Menangkap seorang yang dituduh meliwat seperti juga sepuluh tahun dahulu, memerlukan unit anggota polis bertopeng? Sedangkan pada masa yang sama, pembunuh Altantuya di luar sana masih bebas. Senang ceritanya, beliau mendakwa tangkapan terhadap Anwar terpaksa dilakukan kerana Anwar tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya. Sedangkan Anwar baru sahaja pulang dari memberi keterangan kepada BPR.
Dalam masa yang sama, pengarah ini juga memaklumkan semalam DSAI diberi sehingga pukul 2pm untuk memberi kenyataan kepada pihak polis.(Anwar ditangkap pada pukul 12.55pm iaitu sebelum pukul 2pm). Agaknya inilah gambaran professional yang dinyatakan olehnya.
Keselamatan anggota polis juga dikatakan diberi keutamaan pada masa yang sama. Terlintas di fikiran saya, kenapalah dia orang ini takut sangat kepada DSAI. Adakah selama ini apabila mereka cuba menangkap Anwar akan berlaku peristiwa tembak-menembak atau ancaman nyawa kepada anggota mereka? Adakah seorang tertuduh meliwat itu sangat merbahaya iaitu sama bahayanya dengan Bentong Kali dan Mat Komando?
Pelik dan ajaib rentetan peristiwa-peristiwa minggu ini. Berbohonglah lagi dan lagi dan lagi. Memang rakyat beri duit gaji anda untuk anda berbohong. Rentetan kejadian-kejadian ajaib sepanjang minggu ini.
* Road-block luar biasa diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada Ahad dan Isnin yang menyebabkan kesesakan yang luar biasa. Gambaran betapa professionalnya anggota polis.
* Anwar dihalang dari mendekati bangunan Parlimen. Buat julung kalinya seorang individu dikenakan perintah makhamah supaya menjauhi parlimen. Hairan bin ajaib.
* Debat Anwar-Shabery. Walaupun dihentam teruk, Shabery tetap diberi pujian melambung oleh media-media kerajaan. Media yang bukan kerajaan memberi gambaran sebaliknya.
* Anwar ditarik oleh anggota polis bertopeng. Ada atau tidak seorang yang dituduh meliwat ditangkap dengan menggunakan anggota unit khas? sekali lagi hairan bin ajaib.
* Raja Petra diperintahkan melaporkan diri esok pukul 10 pagi. Pergi jangan tak pergi.
Yang jelas, kebobrokan pemerintah dalam penyalahgunaan kuasa semua jabatan kerajaan begitu jelas sekali. Lalu, siapakah yang diharapkan untuk mengatasi penyalahgunaan kuasa ini. Ingatlah manusia, di dunia mungkin terlepas. Akhirat belum tentu.
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment