Protes Sejuta Rakyat Ditukar Ke Stadium MBPJ Kelana Jaya


Perhimpunan Aman Protes Sejuta Rakyat yang dijadualkan pada 6 Julai ini di Padang Timur Petaling Jaya ditukar ke Stadium MBPJ Kelana Jaya.

Penyelaras Gabungan Protes Dr Hatta Ramli mengesahkan penukaran lokasi perhimpunan itu. Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin, perubahan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di kediaman Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim di Bukit Segambut Damansara malam semalam.

Parti-parti Pakatan Rakyat dijangka menggemblengkan sejuta rakyat sebagai tanda bantahan kepada kenaikan harga minyak dan inflasi mutakhir ini.

Stadium Kelana Jaya, terletak berhampiran Tasik Kelana Jaya dan pasaraya Giant, boleh memuatkan 50,000 tempat duduk dan terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong. Padangnya juga boleh memuatkuan jumlah hadirin yang sama.

Hadirin boleh menaiki sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ke Stesen Kelana Jaya atau Taman Bahagia, atau menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL iaitu: U84 Pasar Seni-Kelana Jaya, U86 Bandar Utama-Sri Damansara, U88 Pasar Seni-Kota Damansara dan U89 Stesen LRT Kelana Jaya-Kota Damansara, T623 Stesen LRT Kelana Jaya-Taman Mayang Mas, T624 Kelana Jaya Sunway-Subang Parade dan T625 Kelana Jaya-Stadium MBPJ.


Kenyataan Anwar dan Tiga Setiausaha Agong

ADAKAN PERHIMPUNAN RAKYAT DI STADIUM KELANA JAYA

Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh.

Melihat kepada perkembangan suasana politik semasa Pakatan Rakyat menasihatkan agar Perhimpunan Rakyat yang dijadualkan pada Ahad 6 Julai ini dibuat di Stadium Kelana Jaya. Kami dimaklumkan pihak Protes juga bersetuju dengan cadangan kami ini.

Kami menyeru rakyat yang mendokong perjuangan menegakkan kerajaan yang lebih adil dan telus agar menyertai perhimpunan aman pada hari Ahad ini. Rakyat juga dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ketua Umum PKR

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

YB Dato’ Kamarudin Jaffar
Setiusaha Agung PAS

Datuk Salehudin Hashim
Setiausaha Agung PKR




Ketua AMK: Pindah Atas Sebab Keselamatan - 04 July 2008

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya. Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin. Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam. Ianya disebabkan oleh soal-soal keselamatan dan Perhimpunan Ini Mendapat Kelulusan Polis.

Tarikh dan waktu : 6 Julai 2008 Jam
Bertempat : Stadium Kelana Jaya
Masa: 10Pagi


Datanglah BERAMAI-RAMAI DAN SEBARKAN MESEJ INI!!!

Ubah Sebelum Parah


Keterangan lanjut sila layari blog GERAMM

0 comments: