenangi pengundian di kesemua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.
8.45 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 28,249 undi, BN mendapat 26,498 undi. PAS mendahului dengan 1,751 undi. Calon bebas mendapat 160 undi.
8.35 malam Dengan kira-kira baki 10,000 undi lagi yang belum dikira, PAS semakin jelas akan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
8.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,976 undi manakala BN mendapat 24,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,132 undi.
8.25 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,971undi manakala BN mendapat 23,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,182 undi.
8.20 malam Keputusan tidak rasmi - Sumber-sumber BN percaya PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Ini memandangkan hanya tinggal baki 15,125 undi lagi yang belum dikira. Sehingga ini, PAS dipercayai menang di semua empat DUN.
8.16 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.
8.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS memenangi pengiraan undi bagi Dewan Undangan Negeri Bandar dengan majoriti 190 undi.
8.00 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 23,640 undi, BN mendapat 21,614 undi. PAS mendahului dengan 2,026 undi. Calon bebas mendapat 136 undi.
7.50 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 22,030 undi, BN mendapat 20,476 undi. PAS mendahului dengan 1,554 undi. Calon bebas mendapat 134 undi. Sehingga ini 43,000 undi telah dikira.
Di pusat perjumlahan SPR pula, selepas 50 kotak undi dikira, BN mendapat 11,120 undi, PAS 10,802 undi dan bebas 69 undi. Sejumlah 64 kotak lagi dalam perjalanan.
7.40 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 19,487 undi, BN mendapat 18,480 undi. PAS mendahului dengan 1,007 undi. PAS mendahuli di semua DUN. Ini bermakna lebih 50 peratus undi telah dikira, berdasarkan 79.3 peratus pengundian hari ini atau 63,967 yang keluar mengundi.
7.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 18,934 undi, BN mendapat 17,907 undi. PAS mendahului dengan 1,027 undi.Calon bebas mendapat 113 undi.
7.25 malam Keputusan tidak rasmi - Daripada 38,000 undi yang dikira sehingga ini, PAS mendahului dengan majoriti 1,078 undi.
7.22 malam Keputusan tidak ramsi - PAS mendapat 17,573 undi, BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan 778 undi.
7.20 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 17,531 undi manakala BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan majoriti 778 undi. Bebas pula mendapat 107 undi.
7.15 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,475 manakala BN mendapat 16,018 undi. PAS mendahului dengan 457 undi. PAS juga mendahului dengan majoriti 758 undi di Wakaf Mempelam, 355 undi di Bandar dan 308 undi di Batu Burok. BN mendahului dengan 9 undi di Ladang.
7.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,237 undi manakala BN mendapat 15,707 undi. Calon bebas mendapat 89 undi.
7.05 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.
7.02 malam Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.
7.00 malam Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.
6.55 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 13,095 undi manakala PAS mendapat 13,042. Calon bebas mendapat 72 undi.
6.50 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.
6.30 ptg Keputusan tidak rasmi - daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 259 undi. 80 peratus lagi undi dalam proses pengiraan.
5.00 ptg Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini.
Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.
4.30 ptg Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.
4.00 ptg Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.Baca berita lanjut
2.45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.
2.00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.
1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.
1.00 t/hari Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.
12.40 t/hari Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.
12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.
12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.
11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.
11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.
11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.
10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.
9.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."
8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.
8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.
8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".
7.50 pagi Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.
7.45 pagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.
Posted by Nizam at 8:52 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Himpunan Solidariti Sejuta Umat, Jumaat 23 Januari
PAS Pusat akan menganjurkan "Himpunan Solidariti Satu Juta Umat" di hadapan Kedutaan Amerika, pada Jumaat, 23 Januari ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman berterusan tentera negara pengganas Israel di wilayah Gaza yang berlanjutan sejak 28 Disember lalu.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, program selepas solat Jumaat itu akan menggabungkan pelbagai pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan nasib umat Islam Palestin di Gaza yang terus diganyang tentera regim haram Israel.
Menurut Salahuddin, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengetuai perhimpunan tersebut sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Duta Amerika di Kuala Lumpur.
"Ini adalah kemuncak bantahan kita kepada regim haram Israel melalui sekutu rapatnya Amerika Syarikat yang setakat ini telah membunuh lebih 1100 penduduk Palestin yang tidak berdosa, 1/3 daripadanya kanak-kanak, dan mengakibatkan lebih 4500 orang awam cedera," ujarnya ketika dihubungi Harakah.
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam khususnya ahli-ahli dan para penyokong PAS dari seluruh negara untuk bersama-sama hadir dalam perhimpunan tersebut bagi memberi isyarat jelas tentang bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman regim haram Israel di wilayah Gaza.
"Kita juga ingin menyatakan solidariti kita dengan rakyat Palestin dan mahu mereka mengetahui bahawa umat Islam seluruh dunia memberikan simpati yang mendalam terhadap musibah yang menimpa mereka kini," tegasnya.
Posted by Nizam at 8:34 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Ingat Allah ketika mengundi - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Terengganu hari ini(17/1/09) menjadi medan mengukur kemampuan fenomena Mac 2008 beralih ke Terengganu. Lebih 80,000 pengundi bakal merumuskan hala tuju politik negara seterusnya. Impak pilihan raya kecil ini cukup besar dan boleh merubah senario politik masa depan negara. Justeru, pengundi harus menggunakan kesempatan berharga ini dengan matang dan bijaksana.
"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."
Bagi memandu pengundi membuat pilihan terbaik, ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditemui di pejabat Menteri Besar Kelantan, di Kota Darulnaim, Ahad, 11 Januari lalu.
HARAKAH: Umno kini bermati-matian mahu mempertahankan penguasaannya di Kuala Terengganu. Kempen pilihan raya pun semakin hangat dan mendebarkan. Bagaimana Tok Guru melihatnya?
TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Sekarang berlaku pertelagahan antara gerakan Islam yang dipimpin oleh PAS dan gerakan nasionalis yang dipimpin oleh Umno untuk berebut hendak jaga negeri. Kalau lebih 50 tahun dulu, antara Inggeris dan Jepun berebut juga, hendak jaga Tanah Melayu.
Dan kira-kira hampir 2,000 tahun lalu perbalahan berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Juga sama-sama berebut hendak jaga negeri. Hak mana yang betul kerana orang Islam ini bukan semata-mata hendak makan atau minum. Islam mengajar makan minum yang betul. Berumah tangga yang betul atau politik yang betul. Betul itu kena dengan kehendak Allah Taala. Ini beza ajaran Islam dengan ajaran manusia sama ada kita Melayu atau Cina Muslim itu tidak kiralah. Ajaran Islam tidak serupa dengan ajaran yang manusia buat. Manusia reti apa di hujung dunia ada syurga neraka yang tahu benda itu ialah tukang yang membuat dunia iaitu Allah Taala. Allah Taala ajar benda ini kepada nabi-nabi sejak zaman-zaman sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw.
Ada ayat al Quran menyebut selepas mati kita akan dihidupkan balik. Selepas mati kita tidak perlu lagi sembahyang, puasa, mengundi atau apa sahaja sudah tidak ada lagi. Yang ada kamu dipaksa balik ke pangkuan Allah Taala. Ini masalah yang berlaku sejak dahulu kepada nabi-nabi dengan umat masing-masing. Begitu juga pada masa Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya termasuk kita. Ini benda yang PAS hendak sebut. Ini juga yang kita sering sebut dalam sembahyang. Sembahyang, hajiku, hidup mati untuk-Mu Allah Taala. Untuk-Mu itu hendak pergi macam mana kalau bukan melalui Islam.
Kalau benda itu kita boleh buat tanpa melalui Islam, apa faedah Allah Taala kirim nabi-nabi. Apa tujuan kirim nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau kita tolak Islam seperti yang diamalkan Umno sekarang dan mengambil kebangsaan, soalnya agama Islam itu berhenti setakat mana. Adakah Islam tidak berguna sekarang kerana tempoh dah habis atau macam mana? Mengapa kita tolak agama dan ambil kebangsaan. Adakah Umno fikir Islam tamat setakat 1946 ketika Umno mulai wujud atau Islam terus sampai khiamat. Orang Islam di seluruh dunia akui Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi akhir zaman.
Ini punca PAS dan Umno bertelagah. Apa salah kalau Umno tinggalkan kebangsaan. Islam itu terkandung di dalam al-Quran, dan di dalam terkandung semua termasuk politik, ibadat dan keselamatan. Ini kerana al-Quran didatangkan daripada Allah Taala. Bezanya sekarang Umno hanya selamat setakat dunia dan nak pergi akhirat tidak boleh. Arab, Cina, India hendak pergi syurga semuanya melalui Islam. Ini perkara pokok.
Ini bererti risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. bukan terhenti setakat tahun 1946 sahaja. Ini punca segala pertelagahan yang berlaku sekarang, dan sebab itu saya minta semua kawan-kawan dalam Umno bermula daripada peringkat 'grassroot' sehingga pemimpin atasan. Tidak ada guna satu sen pun perjuangan kebangsaan. Hendak pembangunan semua parti yang memerintah boleh buat pembangunan.
Kalau komunis memerintah di negeri ini sekalipun mereka juga mampu buat pembangunan. Sekadar pembangunan lahiriah ini semua orang boleh buat. Tidak payahlah Allah Taala kirim nabi kalau sekadar kehidupan manusia mahu kepada pembangunan. Kafir Quraisy, Rom dan Parsi buat pemnbangunan sampai sekarang pun kita dapat lihat kesannya. Di Mesir ada piramid dan macam-macam lagi. Apa yang penting pemnbangunan tidak boleh sampai ke akhirat.
Masuk kubur kita hanya bawa jari 10 sedangkan kita mempunyai banyak duit di dunia. Kita ada tenaga di atas dunia mengapa tidak boleh bawa bersama di dalam kubur. Islam sahaja �cable� yang boleh membawa kita dari dunia sampai ke akhirat. Kepandaian, kebijaksaan dan harta kita semuanya itu boleh kita tukar melalui pertukaran benda kepada pahala. Ini perkara besar yang menguasai pemikiran manusia sekarang sama yang menyokong atau melawan gerakan Islam.
Oleh itu saya minta kalau sesiapa sahaja yang hendak pembangunan ia tidak boleh membawa kita ke akhirat tanpa melalui Islam. Kami jaga Melayu sampai ke akhirat tetapi Umno jaga Melayu setakat dunia sahaja. Islam ini kalau buat tanpa ikhlas tidak jadi, tidak kiralah orang PAS sendiri pun. Sembahyang, kempen tidak ikhlas tidak jadi. Kita mahu Islam dan iman.
Apa langkah terakhir calon dan petugas PAS lakukan menjelang hari mengundi Sabtu ini?
Langkah awal akhir ini tidak ada dalam Islam, kerana ia awal dan akhir selama-lamanya. Hidup kita di atas dunia ini bertengkar dengan nafsu. Dalam tubuh kita ada nafsu. Amarah, lawamah, mutmainah. Kita kena yakin kerja mengundi ini sebagai kerja agama. Ini kerana kerja memerintah negeri ini ialah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah tidak boleh memerintah sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah Taala. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah Taala. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah Taala dan bukan hamba duit dan sebagainya.
Kita perlu solat hajat?
Solat hajat kita perlu buat setiap masa. Tidak boleh bermusim, satu budaya orang kita bermusim ketika sakit, anak hendak periksa, hendak mengundi. Tapi tak apalah kalau tidak ada langsung baik kita buat.
Bagaimana situasi yang Tok Guru tengok terhadap kecederungan politik rakyat di Kuala Terengganu sekarang?
Pada hari penamaan calon saya pergi ke sama. Saya tengok kalau di tepi-tepi jalan nampaknya petugas PAS lebih rancak. Kegiatan Umno tidak nampak sangat. Cuma di sesetengah tempat mereka ghairah dengan poster. Hari itu tidak nampak sangat kegiatan Umno, jadi kita harap perkara itu biarlah berterusan.
Sejauh mana Tok Guru mengenali Mohd Abdul Wahid Endut sebagai seorang pemimpin yang patut dipilih?
Kita mengenalinya kerana beliau sudah lama menjadi wakil rakyat. Sejak 1990 lagi menjadi wakil rakyat. Lagi pun tidak kedengaran sungutan rakyat terhadapnya. Harap begitulah. Kalau tidak masakan ia menjadi pilihan kepada Presiden yang juga orang Terengganu.
Kegelisahan pihak lawan nampak sangat sehingga terpaksa mengerahkan begitu ramai anggota keselamatan. Ia mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil. Mungkinkah ada sesuatu di sebalik nama keselamatan yang Tok Guru lihat?
Kalau hendak datang begitu ramai bagi menjaga keselamatan, itu tidak menjadi masalah. Kalau Umno mahu memperalatkan polis dalam pilihan raya kecil ini bermakna berlaku celaka besarlah dalam demokrasi. Kedudukan Terengganu di tengah-tengah laluan ke Kuala Lumpur, jadi orang dapat tengoklah keadaan sebenar yang berlaku. Bagaimanapun harap-harap Pengerusi SPR baru, yang sebelum ini banyak tercalit dengan perkara-perkara yang mencurigakan, dapat ambil berat hal ini. Peristiwa Batu Burok dahulu sangat-sangat menyedihkan.
Sambutan penduduk Cina kepada calon PAS pun semakin meningkat. Kalau sebelum ini mereka sukar didekati namun sekarang tidak lagi. Adakah ini suatu petanda yang cukup menarik?
Ini sutu perkembangan yang cukup menarik sekali. Memanglah benda baik biar pun ditekan lama-lamaan akan menyerlah juga. Macam bola yang ditekan ke dalam air, lama-lama air akan melantun juga ke atas. Begitu juga dengan kebenaran kita boleh tekan namun lama-kelamaan ia akan naik balik.
Sebelum ini media massa sebut PAS antipembangunan, antikemajuan tetapi Cina di Kelantan tengok setiap hari berlaku pembangunan di negeri ini. Saya sebagai ketua kerajaan yang bergelar ulama boleh datang ke tempat masyarakat orang bukan Islam tanpa sebarang masalah. Saya pergi ke wat Siam di Tumpat. Semasa pemimpin Cina, Foo Chong Yong meninggal dunia. saya juga pergi melawatnya. Akhirnya orang Cina faham mereka diperbodohkan dengan pembohongan. Masa orang Cina buat kenduri kahwin pun saya pergi. Setiap kali orang bukan Islam menjemput saya pergi ke majlis mereka, saya tanya sama ada jemputan itu bagi tujuan agama atau budaya. kalau hanya sekadar budaya saya pergi. Tujuan agama tidak boleh. Setiap kaum ada budayanya sendiri.
Apa yang menarik juga di Terengganu ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat datang membantu calon PAS. Adakah ini suatu perkembangan yang baik?
Ya, ini suatu yang cukup menarik sekali. DAP sekarang semakin jelas nampak dan ia lain dengan DAP zaman dahulu. Macam juga orang PAS zaman dahulu, kalau sebut Umno mereka tidak mahu dekati. Sekarang mereka sudah faham. Hendak lari macam mana kerana mereka juga saudara kita. takkan kita hendak biarkan mereka dengan salah begitu. Kalau mereka salah, kita kena perbetulkan.
Hudud yang cuba dicetus media bagi menjarakkan hubungan PAS dengan DAP nampaknya juga gagal?
Makin mereka mainkan isu tersebut tambah bodoh mereka. Ini kerana hudud itu untuk orang Islam. Jadi pemimpin Umno ini, mereka Islam atau tidak? Kalau mereka Islam mengapa tidak mahu hudud.
Posted by Nizam at 8:04 AM 0 comments
Labels: Pemimpin Idola
Amanat Presiden sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu
Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."
Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.
Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.
Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.
Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.
Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.
Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.
Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.
Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.
Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.
Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat
Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.
Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.
Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."
Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.
Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.
Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.
Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.
Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.
Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.
Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.
"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"
Posted by Nizam at 7:59 AM 0 comments
Labels: Pemimpin Idola
Biodata Abdul Wahid Endut calon PAS Kuala Terengganu
Prinsip calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, 52 ialah
"Usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya."
PAS Terengganu menaruh harapan serta keyakinan yang tinggi mampu memenangi Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini dengan melatkkan calon yang berkaliber dan berwibawa.
Beliau merupakan Adun Wakaf Mempelam, iaitu salah satu Adun dalam Parlimen Kuala Terengganu. Wahid juga adalah Adun sejak lima penggal dari tahun 1990 lagi memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.
Beliau dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa dan kini menetap di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu.
Mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah bersama 9 orang anak yang terdiri dari dua lelaki dan tujuh orang perempuan. Isterinya, merupakan seorang warga pendidik yang gigih di sebuah sekolah kerajaan di negeri ini.
Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai tadbir di UPM, menjalankan perniagaan berasaskan pertanian, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan (Exco) negeri Terengganu dari tahun 1999-2005.
Kini, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sejak dari tahun 1990 hingga sekarang. Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS Terengganu dari tahun 1991/ 1993.
Wahid masih lagi sebagai Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terenganu.
Posted by Nizam at 7:44 AM 0 comments
Labels: Pemimpin Idola
Perubahan sikap pengundi Cina gusarkan BN
B elum pernah berlaku dalam sejarah kempen mana-mana pilihan raya di Terengganu, masyarakat Tionghua setempat sebegitu ramai dan berani menghadirkan diri dalam program dianjurkan parti-parti pembangkang.
Jika selama ini kaum tersebut dikatakan sangat setia terhadap Barisan Nasional (BN) dan amat berhati-hati untuk menunjukkan sikap menyebelahi pembangkang, suasana yang sama sekali berbeza kini terzahir dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang sedang berlangsung.
Bukan sekadar pendengar
Mereka bukan setakat hadir sebagai pendengar, malah ada yang turut menjadi penggerak penting menjayakan apa-apa majlis dianjurkan mana-mana parti Pakatan Rakyat bagi membantu PAS.
"Bayangkan, yang lelaki bawa bendera bulan (PAS), yang perempuan tukang pungut derma. Demi Allah, sepanjang hidup saya dah lebih 60 tahun, tak pernah lagi saya tengok benda ni," ujar seorang penduduk Kuala Terengganu, Haji Wan Mokhtar Mohamad.
Beliau menceritakan ketakjubannya melihat pasangan berbangsa Cina itu yang bertugas penuh dedikasi di satu ceramah PAS di Kampung Cina, malam hari Sabtu (10 Januari) lalu.
Dalam perkembangan serupa, lebih 300 penduduk Tionghua kelihatan hadir ke majlis ceraman PAS di Kampung Pulau Kambing, malam sebelumnya. Kesungguhan mereka menzahirkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS, dianggap perubahan sangat mendadak berbanding pilihan raya umum, Mac lalu.
"Program (ceramah) PAS semasa pilihan raya dulu di situ, orang Cina yang hadir berbelas orang saja," banding seorang rakan wartawan, Yusof Muda.
Menurut maklumat diperolehinya, kawasan berkenaan adalah di antara lokaliti yang menyaksikan kekalahan PAS agak besar, terutama di kalangan pengundi Tionghua.
Penentu kemenangan
Meski pun pengundi kaum itu membentuk hanya kira-kira 11 peratus atau tidak sampai 9,000 daripada lebih 80 ribu pemilih berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu, sokongan masyarakat tersebut kepada mana-mana parti bertanding adalah penentu kemenangan. Apatah lagi sejak sekian lama sokongan pengundi Melayu di parlimen ini agak seimbang kepada PAS dan BN.
Mengakui undi Cina amat signifikan, BN tanpa silu memanipulasi kuasa dan kewangan dimilikinya untuk memenangi hati mereka. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said secara tiba-tiba mengumumkan peruntukan RM6.1 juta untuk pembangunan masyarakat Cina negeri itu, 26 Disember lalu.
Jumlah itu termasuk RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta untuk dewan Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin, Gong Kapas.
Berbagai majlis lain turut dianjurkan BN saban hari melibatkan kaum Tionghua. Segala macam bantuan dihulurkan pada majlis-majlis itu atas berbagai nama, terutama yang dinamakan bantuan dana khas sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kesemua pembesar negara yang turun berkempen juga tidak melepaskan peluang bertemu anggota masyarakat itu.
"Saya harap pengundi Tionghua di Kuala Terengganu ini tidak termakan umpan dana khas itu. Duit ang pau itu boleh diambil, sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN, tetapi itu memang duit rakyat," bidas Pengerusi Penaja DAP Cawangan Kampung Cina, Ng Chai Hing.
Matang berpolitik
Sepertimana para pemimpin Pakatan Rakyat lain, Chai Hing turut melahirkan keyakinan para pengundi Kuala Terengganu, terutama kaum Tionghua sudah matang berpolitik. Mereka juga dapat mengikuti arus perubahan tsunami politik yang melanda negara, Mac lalu, yang menyaksikan kaum Cina dan India sepakat menolak BN.
Arus perubahan itulah yang kini amat menggusarkan BN. Setelah segala usaha dan umpan dihulurkan, setakat ini arus itu nampaknya sukar diempang lagi.
Bahkan, kenyataan Ahmad sebelum ini yang 'mengugut' untuk tidak meneruskan bantuan pembangunan kepada masyarakat Cina sekiranya BN kalah Sabtu nanti turut gagal mengendurkan sokongan kaum itu kepada pembangkang. Keadaan itu memaksa menteri besar itu mengubah kepada nada memujuk pula.
"Percanggahan pendapat adalah perkara biasa untuk kepentingan bersama dalam parti, tetapi ia tidak akan berpanjangan. Ibaratkan (hubungan parti-parti komponen BN) seperti hubungan suami isteri, sedangkan lidah lagi tergigit," rayu Ahmad, dalam satu majlis pertandingan karaoke Hokkien, Sabtu lalu.
Kita harap perubahan sikap pengundi Tionghua dan kegusaran BN itu akan berterusan. Kematangan politik kaum itu juga diharap akan menjadi kenyataan dan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon PAS, 17 Januari nanti.
Posted by Nizam at 8:35 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa
Pemidang PAS dikoyak MBKT
Satu pertelingkahan kecil tercetus di antara petugas PAS dengan pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu apabila mereka cuba menurunkan pemidang bersaiz besar parti itu.
Pemidang berkenaan diletakkan di satu simpang tiga dekat SK Tengku Ampuan Mariam di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang tadi.
kuala terengganu by election dispute over poster 140109 01Bagaimanapun, 20 petugas PAS bersama penyokongnya berjaya menghalang kakitangan penguatkuasa MBKT - yang juga sebahagian jawatankuasa pemantau pilihanraya kecil parlimen tersebut - daripada merobohkan pemidang berkenaan.
Sebahagian pemidang telah dikoyakkan sebelum ditampal semula oleh petugas-petugas PAS.
Sewaktu Malaysiakini tiba di tempat kejadian, kakitangan MBKT sedang beredar.
Pemidang berkenaan memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tertulis petikan kata-kata menteri besar itu yang dianggap gurindam rasuah.
Ia berbunyi "Nak Beri Salah, Tak Beri Salah, Umno Jadi Serba-Salah, Jom Pakat Pangkah PAS."
Tidak jauh dari kain pemidang berkenaan, ada satu poster besar yang memaparkan karikatur ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunggang seekor keldai berkepala dua - presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.
Kira-kira 10 anggota polis berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.
Lebih kurang 20 minit kemudian timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan ketua Pemudanya Salahuddin Ayub hadir. Mereka diberi taklimat ringkas kejadian tersebut oleh petugas PAS di lokasi berkenaan.
Bercakap kepada wartawan, Nasharuddin berkata, PAS akan membuat aduan kepada suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan MBKT mengenai perkara tersebut.
"Kita telah menerima beberapa aduan mengenai tindakan pihak MBKT merobohkan poster dan pemidang PAS.
"(Tetapi) kita tidak tahu mengapa mereka bertindak demikian,” katanya.
Sementara itu, Salahuddin meminta aktivis Pemudanya tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang dilakukan pihak tertentu menjelang hari mengundi, Sabtu ini.
Katanya, tindakan mengoyak pemidang tersebut merupakan satu provokasi terhadap PAS.
Posted by Nizam at 8:28 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa