Polis beri permit lancar kempen anti-ISA malam ini


Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gagal disempurnakan bulan lalu, akan dilancarkan semula malam ini.

Kali ini, pihak penganjurnya telah mendapatkan permit polis untuk mengadakan majlis pelancaran tersebut di Stadium Bandar Baru Bangi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi hari ini.

Katanya, polis memberi permit tersebut dengan syarat perhimpunan itu diadakan di dalam stadium tersebut.

Kamaruzaman yang juga penyelaras lokasi untuk program itu berkata, pada mulanya, permohonan penganjur mengadakan program berkenaan tidak diluluskan.

Namun, tambah beliau, setelah rayuan dibuat, polis memberikan kebenaran minggu lalu.

Wakil keluarga tahanan berucap

Pelancaran itu akan dilakukan bersama oleh ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat pada jam 9 malam ini.

Mereka terdiri daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seorang wakil DAP.

Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang dijadual turut berucap di majlis tersebut.

Kamaruzaman berkata, stadium tersebut boleh memuatkan 15,000 penonton, termasuk di bahagian padang.

Beliau menambah, perhimpunan itu pada mulanya dijadualkan di Stadium Selayang tetapi ditukar ke Stadium Bandar Baru Bangi ekoran kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan di Stadium berkenaan.

Seramai 250 Unit Amal PAS daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan malam ini bagi mengawal keadaan dan lalu-lintas, katanya.

Syed Ibrahim di Mekah

Sebelum ini, majlis pelancaran kempen itu hendak diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada malam 23 November lalu.

Bagaimanapun, pihak polis telah bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di situ kerana ia tidak mendapat permit polis.

Polis turut menahan sembilan orang termasuk Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Kempen tersebut adalah anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh tidak dapat menghadai majlis malam ini kerana masih berada di tanah suci.

Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan.


Baca Selanjutnya...

Pengajaran di sebalik Hijrah Rasulullah s.a.w


Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.

Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.

Peristiwa pengorbanan Saidina Ali ini merupakan secebis daripada peristiwa pengorbanan para sahabat. Banyak lagi kisah pengorbananan yang telah dilakukan oleh para sahabat demi Rasulullah yang tercinta. Begitulah para sahabat nabi yang cinta mereka bukan sekadar bermain di bibir bahkan dibuktikan melalui perbuatan dan tindakan mereka.

Berbicara tentang Hijrah Rasul, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.

Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikmah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam hijrah Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?

Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: �Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.� (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah

Daripada kenyataan ini dapatlah kita fahami bahawa hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Hijrah Rasulullah S.A.W memberi iktibar kepada kita mengenai fungsi dan peranan kita sebagai umat Islam tidak terhenti setakat ibadat khusus semata-mata. Lebih luas daripada itu peranan kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Di antara tugas-tugas sebagai khalifah adalah seperti yang dijelaskan oleh Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia.

Dua perkara ini tidak mampu direalisasikan tanpa semangat jihad dalam diri kita. Jihad merupakan pengorabanan dari pelbagai aspek demi memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Melawan nafsu juga merupakan suatu jihad. Namun dalam konteks hari ini, semangat jihad sudah kian hilang di hati umat Islam. Umat Islam hari ini lebih mementingkan nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Umat Islam sesama sendiri berkelahi kerana pangkat, harta dan wanita. Adakalanya umat Islam sendiri sanggup berkomplot dengan golongan kuffar demi kepentingan tertentu. Sekiranya inilah perangai kita, apakah kita layak digelar sebagai khalifah Allah.?

Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hirah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.

Seharusnya peristiwa hijrah telah mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah terjalin anatara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan kepada kita komitmen Rasulullah sebagai seorang pemimpin dalam memastikan tertegaknya ummah yang beriman, bertaqwa, bersatu padu dan hormat menghormati, baik sesama mereka mahu pun orang bukan muslim. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.

Seorang pemimpin tidak sekadar membangunkan masyarakatnya dari sudut fizikal dan material semata-mata bahkan turut membangunkan jiwa masyarakatnya dengan mendekatkan mereka kepad Allah SWT. Sejarah telah mengajarkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu di saat kegemilangan tamadun Islam adalah pemimpin yang menghormati golongan ulama dan sentiasa meminta nasihat daripada mereka sama ada urusan negara mahupun peribadi. Hal ini kerana golongan ulama merupakan golongan yang arif berkenaan soal agama, justeru demi memastikan pimpinan mereka tidak terkeluar dari landasan Islam, pemimpin-pemimpin tersebut sentiasa memastikan golongan ulama sentiasa di sisi mereka.

Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung.- azm

( Penulis adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM) ) _

Baca Selanjutnya...

Lancarkan demonstrasi, boikot dan solat hajat lindungi rakyat Palestin!

Selepas PAS mengutuk serangan Israel di Gaza, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa supaya dilancarkan demonstarsi di seluruh negara bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan biadap Israel itu.

Selain turut mendesak supaya bantuan ketenteraan daripada negara-negara Islam dihantar segera untuk melindungi rakyat Gaza.

Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mesti segera bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ini kerana serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan ratusan lagi tercedera malah kesannya bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital,air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.

"Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan dan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.

"Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika da Israel," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Dalam masa yang sama Teras juga mengesa supaya semua kerajaan negara-negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika yang menghalalkan tindakan Israel di Gaza. - azm _


Baca Selanjutnya...

Penyertaan Dato' Zahar ke dalam PAS dialukan Mursyidul Am


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kemasukkan Kapten(B) Dato' Zahar Hashim dalam PAS menjadikan satu tanda kehancuran Umno semakin jelas.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kedatangan pelabur dari China, Presiden Beijing Good to Great Investment Co.Ltd, Madam Qiao Li yang juga merupakan usahawan terkenal dalam bidang pertanian.

Menurut Nik Aziz, kini ramai pemimpin Umno yang berkaliber sudah terbuka hatinya dalam menilai sendiri keburukan yang berlaku dalam Umno dan mereka telah membuat pilihan tepat untuk membela agama Islam dengan menyertai PAS.

Di saat berlakunya Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Umno menerima tamparan hebat bila ada ahli Umno menyertai PAS dan sanggup turun padang menjelaskan isu semasa kepada pengundi di Kuala Terengganu nanti.

Nik Aziz juga berharap Dato' Zahar akan istiqamah dalam membantu memperjuangkan kedaulatan Islam bersama ahli PAS yang lain.

"Saya menyeru kepada pengundi di Kuala Terengganu agar mengetepikan fahaman kebangsaan yang dibawa oleh Umno/BN dan kembali kepada semangat untuk membela agama Islam, sudahlah pecah belah antara kaum masih tak selesai, sedangkan Islam adalah untuk semua kaum," ujar beliau.

"Saya syukur pada Allah S.W.T yang sudah buka hati Kapten Zahar, satu anugerah daripada Allah untuk buka pintu hati orang sebegini hebat dalam Umno dan beliau yang banyak pengalaman telah berani dedahkan kepincangan Umno dan kerajaan," katanya lagi.

Sebelum ini, Kapten(B) Dato' Zahar Hashim Ketua bahagian Petaling Jaya Selatan bersama dengan 13 AJK bahagian dan 28 ketua Umno cawangan telah menyertai PAS dan telah menyerahkan boring keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat ISa dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali.

"Umno sekarang ni banyak kepincangan, dalam saat-saat sekarang ni, Umno gantung ahli, buang ahli dan banyak masalah dalaman mereka sedangkan yang masuk Umno tak dak pun dan ini menggambarkan Umno menuju ke arah kehancuran," katanya lagi.

Menyentuh tentang isu hudud yang digemburkan kini, beliau berkata ia hanyalah mainan mereka yang tertentu sahaja.

"Dulu amat susah nak sedarkan masyarakat bahawa politik dan Islam tak dapat dipisahkan, begitu juga hudud ni, yang pentingnya kami berusaha untuk jadikan ia sebagai undang-undang dan terpulang kepada pihak hakim yang akan menentukannya," ujar beliau lagi.

Berkaitan dengan sokongan kaum lain terhadap PAS kini yang semakin ketara, beliau berharap kaum cina dan India di Kuala Terengganu juga menyedari perkembangan ini dan seterusnya memberi sokongan kepada calon PAS nanti. - mns_


Baca Selanjutnya...

Hijrah dan Pilihanraya

PRK Kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan tahun depan 1430H/2009H benar-benar diadakan pada awal tahun baru Hijrah 1430 dan tahun Masehi 2009.

Hijrah yang disebut oleh Nabi saw: "Tidak ada Hijrah sesudah Makkah dibuka, melainkan jihad dan niat". (HR Bukhari dan Muslim)

Pilihanraya adalah satu proses demokrasi untuk memilih pemimpin. Khusus kepada pengundi di Kuala Terengganu, memilih pemimpin bukan sekadar suka-suka untuk dapatkan wang rasuah politik yang telah menjadi budaya politik UMNO/BN sejak sekian lama membarah dan membudaya sehingga rakyat tidak lagi dapat bezakan antara yang halal dengan yang haram dalam menentukan pemimpin yang benar-benar berwibawa dari perspektif Islam.

Berhijrahlah dengan semangat Hijrah Rasulullah saw, Abu Bakar As-Siddiq, para sahabat dan umat Islam Makkah sanggup meninggalkan tanah tumpah darah untuk berpindah ke Kota Madinah.

Ambillah pengalaman itu untuk dijadikan panduan hijrah memilih pemimpin yang terbaik. Terbaik dalam kepimpinan, terbaik dalam pergaulan dengan rakyat yang dipimpin, terbaik dalam usaha melaksanakan amanah dan terbaik dalam menguruskan keperluan rakyat.

Jihad
Jihad adalah perintah Allah dan menjadi kerja para anbiya. Jihad bererti berjuang bersungguh-sungguh. Semangat ini mesti ada dalam jiwa raga, pemikiran dan emosi umat Islam serta seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi PRK Kuala Terengganu.

Pengundi Kuala Terengganu mesti berjihad dan berjuang dengan semangat Hijrah Rasulullah saw, para sahabat dan umat Islam Makkah, supaya kita menjadikan Kuala Terengganu seperti Kota Madinah.

Lihat perkembangan Kota Madinah sejak dari awal Nabi saw mula-mula tiba di Madinah. Golongan Ansar yang menyambut ketibaan Muhajirin dengan rasa kasih sayang, bersedia menolong dan menyediakan apa saja keperluan Muhajirin yang datang ke Madinah tanpa apa-apa kerana semua harta, perniagaan mereka tinggalkan di Makkah

Niat
Niat mesti betul semata-mata kerana Allah. Niat hijrah mesti semata-mata kerana Allah. Rasulullah saw menegaskan INNAMAL 'AMAALU BIN-NIYAATI...setiap amalan mesti dengan niat.

Juga niat memilih pemimpin mesti betul kerana Allah. Niat mengundi juga kerana Allah. Bukan niat kerana hendak dapatkan habuan wang ringgit. Bukan niat untuk mengundi pemimpin yang kaya kerana rasuah.

Amal tanpa niat akan sia-sia. Kerja tanpa berniat juga sia-sia. Hijrah tanpa niat juga sia-sia. Amal, kerja dan Hijrah akan mengikut apa yang kita niat. Belajar, berniaga, bekerja, berkebun, berkhidmat dan apa jua mesti berniat kerana Allah.

Salah niat hasilnya akan dapat apa yang diniatkan. Misal seorang peniaga hanya berniat mahu kaya, tetapi lupa niat berniaga kerana Allah. Mungkin dia boleh kaya, tetapi pasti perniagaannya tiada keberkatan dan jauh dari rahmat dan lindungan Allah. Banyak bukti peniaga yang dulu kaya raya akhir dipenghujung hidupnya muflis. Ada kemungkinan tersalah niat dan sumbernya tidak halal.

Samalah situasinya seorang pengundi yang mengundi untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat semata-mata mahu dapat wang tambang atau mahu dipilih jadi ketua cawangan atau seumpamanya.

Akhirnya, berjihadlah untuk kita menangkan calon Pakatan Rakyat/PAS dalam pilihanraya PRK Kuala Terengganu dan berniatlah untuk mengundi calon yang terbaik, amanah, beriman dan ikhlas dalam perjuangan Islam, menegakkan keadilan dan melaksanakan amanah.

Sekian.

*gambar hiasan sahaja"


Baca Selanjutnya...

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS


Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN(Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu menyatakan hukum Hudud di negara ini hanya akan dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya yang dipetik daripada agensi berita. - azm _


Baca Selanjutnya...

MAAL HIJRAH - 1 MUHARRAM 1430 HIJRAH (29 DECEMBER 2008)


Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
1) Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
2) Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
3) Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
4) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
5) Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
6) Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
7) Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
8) Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
9) Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
10) Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
11) Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
12) Hari pertama Allah menciptakan alam.
13) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
14) Hari pertama Allah menurunkan hujan.
15) Allah menjadikan 'Arasy.
16) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
17) Allah menjadikan alam.
18) Allah menjadikan Malaikat Jibril.
19) Nabi Isa diangkat ke langit.



Baca Selanjutnya...

Zahar sertai PAS, kempen di KT


Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Turut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Zahar (foto) digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

Zahar juga menyumbangkan pejabat Umno bahagian - dipercayai milik beliau sendiri - kepada PAS kawasan tersebut.

Pejabat itu, yang telah ditutup selama tiga minggu, akan dibuka semula besok dan kakitangan di situ akan turut bekerja bagi pihak parti barunya.

Zahar berkata beliau akan bersama jentera PAS untuk membantu kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, yang berlangsung antara 6 sehingga 17 Januari ini.

Tambahnya, beliau akan mula berkampung di kawasan itu sepanjang kempen mulai 5 Januari, sehari sebelum penamaan calon.

Kapten tentera bersara juga menafikan tindakan penggantungan yang diambil oleh Majlis Tertinggi Umno pada 2 Disember lalu sebagai punca yang menyebabkan beliau melompat parti.

PAS lebih baik...

Sejak keputusan pilihanraya umum 8 Mac lepas yang menyaksikan ketewasan besar BN di beberapa negeri termasuk Selangor, kata Zahar lagi, beliau bersama para penyokongnya sering memikirkan untuk meninggalkan Umno.

Dalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi Umno kerana keputusannya tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu.

Katanya, PAS dan Umno adalah sama tetapi PAS lebih baik dari Umno.

"Umno hari ini banyak berbeza dengan Umno yang saya sertai 26 tahun lalu," katanya.

Menurut Zahar lagi, tahun lalu beliau ditawarkan mengambil alih jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, untuk menggantikan Tan Sri Onn Ismail yang uzur, tetapi beliau menolaknya.

"Saya tiga kali berturut-turut ditawarkan bertanding dalam pilihanraya umum, saya juga menolaknya kerana perlu memberi peluang kepada pemimpin lain di peringkat bahagian," katanya.

Sementara itu Nasharuddin (foto, kanan) ketika berucap di majlis tersebut berkata, program pertama Zahar sebagai ahli PAS ialah menemui presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila dalam masa terdekat.

"Zahar sudah bersama kita sekarang sebagai jentera penggerak dan anggota parti untuk membela bangsa, agama dan negara.

Zahar ke KT

"PAS bergerak di Selangor kerana hendak melaksanakan perubahan untuk membela orang Melayu dan orang bukan Melayu," katanya.

Manakala Dr Hasan (foto, kiri) dalam ucapannya berkata, Zahar dan yang lain-lainnya menyertai PAS bukan untuk mendapat projek dan kekayaan.

Tetapi, katanya, mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredhaan Allah.

"Walaupun PAS kalah dalam pilihanraya, ahli PAS tetap bertambah. Kini sudah (mencecah) satu juta orang," katanya.

Dr Hasan juga berkata, Zahar akan turun ke Kuala Terengganu pada 5 Disember sehingga selepas pilihanraya kecil tersebut.


Baca Selanjutnya...

Bekas Ketua, 28 Ketua Cawangan dan 13 Jawatankuasa Bahagian Sertai Pas


UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan mungkin tutup kedai dan lumpuh ekoran bekas ketuanya Kept (B) Zahar Hashim, 60 berhijrah ke dalam Pas dan

Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter sah menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Turut hadir dalam majlis itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir.

Dalam masa yang sama Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama. Difahamkan pejabat tersebut adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu, Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan. Image

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.


Baca Selanjutnya...

Ahlan Wasahlan Kapten Zahar!

KEMASUKAN Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim beserta 13 orang AJK bahagian dan 28 orang Ketua Umno cawangan hari ini merupakan suatu detik yang bersejarah bagi PAS Selangor.

Kapten Zahar digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi Umno berikutan kelantangannya membuat teguran terhadap kepimpinan parti yang didokonginya selama 26 tahun.

Lapan bulan masa diambil untuk berbincang mengenai pro dan kontra menyertai parti pembangkang (yang sudah menjadi kerajaan di Selangor) sesama rakan-rakan Umno di PJ Selatan.

Hakikatnya bagi Zahar, Umno hari ini sudah lari daripada perjuangannya untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Umno sudah lari daripada landasan asal perjuangannya.

26 tahun menganggotai Umno, sebagai Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, banyak lagi faedah, kemudahan sebagainya telah dinikmati beliau dan rakan-rakan. Tiada maknanya lagi kepentingan material bagi beliau.

Keputusannya menyertai PAS tidak didorong sesiapa, tiada permintaan apa-apa, tiada tawaran apa-apa, katanya beliau sudah lama memikirkannya, sejak Mac 2008 lagi.

Beliau dan rakan-rakan yang menyertai PAS, hanya mahu mencari redha Allah dan berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara melalui PAS.

Walaupun mungkin kemasukan Zahar dan rakan-rakanya ke dalam PAS, tidak boleh dijadikan kayu ukur yang menyebabkan kecacatan menyeluruh kepada Umno, namun tidak mustahil ia boleh menjadi titik tolak kepada kemusnahan Umno Selangor.

Kemasukan Zahar adalah manifestasi daripada kelesuan dan kegagalan kepimpinan Umno dari peringkat nasional hingga ke peringkat negeri,

Zahar dan rakan-rakan tidak lagi yakin, Umno layak menjadi platform bagi memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa.

Kemasukan zahar membeli implikasi bahawa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan penggantinya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, adalah pemimpin yang gagal.

Gagal meyakinkan mereka untuk terus kekal dalam Umno. Abdullah gagal sebagai PM dan Presiden Umno. Najib juga gagal menampilkan diri sebagai bakal PM dan bakal Presiden yang boleh mengemudi kapal Umno.

Kemasukan Zahar juga adalah hasil daripada kelemahan kepimpinan Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Pengerusi Umno Selangor, sebelum diambil alih oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Jika Umno Selangor pun Khir tidak mampu mengemudikannya, bagaimana beliau mampu untuk memenangi pertandingan Ketua Pemuda?

Dan jika Muhammad tidak mampu meyakinkan Umno Selangor untuk tidak berpecah atau menyertai parti lain, bagaimana Muhammad boleh meyakinkan perwakilan Umno seluruh negara untuk mengundinya ke jawatan Timbalan Presiden?

Tindakan Zahar dan rakan-rakannya ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu busar panah sahaja.

Umno di peringkat nasional 'terpalit tahi', manakala Umno Selangor 'tersembam ke lubuk'.

Zahar dan rakan-rakannya juga menyebabkan Khir Toyo dan Muhammad Taib terpaksa 'menanggung malu' dengan rakan-rakan Umno seluruh negara kerana kegagalan kepimpinan mereka.

Kemasukan Zahar ke dalam PAS bukan perkara kecil. Ianya amat besar bagi Umno, besar bagi PAS juga.

Zahar, 13 AJK bahagian, 28 Ketua Cawangan, mereka bukan keseorangan, mereka ada pengaruh dan pengikut. 26 tahun Zahar dalam Umno, bermula dengan mengetuai bahagian Puchong, sudah tentu beliau cukup dikenali dan ramai rakan-rakan.

Sudah tentu beliau mengenali dan amat arif dengan kepimpinan Umno Selangor, malah beliau juga punyai rakan-rakan Umno dari seluruh negara.

Maka mengambil semangat Maal Hijrah pada 1 Muharram 1430 (29 Disember) ini, Zahar dan rakan-rakannya boleh mula 'berdakwah' dengan mengajak rakan-rakan yang lain sama menyertai PAS.

Bukan sekadar mengajak untuk menyedarkan mereka tentang kepincangan kepimpinan Umno sahaja, malah mengajak mereka untuk mencari redha Allah, berjuang tanpa memikirkan kepentingan diri secara individu.

Bahawasanya duduk di dalam PAS tidak menjanjikan apa-apa kepentingan atau kemewahan dunia.

Jika jawatan diperolehi, ianya adalah amanah. Jika wang ringgit diperolehi, ianya adalah untuk menjadikan kita lebih dermawan untuk membuat pelaburan di akhirat sana.

Marilah sama-sama kita berhijrah untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban bikum!_


Baca Selanjutnya...

Jangan Syok Sendiri Buat Laman Web Blog


Semakin ramai yang membuat web sekarang ini. Ianya murah, mudah dan cepat. Pelajar sekolah rendah pun sekarang ramai yang sudah ada laman web mereka sendiri. Oleh itu adalah penting pengendali laman web sentiasa mengemaskini maklumat. Yang penting pastikan laman web yang dicipta mudah diakses oleh sesiapa sahaja.

Mungkin sebab terlalu ghairah ada yang membuat laman web mereka dengan pelbagai grafik , muzik dan sebagainya. Akibatnya laman web mereka akan susah dan lambat diakses kerana sesetengah tempat di Malaysia ini khidmat jalur lebar , khidmat talian tetap , khidmat tanpa wayarnya tidak sepantas di tempat yang telah lama ada perkhidmatan internet.

Oleh itu kepada pengendali laman web cuba dapatkan maklumbalas daripada pelayar internet lain adakah laman web mereka mudah atau payah diakses. Kerana jika sukar diakses , pelayar internet mungkin tidak gemar untuk melayari laman web yang payah diakses walaupun ianya laman web yang cantik , warna warni , berkelap kelip , ada muzik dan sebagainya.

Sekali sekala cuba akses laman web yang kita reka di tempat yang tiada perkhidmatan jalur lebar atau menggunakan internet tanpa wayar.


Baca Selanjutnya...

Berita Terkini - 25 Nov 2008


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dari hukuman penjara 12 bulan setelah mengenepikan sabitannya atas kesalahan menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu pada 1995.

Sembilan ahli dan pemimpin PAS yang ditahan di perhimpunan pelancaran kempen mansuhkan ISA di Ampang Jaya malam tadi, dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 4 pagi tadi. Mereka terdiri daripada ahli Parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP), Kamaruzaman Mohamad; Ketua Unit Amal PAS WP, Sarifuddin Mohd Yatim, Mohd Sani Hamzah, Abdullah A Rahman, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli dan Azman Abdul Hamid.

Isu fatwa YOGA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan sebelum diumum. Samy Vellu juga bersuara mengenai fatwa pengharaman Yoga.



Baca Selanjutnya...

Michael Jackson peluk Islam

Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau ‘Jacko’ dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

“Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. -Agensi BH


Baca Selanjutnya...

Jangan Risau Jika Diberhenti Kerja Waktu Gawat Ni


Sekarang ekonomi makin gawat , ada syarikat di Malaysia ini sudah hentikan operasi mereka , kurangkan pekerja mereka , buat tawaran VSS , potong elaun , potong gaji dan macam-macam lagilah cara dilakukan untuk menghadapi masalah ekonomi global yang semakin meruncing.

Cakap memanglah senang jangan risau kalau diberhentikan kerja tapi kalau kena pada diri sendiri nak tak nak runsing juga kerana ini ialah lumrah insan.

Berikut ialah PANDUAN (TIP) Bagaimana Hendak Mengatasi Kemurungan Akibat Diberhentikan Kerja yang saya ambil dari beberapa sumber. Semoga ALLAH permudahkan kita menghadapi krisis ekonomi ini sebagaimana ALLAH memberi ilham kepada Nabi Yusuf satu ketika dulu ketika kerajaan negeri Mesir yang hebat menghadapi masalah krisis ekonomi yang lebih hebat.

PANDUAN ini adalah percuma dan boleh disebarkan , niat saya agar kita sama-sama mendapat manafaat dan keredhaan ALLAH hendaknya.


1) Sedih – Rasa sedih kerana pengangguran atau hilang pekerjaan adalah perkara biasa , tumpukan perhatian pada masa depan.

2) Komunikasi – Jangan memendam perasaan – berceritalah pada rakan-rakan atau saudara mara yang dipercayai mengenai masalah anda.

3) Kemaskini Resume – Kemaskini resuma anda dengan maklumat pengalaman pekerjaan yang terkini. Resume hendaklah dicetak atas kertas yang berkualiti tidak lebih dua mukasurat.

4) Kumpulkan Surat Sokongan – Mohon surat sokongan dari bekas majikan , guru-guru atau pemimpin setempat.

5) Hubungan – Maklumkan kepada semua yang kita kenali yang kita sedang mencari pekerjaan. Beberapa pekerjaan boleh didapati mungkin melalui kenalan kita.

6) Buka Mata – Cari Expo Pekerjaan , Seminar , Kumpulan Sokongan yang mungkin boleh membantu anda.

7) Jangan Hanya Bergantung Pada Iklan Di Akhbar – Tahu tidak pada hanya 5% kerja kosong diiklankan di akhbar ? Bina perhubungan atau tanya mana-mana syarikat yang ada kerja kosong atau borang kerja kosong.

8) Firma Swasta – Jadi pekerja sementara jika tiada pekerjaan tetap. Kadang-kadanag pekerja sementara akan diambil sebagai pekerja tetap.

9) Persatuan Bekas Pelajar – Hubungi bekas teman sama belajar kita dahulu samada di sekolah , kolej atau universiti jika mereka tahu ada kekosongan kerja.

10) Khidmat Tentera – Cuba fikirkan perkhidmatan tentera dan lain-lain sebagai satu alternatif. Hubungi pihak ATM peluang untuk menyertai sebagai tentera secara tetap atau sebagai askar wataniah.

11) Skim Latihan – Hubungi agensi kerajaan yang menyediakan skim latihan khusus untuk mereka yang diberhentikan kerja atau menganggur.

12) Internet – Internet adalah cara terbaik untuk mencari kerja. Guna laman web mencari pekerjaan yang banyak terdapat ketika ini.

13) Jadikan Hobi Sebagai Sumber Pendapatan – Hobi kita mungkin menjadi satu sumber pendapatan. Hubungi agensi kerajaan yang berkaitan yang boleh membantu usahawan kecil.

14) Sukarelawan – Luangkan lebih masa menjadi sukarelawan di mana-mana pertubuhan. Banyak pengalaman akan ditimba dan banyak orang yang kita akan kenali. Pastikan pengalaman kita sebagai sukarelawan dinyatakan dalam resume kita. Di Negeri Sembilan saya membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai Sukarelawan AMAL , maklumat lanjut di pautan berikut http://yam-ns.blogspot.com atau http://unitamaln9.blogspot.com

15) Suka-Suka Temuduga – Pergilah hadir mana-mana sessi temuduga bukan setakat suka-suka tapi untuk kumpul maklumat dan meningkatkan kemahiran ketika di temuduga. Pastikan anda tanyakan beberapa soalan kepada penemuduga untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda.

16) Tanya Selepas Temuduga – Jangan fikir jika anda tidak dihubungi selepas temuduga kerja tersebut sudah diambil oleh orang lain – hubungi semula syarikat berkenaan untuk kepastian.

17) Maklumbalas Temuduga – Jika anda tidak diambil bekerja , tanya dengan cara yang baik kepada penemuduga kenapa mereka tidak memilih anda. Adakah kerana kurang pengalaman , bidang pengajian , gaji yang tinggi dan sebagainya. Supaya anda tahu kelemahan anda untuk diperbaiki.

18) Kunjungi Perpustakaan – Buat kajian terhadap syarikat yang anda hendak pergi temuduga atau buat kajian syarikat atau industri yang hampir serupa.

19) Matlamat Harian – Tentukan objektif harian kita berapa syarikat untuk dihubungi setiap hari. Jadikan pekerjaan mencari kerja sebagai pekerjaan anda dan buatkan jadual harian.

20) Bajet Kewangan – Bajet kewangan yang anda ada dan pastikan anda tidak berbelanja melebihi bajet anda.

21) Keutamaan – Bincang dengan ahli keluarga anda mengenai keutamaan harian. Jika perlu hentikan perkhidmatan televisyen berbayar , makan luar , telefon kedua dan sebagainya

22) Pertukaran Kerja – Buat sistem TUKAR (BARTER) samada barter barangan atau perkhidmatan dengan sanak saudara atau rakan-rakan anda. Contohnya anda membersihkan laman rumah kenalan anda dan kenalan anda yang tahu baiki kereta akan baiki kereta anda yang rosak.

23) Tunai Dan Kredit – Jangan bawa wang tunai lebih dari apa yang anda perlukan setiap hari. Juga sorokkan atau batalkan ked kredit anda. Apabila anda keluar berjalan nak tak nak kita akan terdorong membeli sesuatu jika ada lebih wang tunai atau kad kredit.

24) Kaunseling Kredit – Jika anda ada masalah kredit cuba hubungi kaunselor yang menyediakan perkhidmatan percuma. Mereka akan menasihati anda bagaimana hendak menguruskan kredit tertunggak anda seperti memohon rayuan pada pihak bank mengurangkan bayaran ansuran bulanan dan sebagainya.

25) Perkhidmatan Kerajaan – Cari perkhidmatan atau program kerajaan yang percuma seperti kursus , latihan , bantuan makanan dan sebagainya.

26) Bersenam Setiap Hari – Pergilah berjogging. Ianya akan menjadikan anda bertenaga untuk mencari pekerjaan. Untuk umat Islam yang lelaki amalkan solat jemaah di masjid berhampiran.

27) Sentiasa Ceria – Pastikan anda sentiasa kemas , menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Ianya akan menjadikan anda rasa yakin. Sentiasa pastikan pakaian untuk ke temuduga sentiasa kemas dan tersedia dalam almari.

28) Jaga Pemakanan – Makan makanan yang sihat dan jangan makan makanan mengarut. Ianya mempengaruhi sikap anda.

29) Rokok – Fikir wang yang akan anda jimatkan jika tidak merokok. Seorang perokok boleh membelanjakan purata RM 300 sebulan hanya untuk rokok. Rokok membahayakan kesihatan itu Amaran Kerajaan Malaysia. Merokok adalah Haram atau Makruh itu pendapat ulama. Tak ada pula kita pernah dengar merokok itu wajib atau sunat.

30) Belanja Diri Sendiri – Tak salah sekali sekala anda belanja diri anda sendiri , tapi pastikan biarlah berjimat cermat.


INGAT ! Bukan anda seorang yang dibuang kerja atau menganggur. Dibuang kerja, diberhentikan kerja, menganngur adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi kepada mereka yang bekerja. Sentiasa berfikiran positif dan jadikannya sebagai satu proses pembelajaran. Lebih banyak kita berfikiran positif , lebih cerah peluang kita untuk mendapatkan pekerjaan. Befikiran positif ini ialah sentiasa berlapang dada dan redha dan terus berusaha.

Rozmal Malakan , Seremban

http://waghih.blogspot.com


Baca Selanjutnya...

Berita Alternatif - 14 Nov 2008

Polis dan Jabatan Hal Agama Islam tak sepakat dalam isu Ayah Pin. Musa Hassan hari ini berkata polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin kerana Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya sehingga siasatan selesai.

Nazri akhirnya mengakui berbohong di Parlimen apabila menyatakan 6 hakim tidak dipecat tetapi telah ditamatkan tempoh perkhidmatannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.

Kerajaan Selangor mengarahkan keluarga bekas wakil rakyat Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Derus supaya mengosongkan bahagian laman banglonya dalam tempoh sebulan kerana tidak mendapat kelulusan pemilikan. Polis tak mengaku mengkasari Ronnie Liu.

Tiga maut dan tiga parah apabila sebuah bas kilang yang membawa lapan pekerja dirempuh dua buah lori treler dari arah bertentangan dalam kejadian di Kilometer 33.7, Jalan Klang-Teluk Intan.




Baca Selanjutnya...

Tahniah Dato' Sri Ustaz Azizan (MB Kedah)


Dato' Sri Memang best...Memang layak sangat untuk jadi MB. Tahniah dari orang kampung...

Itulah kalam yang boleh orang kampung bagi kat Ustaz. Orang kampung lebih selesa dengan panggilan Ustaz. Jangan marah ustaz sebab tak panggil Dato' Sri. Bila Ustaz buat penjelasan pasai isu kuota perumahan 50% memang REHDA akan terkedu bila dengar dan baca statement Ustaz.

Rakyat akan menyokong penuh kenyataan itu. Dan kalau bukan bumi yang baca pun memang logik tindakan itu.

Isu swapping ini memang orang marhean macam kami ini tak tahu. Mungkin orang-orang politik dan pentadbir tahu dan depa akan buat tak tahu saja sebab orang-orang ini akan menyokong pemaju ini sebab setiap perayaan pemaju akan hantar hamper pi rumah. Mata pun jadi kabur, mulut membisu seribu bahasa.

Penukaran status tanah yang asainya rezab melayu kepada tanah hak milik bebas telah di salahgunakan oleh pemaju. Sepatutnya, tanah rezab melayu untuk menjaga kepentingan dan kemajuan melayu. Tapi bila dah penukaran status tanah berlaku kepada hak milik kekal, depa pemaju ini dah lupa jasa orang melayu dengan mengecilkan % hak melayu dalam kawasan perumahan depa. "Hampa 'chai' lah dengan MB Kedah ini. Lu ingat ini MB tak tahu ka undang-undang dan pentakbiran tahan. Ini orang kampung juga taiko"

Sebab itu kita tengok Ustaz boleh halau depa keluar dari negeri Kedah kalau depa nak sebab Ustaz ada point dan fakta. Ustaz mengambil pendekatan bila isu reda, baru penerangan dibuat. Api merebak jangan disimbah minyak. Tahniah sekali lagi dari orang kampung

Di tulis oleh OrAnG KaMpUnG

http://betuika.blogspot.com/

Baca Selanjutnya...

Senaman YOGA boleh pesong akidah umat Islam

Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.

"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya. Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari. “Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.

“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081029002900/Article/index_html


Baca Selanjutnya...

Parkia Speciosa (Petai)

Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute wor kout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anaemia:
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power :
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report c oncluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see petai as a 'cooling' fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Hol land, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes:
According to research in 'The New England Journal of Medicine, ' eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%'.

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, 'A Petai a day keeps the doctor away'.

ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR

Baca Selanjutnya...

Amalan poligami boleh panjang umur

Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.

Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.

Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.

“Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia. Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus.

“Ini dikenali sebagai ‘kesan nenek’ yang mana bagi setiap 10 tahun seorang wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru.

“Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka,” kata Lumaa. - Agensi

Catatan

Jangan tengok tajuk tu , hayati keindahan isinya , begitulah satu persatu bukti – bukti saintifik dizahirkan , betapa islam itu membawa sesuatu yang indah , baik , sempurna , dan segala – galanya ,

Habis , mengapa wajah poligami di kalangan orang islam , khususnya wanita sangat buruk dan hodoh di Malaysia khususnya dan dunia amnya ???
"


Baca Selanjutnya...

Chikungunya. Bala, musibah atau wabak? Rawatannya?

Ramai mereka yang saya kenal menghidap demam Chikungunya , termasuk ayah saya. Saudara saya di Kg Gadong , Rembau satu keluarga menghidap demam ini. Di Melaka dan beberapa tempat di Negeri Sembilan dengar ceritanya ramai yang diserang demam ini. Ada yang mendapat rawatan di hospital kerajaan, ada yang pergi ke klinik swasta.

Sampai ada yang tak nak balik kampung , kerana takut dijangkiti penyakit ini.

Sejauh mana demam Chikungunya ini sedang melanda Malaysia tidaklah diketahui. Apakah ianya sudah menjadi epidemik atau endimik , juga tidak diketahui.

Apakah demam Chikungunya ini merupakan bala , musibah atau wabak , hanya ALLAH yang Maha Esa yang lebih mengetahui.

Di Malaysia kesedaran rakyat masih amat kurang berkenaan demam ini. Rata-rata penduduk Malaysia sudah semakin kurang bergotong royong , menjaga kebersihan taman perumahan dan kampung-kampung untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk yang menyebarkan demam Chikungunya.

Begitu juga kesedaran apa yang harus dilakukan jika diserang demam ini. Mereka semata-mata bergantung kepada ubat yang dibekalkan klinik dan hospital tanpa mengambil inisiatif untuk mencari kaedah pemakanan yang sesuai untuk menangani penyakit ini.

Antara yang disyorkan kepada mereka yang menghidap demam ini ialah banyak minum air kosong , banyak makan sayur mentah dan buah terutama tomato, minum air barli . minum teh herba. Dikatakan juga air kelapa juga adalah baik untuk rawatan demam Chikungunya ( Rujukan: http://www.ayurvedictalk.com/coconut-water-could-be-the-best-solution-to-chikungunya/806/ )

Penghidap demam ini harus mengelak dari mengambil Aspirin. Juga kurangkan garam dalam makanan , kurangkan gula , kurangkan mengambil susu dan produk dari tenusu , kurangkan makanan yang berlemak atau berminyak. Elakkan minum teh , kopi , air berkarbonat.

Justeru itu semua pihak haruslah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada rakyat Malaysia mengenai demam ini. Walaupun demam ini jarang membawa maut tetapi pesakit yang menghidap demam ini mengalami sakit sendi yang serius dan ada yang ke tahap kritikal sendi bengkak-bengkak sampai tidak dapat bergerak.

Rujukan lain:

http://aches.in/naturalcuresarthritis.html

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20060702055302AASpKqv

http://ailments.in/chikungunya.html

Baca Selanjutnya...

Minyak Turun Harga Barang Naik lagi

Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini (15/10/2008)

Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

1.Semua akhbar perdana menyiarkan tajuk minyak turun di muka depan. Biasalah apabila miyak turun maka pemimpin kerajaan mengatakan ini adalah rasa perihatin kerajaan terhadap rakyat. Waktu menaikan harga minyak ini adalah fenomena dunia dan harga global

2. Masalah yang berlaku ialah minyak turun, harga barang tidak turun. Kalau tidak percaya pergilah ke pasar untuk memberli barang keperluan harian seperti ikan, sayur, kelapa. Harga ikan seperti ikan kembung, ikan selar kuning dulu boleh dapat dalam harga RM6 hingga RM7 sekilo sekarang sudah mencecah sampai RM10-RM12. Ini saya sebut ikan orang rakyat biasa makan. Bukan bapa menteri dan makan.

3. Pemimpin Umno mana dia ambil peduli berapa harga barang keperluan rakyat. Mereka tidak kisah kerana mereka wang banyak. Cuba tanya Pak lah, Datuk Najib, Khairi dan Mukhriz berapa harga sebiji kelapa dia tidak tahu. Mereka tidak kisah. Mereka perlu ambil tahu berapa harga orang itu.

4.Sekarang mereka berebut jawatan dalam semua peringkat dalam Umno. Mana ada agenda kempen mereka untuk angkat ekonomi rakyat dan hedak membela rakyat yang dilanda kesempitan hidup. Mana ada agenda untuk pastikan ekonomi rakyat cukup selesa, perumahan rakyat terbela, jauh sekalilah hendak bincang bab masa depan agama. Yang ada ialah agenda peribadi untuk aku pula berkuasa dan diganti pula dengan kroni aku pula. Kalau kita harap pemimpin yang bertanding samada proksi Pak Lah ke atau proksi Dr. Mahathir ke atau proksi Datuk Najib ke supaya membincang soal kehidupan rakyat ini adalah harapan yang silap. Kalau mengharapkan mereka hendak bincang masalah ini tunggu ikan keli tumbuh sisik

4. Kesilapan yang berlaku ialah kerana kerajaan telah menaikkan harga minyak secara tergesa-gesa, sehingga meningkat bahan api untuk kos pengangkutan dan sebagainya. Maka atas alasan ini peniaga menaikkan harga barang. Mana pergi bijak pandai pemimpin Umno/BN kononnya merekalah yang bijak boleh membahagiakan rakyat. Kenapa mereka tergesa-gesa menaikkan harga minyak dahulu, tidak ada idea lain ke selain daripada menaikkan harga minyak. Sekarang minyak turun barang tidak mahu turun.

5. Biasalah harga barang apabila naik dia tidak turun dah. Macam umur manusia kalau umur 50 tahun dia tidak turun balik ke 45 tahun walaupun makan jamu dan awet muda. Contohnya pada 10/10/ 2008 Dato� Noh Omar umumkan bahawa kadar surcaj 30% tambang bas yang dibenarkan pada musim raya aidil fitri kekal, walaupun pada mula ia hanya untuk tempoh hari raya sahaja. Ini satu lagi projek tradisi menindas rakyat. Cuba bayangkan tambang bas daripada Alor Setar dulu RM30 sudah naik RM39. Menteri tidak ada masalah semua orang bayar.

6. Kita tidak pernah dengar apa plan tindakan secara berkesan sehingga rakyat terasa dengan tindakan kerajaan ini untuk memastikan harga barang keperluan rakyat biasa terbela. Kita juga tidak pernah dengar mesyuarat agung Umno bergaduh kerana idea untuk membela rakyat bawahan dan meningkat taraf hidup rakyat.

Kiriman : Ustaz Haji Idris Haji Ahmad

http://harakahdaily.net

Baca Selanjutnya...

BNM serbu 4 syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

www.utusan.com.my

Baca Selanjutnya...

Laman web lucah mudah dilayari

Pengendali mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari

SEORANG pembaca Berita Minggu terkejut menerima jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang sangat popular terutama di kalangan remaja hanya dua yang boleh disekat.

Selebihnya tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat atau menutup laman web berkenaan.

Khairul Amir yang bimbang dengan perkembangan laman web lucah di negara ini membuat aduan itu kepada SKMM dan menerima jawapan yang mengejutkannya kerana laman web lucah itu bukan saja bebas beroperasi di negara malah mengaut keuntungan besar.

Pengendali laman web pula dikatakan mampu mengelak undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang longgar dan pemeriksaan pengawasan pula hanya dijalankan secara rambang serta berdasarkan aduan.

Katanya, mengikut jawapan SKMM atas aduannya itu, dua lagi laman web disifatkan tidak mempunyai kandungan bercanggah dengan peruntukkan AKM 1998 dan tiada tindakan akan diambil.

Tinjauan mendapati, laman web itu jelas memaparkan gambar ghairah gadis kebanyakan rakyat tempatan serta cerita seks. Sembilan daripada 25 laman web itu pula didapati berpangkalan di luar negara dan tiada sebarang tindakan boleh dikenakan.

Tujuh lagi laman web tidak melanggar kehendak seksyen 211, AKM 1998 selepas didapati pengunjung perlu mendaftar secara sukarela dan menerima pelawaan daripada pengendali web manakala tiga laman web lain meletakkan syarat tertentu kepada pengunjung sebelum dibenarkan melayari kandungannya.

Pengendali laman web mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari. Mereka menyediakan bahan lucah yang membolehkan pengunjung memuat turun dan menonton selain membaca cerita seks.

Bayaran 15 sen yang dikenakan oleh sebuah laman web itu bagi pengunjung mendapatkan akses menonton semua kandungan web. Berita Minggu mendapati, satu daripada web itu mempunyai 4,565 ahli berdaftar tidak termasuk pelawat biasa.

Jika angka itu diambil purata sehari, pengendali web mampu meraih keuntungan lebih RM20,000 sebulan dengan pendapatan RM675 sehari. Kepada pengunjung baru, mereka tetap diberikan akses percuma untuk beberapa klip video sebelum diminta membayar yuran untuk peringkat seterusnya.

Terdapat laman web yang cuma memerlukan pengunjung mendaftar alamat emel sebagai syarat pendaftaran ahli baru. Ada juga yang meminta ahli mengekalkan keahlian dengan syarat mesti menjadi penyumbang bahan lucah termasuk ada yang menggadai 'koleksi peribadi' untuk mengelakkan keahlian.

Mengulas situasi itu, jurucakap SKMM berkata, disebabkan terlalu banyak laman web yang boleh dilayari, sukar bagi mereka memantau secara terperinci dan hanya bertindak berdasarkan aduan dan pemantauan rambang.

"Walaupun AKM 1998 tidak membenarkan penapisan internet, kita masih boleh bertindak mengikut Seksyen 211 atau 233 ke atas web mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu.

"Tetapi disebabkan kita tidak dibenarkan menapis internet, maka penggunaan perisian penapisan di laluan masuk (gateway) oleh pihak pemberi perkhidmatan internet (ISP) tidak boleh dijalankan seperti di Arab Saudi dan China," katanya.

Berhubung 25 aduan berkenaan, katanya satu daripadanya sudah diarah tutup sementara manakala satu lagi dikategorikan tidak aktif termasuk kemungkinan ditutup pemiliknya.

Katanya, penilaian kandungan laman web sama ada berbentuk sumbang, lucah, palsu atau jelik adalah sangat subjektif. Mengikut Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia, tafsiran lucah ialah sekiranya boleh menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya memberahikan dan menyinggung tanggapan adab berhubung kesopanan dan kehormatan.

Ujian kelucahan juga dinilai dengan melihat kepada kandungan itu mempunyai kecenderungan merosakkan pemikiran sesiapa yang terdedah kepada komunikasi berkenaan dengan memberi perhatian kepada adegan seks terlampau atau pornografi, pornografi kanak-kanak dan penghinaan seksual.

Mengenai caj bayaran dikenakan untuk melayari web, katanya, ia jelas melanggar peraturan mengikut Seksyen 233 (2) (a) kerana memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial. Bagaimanapun, bayaran itu tidak dikawal selia dan ia juga tidak boleh dikaitkan sama ada web itu sah atau tidak.

www.bharian.com.my

Baca Selanjutnya...

Agama kita - Apa Sudah Jadi?

Tengok daripada nama website 'Rakansiswa.com'tu mungkin pada anggapan orang adalah halaman untuk mahasiswa/i di M'sia, tetapi kalau itulah anggapan engkorang semua,semuanya salah.

Website itu adalah mengenai 'Siapakah Tuhan?'.Aku mula-mula ingat mungkin website berkenaan adalah untuk orang Islam,tetapi apabila aku teruskan membaca,rupa-rupanya ia adalah website khusus untuk mereka yang berugama kristian.Aku tak nak linkkan website tersebut,tapi kalau engkorang nak tengok sendiri,cuba 'Google' rakansiswa.com,dan lihat sendiri hasilnya.

Aku tertanya-tanya macamana website ni boleh lepas?Setahu aku Malaysia adalah negara yang agama rasminya Islam,dan tak silap aku,artikel 121 melarang penyebaran apa jua bentuk dakwah, agama selain daripada Islam disebarkan dalam negara ini?Kalau aku silap tolong betulkan.Mungkin ada yang berkata,ini Internetlah,dunia tanpa sempadan.

Habis macamana RPK boleh kena ISA,Kickdefella boleh kena soal siasat?Bukankah Kementerian Multimedia dan Telekomunikasi sepatutnya memantau segala kegiatan on-line,dan peliknya kementerian ini diterajui oleh orang Islam?Terang-terangan website ini membicarakan dan mendakwahkan ugama kristian,malah merujuk tuhan mereka sebagai Allah.Setahu aku kes ini masih berjalan di mahkamah iaitu dalam kes samada mereka(penganut ugama kristian) boleh menggunakan nama Allah.

Dan dalam hal ini mereka sepatutnya tidak boleh menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada tuhan mereka,kerana kalau ikut undang2 dunia dan Malaysia,kes ini masih berjalan di mahkamah.Namun kalau ikut Islam,dari mula-mula lagi tak ada kes.Kerana mereka(orang kristian) sebenarnya,memang tidak layak menggunakan Allah untuk merujuk kepada tuhan mereka.

Aku bukannya ulamak untuk membicarakan hal ini,tapi atas akal yang sihat dan iman yang tak seberapa ini,pada aku mereka yang mengaku 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,dan mengaku Muhammad itu Rasullullah' sahaja yang layak mengaku Allah itu khaliq mereka.Jadi pada saudara2 Islam aku,dalam website tersebut ada ruangan untuk bersoal-jawab.Mari kita pakat ramai-ramai soal mereka supaya sampai goyah kepercayaan mereka yang karut-marut itu.Niatkan dalam hati kita untuk menegakkan kebenaran.

Tunjukkan kepada mereka siapa kita Muslimin/Muslimat yang cintakan Allah dan Rasulnya,dan supaya mereka2 ini tidak berselindung di sebalik nama Rakansiswa untuk mempengaruhi anak2 kita. Inshaallah.

www.tranungkite.net

Baca Selanjutnya...

Meransangkan Otak

Apa akan terjadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa kita start? Ia akan semput, susahnya nak start dan kadang-kadang sampai boleh rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang sangka, otak kita kalau selalu sangat digunakan, selalu sangat berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu dan penat sebab terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya kalau anda tahu, otak kita akan jadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Di sini juga adalah sebahagian dari cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Perbanyakkan berfikir mengenai idea-idea baru, cara kita menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategi-strategi baru dalam perniagaan, cara menarik pelanggan, cara mendapatkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota & pen (yang macam buku 555 tu pun takpe) ke mana sahaja. Dapat je idea, cepat-cepat tulis. Kadang-kadang dalam sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, maka lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen ni pula akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Begitu juga dalam hal-hal kerohanian, besar jugak ganjarannya kalau kita fikir, risau & bimbang dengan ummat Nabi saw. Bagaimana semua orang selamat dari neraka & bagaimana semua orang juga dapat gathering bersama di syurga Allah s.w.t. Bagaimana agama Allah jadi makmur macam zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. dulu. Semua ni akan meransang otak.

Cuba anda tengok orang yang teguh agamanya, nampak dia rilek je perasan tak?

Selamat berpuasa untuk hari ke-5!


Baca Selanjutnya...

Ramadan menggamit keinsafan, mengisi bekalan iman dan takwa - Dato' Husam Musa

Ramadan bulan ajaib sudah tiba. Keinginan untuk mendekat, serta merta bertambah. Sebuah tarikan yang kuat. Kita ingin menjadi manusia baru melalui proses The Power of 30 days.

Bulan retreat, segala perlakuan biasa kita, kita tinggalkan pada genap 30 Sya'aban, melangkah masuk ke hari pertama ramadan dengan program komprehensif, bertubi-tubi.

Hari biasa,jadual sarapan, makan tengahari dan malam, kini kita berlapar. Haus.

Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan, lama dan berat. Tidak tertanggung.

Bukankah, timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas Coca Cola di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.

Perut yang kita rajakan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para fuqara�, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.

Hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar, lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan concern and caring?

Paling tidak, anda hulurkan semangkuk kuah, pada jiran anda, kata Rasulullah.

Kita dahulukan dengan sahur. Kita dipaksa, ya, dipaksa 30 hari dalam setahun untuk bangun pada waktu yang sukar, tapi penuh berkat. Waktu Tuhan menjanjikan pengampunan dan kurnia, waktu si mukmin bertekuk ".. pada waktu Sahur, mereka memohon keampunan..." (Surah az Zaariyat, ayat 18).

Al-Quran? Ia 'emel Tuhan untuk kita. Tapi kesibukan kita, atau sebenarnya sikap tak endah kita, kita lupa membaca warkah yang mahal itu. Kita, kita gelarkan diri kita para pejuang Islam, juga lupa mentelaahnya..ah? Ramadan merayu kita untuk berfikir semula tentang Quran dan kita.

Dalam qiam Tarawih yang indah dan dalam sayup suara di mana-mana, alunan Quran membawa kita membacanya dari lembar ke lembar, sehingga tamat.

Suluhan petunjuknya kita sematkan di dada, kisah dan teladan kita telusuri semula, hikmah dan maknanya, kita studi sekali lagi. Harapan dan suruhannya, kita perkukuhkan azam menghayatinya.

Larangannya, kita tidak biarkan ia berlalu tanpa menyentuh hati kita untuk berubah.

Bulan ulangkaji. Bulan koreksi diri. Bulan mengisi tangki bekalan iman dan taqwa. Bulan kesabaran. Jika ada yang mengherdik dan menyakiti hati anda, katakanlah pada mereka, "Saya berpuasa. Saya berpuasa. Saya berpuasa."

Ia tidak mudah. Tapi kan Ramadan itu meninggalkan yang buruk-buruk di pagar harinya yang pertama.

Kata Rasulullah, berapa ramai orang yang berlapar, berdahaga dan berdiri malam, ia hanya sia-sia? Malang sekali. Ini yang seharusnya paling kita takuti. Dalam asyik mengejar ganjarannya, kita terlepas semuanya.

Bukankah ini sahaja sudah cukup untuk mentransform individu dan masyarakat Islam seluruhnya melalui Ramadan al-Karim?

Ahli Parlimen, para Menteri dan pembuat dasar, karyawan, pengarang dan penulis, peniaga, pekerja, berpuasa dengan ingatan ini, mana lagi kacau bilau dan hiruk pikuk yang tidak menentu dalam masyarakat Malaysia kita?

Munasabahlah, Allah menjanjikan keampunan kepada hamba-Nya yang 'berpuasa' dengan keimanan yang penuh.

Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di ramadan-Mu, wahai Maha Pengasih. Jambangannya menghiasi Malaysia Baru dengan pemimpin dan rakyat yang bertakwa, satu masa. Teduhan dan bekalan kami untuk ke syurga-Mu.

Alangkah bahagianya, sekali lagi Engkau izinkan aku menemui ramadan-Mu yang Pemurah.


Baca Selanjutnya...

Tulis semula sejarah untuk perbetulkan fikiran rakyat


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengharapkan agar konsep kemerdekaan dapat diperbetulkan dalam pemikiran rakyat Malaysia dengan adanya penulisan semula sejarah kemerdekaan.

Katanya, sejarah kemerdekaan perlu diperbetulkan khususnya dalam pengajian sejarah di Institusi Pengajian Tinggi dan di sekolah-sekolah.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah pada majlis Ambang Merdeka anjuran Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat, dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pandan di Dataran MPAJ, Pandan Indah, malam semalam.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dan Exco Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi.

Mohamad turut mengharapkan sebagai pengisian kemerdekaan , penonton tidak hanya sekadar dihidangkan dengan filem-filem seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong yang disiarkan saban tahun.

" Tiada sesiapa pun yang berminat untuk membuat filem mengenai pejuang kemerdekaan yang sebenar seperti Ahmad Boestaman, Abu Bakar Bakir, Mat Kilau dan Dr Burhanuddin al Helmy. Dan jika ada pun yang membuat filem seperti ini, barangkali Lembaga Penapis Filem akan mengharamkan filem -filem mengenai pejuang ini kerana mereka yang terlibat dalam penapisan filem ini di kalangan orang Umno.

"Kita bersyukur kepada Allah di atas kemerdekaan tersebut walaupun sejarah kemerdekaan tersebut banyak diselewengkan. Apabila menjelang kemerdekaan, nama Tunku Abdul Rahman disebut sebagai bapa kemerdekaan. Memang kita mengakui Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak mengambil alih kemerdekaan. Kita bukan hendak menafikansumbangan mereka. Tetapi mereka bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar.,"katanya.

Tambahnya, sukar bagi PAS untuk memperbetulkan sejarah kemerdekaan selagi PAS belum menaungi kerajaan pusat.

Sementara itu katanya, sejak ditubuhkan 57 tahun lalu, PAS sentiasa mencari jalan untuk memperkenalkan parti dan jemaah kepada seluruh masyarakat.

"Dr Mahathir pernah menyebut PAS lebih bahaya daripada komunis. Dato' Onn pula pernah menyatakan antara dua gunung, iaitu gunung komunis dan Gunung Semanggol, Gunung Semanggol lebih bahaya. Di Gunung Semanggol inilah lahirnya gerakan Islam Hizbul Muslimin.

"Pelbagai label diberi, terutama label PAS kepada bukan Islam sekiranya mereka memberi sokongan kepada PAS. Begitu juga kepada kaki tangan kerajaan. Biro Tatanegara memainkan peranan menggambarkan betapa buruknya negara jika Umno tidak memerintah selepas merdeka,"katanya.

Dalam pada itu katanya, PAS akan terus bergerak atas landasan perjuangan mengharapkan perpaduan dengan semua kaum akan terus terpelihara.


Baca Selanjutnya...

Usrah itu tak wajib @ wajib?

Abang Hakim, usrah tu wajib ke? “ satu soalan keluar dari peserta muslimat Simposium Nuqaba’ anjuran Rakan Masjid. Kelihatan muka peserta yang lain menanti dengan penuh tanda tanya.

“ Usrah itu wajib dan tak wajib”. Jawab ana dengan tenang dan yakin. “Aik, macam mana pula tu?” Soal pula peserta muslimat yang lain. Ana sudah duga persoalan itu akan keluar. Mulut mengukir senyum. Bagus, stratergi untuk memancing minat mereka bertanya dah mengena.

Begini, usrah itu wajib kepada orang yang menjadi ahli da’wah dan tidak wajib kepada yang bukan ahli da’wah.” Permulaan jawapan yang sengaja dibiarkan berselirat. Ya. Umpan mengena lagi, kali ini dari adik muslimin. “Erm.. macam mana tu abang hakim, bukan ke setiap orang yang mengatakan lailaha illa allah itu seorang daie”. Jelas kelihatan dan keserabutan di muka setiap peserta.

Slot tengahari memang sukar untuk dipenuhi. Mata mudah mengantuk. Badan cepat letih. Sebab itu ana mengambil pendekatan provokasi dalam menyempurnakan slot ketika cinta bertasbih tengahari ini. Slot yang menjemput naqib yang pernah mengendalikan smart group dengan jayanya satu ketika dahulu. Entah kenapa, komiti gatal menjemput ana dan ana pula terlepas cakap memberi persetujuan. Sedangkan, ana bukanlah yang terbaik. Namun, kerana Allah demi Islam, ana galas juga amanah ini.

Ana menjawab, “Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da’wah iaitu orang yang telah berintima’ @ menyertai jemaah islam secara langsung. Sebagai analogi, hanya orang yang mendaftar di university sahaja yang wajib masuk ke lecture. Masyarakat yang tidak mendaftar di universiti tidak wajib untuk masuk ke lecture walaupun umur mereka sebaya.”

Justeru, dengan persetujuan menyertai jemaah islam bererti kita telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jemaah. Perkara pokok sebuah jemaah ialah tarbiyyahnya dan tunjang tarbiyyah ialah usrah.

Menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jemaah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku. “Abang Hakim, maknanya usrah tue tempat kita menuntut ilmu ye?” seorang peserta mengajukan soalan. Ana tersenyum. Bagus, mereka semua bersemangat dan tidak tidur.

“Usrah bukanlah tempat menuntut ilmu!” Beberapa orang peserta kelihatan tercengang dan terkebil-kebil mata. Ana menyambung lagi, “Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah” Kelihatan kerut di beberapa muka peserta. Sengaja ana biarkan mereka terus berfikir.

Sebenarnya usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah.

Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai…. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.

Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah dipopularkan satu istilah, “Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah.”

Muka peserta sudah mula cerah. Awan redup keliru mula berarak pergi. Kini perlu menghuraikan jawapan tidak wajib usrah pula. Peserta semakin tekun dan fokus. Perasaan ingin tahu mereka dicabar. Bagaimana satu soalan boleh ada dua jawapan yang bertentangan?

Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da’wah. Menurut al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad’u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah.

Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da’wah.

Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP, mereka ialah adik-adik smart group. Mereka belum lagi menjadi ahli da’wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.

Rumusan sudah dibuat. Peserta mengangguk-angguk tanda faham. Selepas habis slot tengahari itu, ana pasang satu video klip gambar usrah yang ana kendalikan. Ada yang kehairanan. Tiada pun ‘sut usrah’ yang kami pakai ketika usrah?

Ya, memang tiada set jubah dan serban dalam usrah kami. Wahai adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid semata bukan? Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah adik-adikku.


Baca Selanjutnya...