Menurut "Alexa Top 100 Sites in Malaysia", Laman Web porno mendapat tangga ke-27 sebagai antara laman web yang digemari oleh rakyat Malaysia daripada Ribuan Juta laman-laman web lain yang terdapat dalam dunia maya.
Ini adalah satu fakta yang amat membimbangkan dan mengejutkan. Tidak mustahil 10 tahun akan datang, laman porno tersebut akan mencecah naik ke tangga pertama jika tiada langkah proaktif diambil oleh pihak kerajaan. Ini adalah satu fakta yang amat memalukan rakyat yang majoritinya menganut Agama Islam.
Kita tidak mahu, dalam keadaan tsunami politik yang melanda rakyat Malaysia pada hari ini, dalam masa yang sama, sosio masyarakat Islam jatuh ke tahap yang sangat hina dan memalukan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".
Keadaan ini akan terus berleluasa jika tidak ada tindakan yang tegas dan berterusan melalui penguatkuasaan dan pendidikan. Agensi yang dipertanggungjawabkan seharusnya melihat perkara ini dengan serius kerana keadaan di dalam rangkaian Internet yang berkaitan bahan lucah terlalu banyak. Cukup dengan melayari perkataan "health," "adult" atau "teen," menerpa keluar domain yang berkaitan perkataan tersebut, bercampur di antara memberi faedah dan tidak bermoral. Rantaian itu berterusan tanpa ada batasan.
Apakah sebenarnya yang diingini oleh pengguna dan pembaca e-mail sebegini?
Agak sukar untuk meramal dengan tepat apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh mereka. Jika pelayar Internet ini orang muda, jiwa yang rentan terhadap berlainan seks akan merangsang minda dan tingkah laku menjurus ke arah tindakan yang tidak bermoral, berasa bangga dengan perbuatan tersebut dan tidak rasa bersalah. Pengalaman yang diulang-ulang akan menjadikan fantasi kepada realiti. Bermula dengan melihat gambar lucah, berakhir dengan rogol dan zina.
Wanita adalah mangsa kepada keganasan Internet yang senyap. Penyebaran gambar wanita yang berkeadaan mengaibkan hanya merendahkan martabat wanita bagi jangka masa panjang jika tidak dibendung.
Beberapa langkah boleh dilakukan oleh semua pihak bagi membanteras penyebaran gambar lucah melalui e-mail ini.
Pertama, pihak kerajaan melalui agenda penguatkuasaan harus bertindak dengan lebih aktif, proaktif dan tegas bagi membendung gejala ini daripada menjadi tidak terkawal. Rata-rata anak muda yang bersekolah pada hari ini sudah tahu apa itu Internet dan bagaimana hendak menggunakan Internet.
Kedua, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus bertindak mengawal lesen kafe siber dalam kawasan masing-masing. Tindakan intipan terhadap pengusaha ini yang melanggar peraturan yang ditetapkan hendaklah dilipatgandakan jika perlu.
Ketiga, institusi keluarga sangat besar pengaruhnya bagi mendidik ahli keluarga tentang penggunaan Internet yang beretika dan memberi faedah. Kawalan mikro di peringkat keluarga dapat memberi kekuatan dalaman khususnya kepada anak-anak remaja supaya bijak menggunakan Internet, e-mail dan blog sebagai saluran pembinaan minda yang berkesan.
Keempat, adalah amat mendukacitakan khususnya kepada mereka yang beragama Islam terjebak dalam kegiatan tidak bermoral ini. Justeru, nilai kerohanian dan penekanan kepada pendidikan agama amat penting dalam melahirkan individu yang amanah, ikhlas dan bertanggungjawab.. Kita meyakini bahawa keimanan yang mendalam dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi terhadap penghayatan Islam menjadi faktor utama mendidik insan dari menjauhi perkara yang merosakkan.
Ustaz Dr. Fathi Yakan telah menggariskan panduan umum kepada kita bagaimana seharusnya melayari internet, antaranya:
1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret kepada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.
Ustaz Dr. Fathi Yakan juga mengsyorkan agar di saat kita melayari gelombang internet perlu merasai dirinya berada dalam keadaan ditemani Allah swt. Ini bererti kita hidup dengan kebersamaan Allah swt dalam setiap suasana, urusan, keadaan dan setiap masa. Untuk merealisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.
Institusi Islam seperti Jabatan Agama Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memperbanyakkan usaha dakwah menyedarkan masyarakat dengan menyebarkan risalah, poster, peringatan dalam khutbah jumaat, perbincangan khusus dalam radio IKIM dan pelbagai saranan lagi dilaksanakan dari masa ke semasa.
Keempat, pendidikan formal memasukkan tatacara penggunaan Internet dalam kurikulum. Pemikiran pelajar yang sedang pesat membangun harus ditanam dengan kesedaran untuk mengutamakan faedah menggunakan Internet. Kurikulum ini harus bermula dari peringkat asas sekolah lagi.
Terakhir, kempen pengunaan Internet yang beretika kepada masyarakat awam. Dalam hal ini, usaha TM memasang kain rentang di sesetengah tiang tol dapat mengingatkan pelayar Internet untuk menghindari bahan atau halaman lucah. Ingatan seperti ini seharusnya dibuat berterusan sebagai usaha mendidik masyarakat menjauhi amalan yang tidak berfaedah di Internet.
ALTERNATIF PERISIAN KOMPUTER BAGI MENGEKANG BUDAYA INI DARI MEREBAK :-
Sebuah syarikat yang bernama ParentalTools menawarkan satu perisian komputer percuma yang boleh menyelamatkan ahli keluarga kita daripada bahana bahan porno di internet. Diharap semua pihak termasuk ibu bapa dapat mengambil inisiatif ini bagi membendung gejala keruntuhan moral masyarakat Malaysia pada hari ini.
Perisian tersebut boleh didapati di :-
http://www.parentaltools.net/download_link.html
Pengguna boleh menetapkan password protection di menu setting.
Klik Invisible Mode untuk menyembunyikannya.
Moga-moga dengan alternatif ini sedikit sebanyak dapat melahirkan masyarakat yang bijak menggunakan internet.
Sekian"
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment