Pengeluar Tenaga Bebas (IPPs)

Sebenarnya saya merasa sedikit hairan kenapa media berbahasa melayu jarang menyentuh isu ini. Setelah sekian lama Pengeluar Tenaga Bebas (IPPs) menikmati keuntungan berlipat kali ganda, nilai cukai yang rendah serta penerima subsidi gas terbanyak. Kita seolah-olah lupa bahawa, subsidi kepada IPPs ini juga sebenarnya melibatkan wang kita sebagai rakyat Malaysia.

Kenapa kerajaan begitu cepat bertindak untuk menaikkan harga petrol & diesel? Kurang 12 jam dari pengumuman penstukturan semula subsidi yang dibuat pada 4 June lalu, harga petrol/diesel sudah meningkat lebih 40% di stesyen-stesyen minyak.

Bertambah hairan apabila cadangan kerajaan untuk mengenakan Levi Keuntungan Luar Biasa (Windfall Profit Levy) kepada IPPs masih belum ada khabar berita.

Menurut Laporan Kewangan Tahunan Petronas, IPPs telah menerima subsidi gas terbesar negara dengan jumlahnya sebanyak RM8.1 Billion pada tahun lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang di terima oleh IPPs semenjak tahun 1997 ialah RM35.7 Billion.



Bilangan IPPs [1]

IPPs ditubuhkan untuk membantu TNB membekalkan tenaga electrik selepas berlaku beberapa siri ganguan bekalan yang besar di sekitar tahun 1990an.

Menurut laporan Suruhanjaya Tenaga di dalam laman web rasmi mereka, untuk tahun 2003, Malaysia memiliki 23 buah IPPs di seluruh negara.

Antara IPPs terbesar (selain dari subsidiary TNB) ialah YTL Power yang mempunyai plant di Paka dan Pasir Gudang, Genting Sanyen di Kuala Langat dan Segari Energy Ventures (subsidiary Malakoff) di Lumut. Malakoff juga mempunyai kepentingan sebanyak 90% di dalam Stesyen Janakuasa Tanjung Bin, Johor dengan kapasiti 2100 MW.



4 June 2008 : Pengumuman penstuktiran subsidi oleh PM [2]

Semasa PM mengumumkan penstukturan semula subsidi itu lebih kurang jam 4pm itu. Ada 2 perkara yang menarik perhatian saya.

1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAM
Berkuatkuasa, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

2. SUMBANGAN SYARIKAT PENJANA TENAGA BEBAS (IPP)
IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran. Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukkan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 (Windfall Profit Levy Act 1998), ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik. Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai threshold melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit.

Perkara (1), tidak perlulah kita bincangkan disini, susah ada banyak laporan dan ulasan mengenainya. Perkara

(2), insyaAllah saya akan kupas semudah mungkin.


Berapa keuntungan IPPs? [3]

Sila rujuk rajah dibawah.



p/s : tiada pengesahan mengenai angka-angka diatas. Ia cuma dilaporkan oleh Persatuan IPPs Malaysia (Penjana Bebas) tanpa sebarang sokongan Audit Luaran.

Berapa harga gas yang dijual oleh Petronas kepada IPPs?

Sila lihat rajah dibawah



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Petronas. Gas dijual kepada IPPs dengan harga yang sangat murah. Ada pihak mengatakan, harga gas yang dijual oleh petronas kepada IPPs sebagai “tidak masuk akal”.

Harga pasaran bagi gas asli ialah dilingkungan RM63.17/mmbtu (juta British Thermal unit). Sedangkan Petronas menjual kepada IPPs pada harga RM6.40 MMBTU sebelum dinaikkan kepada RM14.31/mmbtu. Ini bermakna, IPP masih menikmati subsidi sebanyak RM48.86/mmbtu walaupun selepas harga disturkturkan semula.

Jadi, tidak hairanlah IPPs adalah penerima subsudi gas terbesar negara. Dan, tidak hairan jikalau mereka mendapat keuntungan yang berganda saban tahun.

Untuk rekod, 20% gas yang dibekalkan ke semenanjung (termasuk ke IPP) adalah di import dari Indonesia.



Gas yang belum diproses itu di import dari Lapangan West Natuna, Indonesia itu disalurkan melalui platform Duyung di luar pantai Terengganu dan disalurkan ke Gas Processing Plant (GPP) Kerteh sebelum dibekalkan kepada pengguna (termasuk IPPs) di Semenanjung Malaysia melalui sistem pipeline yang dinamakan Peninsular Gas Utility System (PGU System).

Ini bermakna, Petronas membeli 20% gas dari Indonesia dengan harga pasaran, tetapi terpaksa menjual sebahagiannya dengan harga yang sangat-sangat murah kepada IPPs.

Jadi, di dalam urus niaga ini, mengikut perkiraan saya, Petronas mengalami kerugian. Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPPs. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun.


Apa itu windfall profit levy?
[4]

Di dalam bahasa mudah, windfall itu membawa maksud perumpaan bahasa melayu iaitu durian runtuh.



Berapa wang rakyat dapat diselamatkan jika levy ini berkuatkuasa?

Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, sebanyak RM600 juta dapat dikumpulkan jikalau levy ini berkuatkuasa.



Isu hendak menjaga kebajikan 26 juta rakyat Malaysia atau pemegang bond & IPPs?

Saya bukanlah seorang yang pakar untuk memperkatakan tentang system pasaran kewangan dan bond. Namum, tekanan telah diberikan oleh beberapa pihak dari bank, pemengan bond dan IPP sendiri kepada pihak kerajaan agar Levy Keuntungan Berlebihan ini dikaji semula.

Alasan-alasan yang diberikan oleh sekumpulan kecil rakyat Malaysia ini ialah diantaranya, nilai bond IPPs itu akan menurun tarafnya (derating), ganguan kepada system kewangan dan kebolehan IPP situ sendiri di dalam membayar hutang-hutang mereka dan pelbagai lagi.

Diantara individu yang lantang menyuarakan isu ini ialah Ketua Executive CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak. CIMB adalah pengeluar bond terbesar bagi IPPs ini.

IPPs dah untung besar, dapat banyak subsidi, berapa banyak lagi mereka mahu?

Seperti yang kita tahu sebelum ini, IPPs telah menikmati subsidi yang besar dari kerajaan.

Cara perniagaan yang boleh boleh saya katakana sebagai ‘no risk existing” ini cukup mudah. Ini kerana, bekalan yang diberikan kepada TNB akan dibeli tidak kira sebanyak mana TNB pakai, harga bekalan bahan bakar yang dibeli lebih murah dari harga pasaran serta cukai yang rendah. J
ika dilihat dari Laporan Kewangan YTL Power International 2007. Keuntungan sebelum cukai mereka adalah sebanyak RM1,296,757,000. Cukai yang dibayar kepada kerajaan (dalam & luar negara) sebanyak RM27,543,000 (selepas beberapa pengecualian). [5]

Menurut 1 temuramah akhbar The Star dengan bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope. Semasa perjanjian pembelian tenaga (Power Purchase Aggrement – PPA) di buat. Dia hanya diberi seperti, ini harganya, ini jumlah tenaganya dan ini jumlah tahunnya, kamu hanya perlu setuju sahaja. [6]

PPA yang berat sebelah antara IPP dan TNB itu dikatakan menjadi punca Tan Sri Ani meletak jawatan sebagai CEO TNB. Dalam temuramah tersebut, Tan Sri Ani berkata – TNB dipaksa untuk menerima harga yang ditetapkan oleh IPP sebanyak 16 sen seunit (kWh). Jika TNB menerima harga tersebut, TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain. Sedangkan, pada masa itu, TNB sendiri dapat mengeluarkan tenaga elektrik dengan kos 8 sen seunit dan dapat dijual kepada pengguna dengan harga 17 sen seunit.

Berapa agaknya gaji big-big boss IPP ini?

Dari laporan kewangan YTL Power International, imbuhan kepada pengarah-pengarah syarikat mereka adalah seperti berikut adalah seperti berikut :



Dan, ini pula gaji bos-bos di TNB



Jadi, tidak hairan jika kita pernah terdengar ura-ura gaji CEO TNB hendak dinaikkan sebanyak 100%.

Penutup

Sila betulkan maklumat saya jika ada sebarang info yang tidak tepat agar pembaca artikel ini mendapat maklumat yang lebih tepat. Saya juga mengharapkan kerajaan dapat mengkaji semuala kandungan PPA agar ia lebih memberi manfaat kepada pengguna dan rakyat Malaysia.

Terima kasih.



IPPs Tycoon : (ikut arah pusingan jam dari atas): Ahmad Jauhari Yahya, Malakoff Bhd MD; Ahmad Zubir Murshid, Sime Darby Bhd President/CEO; Francis Yeoh of YTL Power International Bhd; T Ananda Krishnan of Tanjong plc; Syed Mokhtar Albukhary of MMC Corp Bhd; Lim Kok Thay of Genting Group


Baca Selanjutnya...

PROGRAM KUTU WANG POS PANDANGAN DARI SUDUT FIQH ISLAM.

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu mereka menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian sepastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

UNSUR-UNSUR HARAM YANG DAPAT DIKESAN.

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, di dapati ianya mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

Unsur Gharar.

Jika dikaji berkenaan program ini di dapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu sepastinya ada permulaan dan sepastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, sepastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

Riba.

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba.
Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan. Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

Judi.
Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada diline bawah mendapat kerugian.

BEBERAPA JAWAPAN KEPADA KEKELIRUAN.

Mereka yang menyertai program ini melihat ianya adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

Sumbangan atas alasan hibah.

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mengsyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.
Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda nabi saw :

كل قرض جرى نفعا فهو ربا

Maksudnya:
"setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat adalah riba".

Dalam masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan. (lihat lampiran).

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut:

العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني.

Maksudnya:
"Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat".

Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhals untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.
Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus.

Firman allah swt :

إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم
Maksudnya:
"melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu".

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias adalah adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara.

Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba.

Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

PENUTUP DAN KESIMPULAN.

Sememangnya setiap transaksi hokum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsure-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, saya mendapati program ini adalah haram disebabkan unsure-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.

Disediakan oleh :
Majlis Perundingan dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan ulama PAS Pusat



Baca Selanjutnya...

Muzakarah PAS-UMNO: Usah Terjerat Dengan Kepentingan Duniawi

Tersentak juga apabila membaca kenyataan media oleh Presiden PAS yang mengakui bahawa telah wujud pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menteri yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Ia merupakan pengesahan kepada dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa muzakarah bersama Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Menurut kenyataan media Presiden PAS, perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Dimaklumkan juga bahawa Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

Dan kenyataan media itu pula diakhirkan dengan perenggan berbunyi

"PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. "

Tuan Guru Nk Abdul ziz selaku Mursyidul AM PAS telah memberikan responnya dengan satu peringatan tegas

"Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan UMNO, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong."

Meninjau tulisan akhi SP wbemaster TKO,

"Saya lebih suka mengatakan kenyataan Presiden adalah menepati keputusan Syura dan Dewan Harian. Pandangan peribadi saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bersetuju, walaupun majlis bersetuju. Banyak kenyataan media beliau adalah pandangan peribadi beliau sebagai seorang yang lama dalam PAS dan juga Muryidur Am."

Jika GB berada sepejabat dengan SP sewaktu mengendalikan laman TKO ini, ada kemungkinannya berlaku perdebatan atau percanggahan pendapat yang ketara di antara kami berdua - satu keadaan yang sama yang pernah dibaakngkan oleh akhi Din Cryptos seaktu menjadi webmaster TKO ini yang bertangungjawab membawa GB menjadi seorang PWM.

Namun perbezaan pendapat sedemikian perlu dilihat dari sudut yang positif, supaya hasilnya turut positif jugak.

Dan apabila GB menyatakan demikian sepastinyalah pembaca TKO dapat menyelami bahawa memang akan wujud perbezaan pandanan GB dengan pandagan peribadi akhi SP seperti yang di boldkan di atas.

GB adalah penyokong PAS dari generasi zaman sebelum PAS menyertai Barisn Nasional pada tahun 1970 lagi. Dan telah mengikuti perkembangan politik Parti Islam SeMalaysia, aktif bersamanya sehingga kini meskipun di dalam cara yang tersendiri.

OK kembali kepada isu sebenar.

Pertama, di dalam kenyataan media Presiden PAS pada awalnya telah dinyatakan bahawa

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Dimaklumkan juga bahawa Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Ironinya, di dalam ayat terakhir kenyataan media Presiden dinyatakan:

"PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. "

Ternyata terdapat perbezaan yang ketara di antara keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang merestui pimpinan PAS bagi mempertingkatkan usaha bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan yang bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia"

Yang saya boldkan itu TIDAK disentuh (tidak direstui?) oleh Majlis Syura Ulamak dan seperti seolah-olah restu Majlis Syura Ulamak dikhianati.

Kedua, di dalam isu sebesar in, pimpinan PAS TELAH menjalankan pertemuan terlebih dahulu kemudian memaklumkan kepada Majlis Syura Ulamak PAS yang pada sudut pandang saya adalah ternyata silap dari sudut tatacara berorganisasi.

Kerana sepatutnya kebenaran dan restu diperolehi terlebih dahulu SEBELUM sebarang pertemuan dan rundingan oleh mana-mana pimpinan PAS dengan UMNO boleh dilakukan. Tetapi yang berlaku ialah pertemuan dan perundingan telah berjalan, Majlis Syura Ulamak dimaklumkan kemudian.

Jelas peranan Majlis Syura Ulamak dikesampingkan malah dilacurkan pada peringkat awal dan apa juga langkah selepasnya yang diambil oleh pimpinan PAS dengan pembelakangan tersebut adalah terbatal dan perlu ditolak.

Meninjau bagaimana PAS era kepimpinan ulamak dinaikkan saya khuatir perkara yang sama berlaku di dalam muktamar PAS yang akan datang ini.

Ahli-ahli PAS yang terdiri dari kaum muda menjadi indikator dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Dato Asri pada Oktober 1982 dengan slogan PAS di bawah ‘kepimpinan ulama’. Kaum muda PAS dipelopori oleh bekas tokoh ABIM dan pimpinan kelab pelajar Islam di luar negara. Bekas pimpinan ABIM ialah Fadzil Mohd. Nor(Timbalan Presiden ABIM), Abdul Hadi Awang(Pesuruhjaya ABIM Terengganu) lantaran tidak bersetuju dengan gerakan nasionalis-islamis pimpinan Datuk Asri ketika itu.

Dan apakah Ustadz Abdu Hadi akan menerima nasibnya pula setelah cuba untuk menjayakan muzakarah dengan Umno ini dengan alasan untuk kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia?

Seterusnya mengenai kenyataan TG Nik Abdul Aziz. Sebagai seorang Mursyidul AM PAS yang mengetuai Majlis Syura Ulamak, kita hairan bagaimana mungkin beliau tiba-tiba dikesampingkan oleh pimpinan PAS Pusat tatkala membincangkan isu sepenting muzakarah ini?

Terus-terang saya menyatakan di dalam banyak hal keputusan Musryidul Am PAS lebih menpati kebenaran dan elah terbukti berjaya.

(Ingat TG Nk Aziz pernah menjadi wakil tunggal PAS di Parlimen tatkala pemimpin lain semua tewas pada tahun 1982!)

Di dalam banyak isu, PAS Kelantan di bawah TG Nik Aziz lebih dihormati dengan idea-idea yang lebih progresif yang akhirnya dituruti langkahnya oleh Kerajaan Pusat.

Demikian juga di dalam senario politik PRU12 yang lalu, tatkala segala serangan ditumpukan kepada Kelantan. Umum mengetahui, TG Nik Aziz berjaya mengharungi gelombang dasyat tersebut dengan caranya untuk mempastikan kerajaan PAS Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan kepimpinan ulamak da hal tersebut gagal dilakukan oleh pimpinan PAS Terengganu yang kini menguasai kepimpinan parti Islam Semalaysia

Apabila ada yang bertanya saya apa kes muzakarah PAS-UMNO ini? Jawapan saya tegas: Ujian Allah untuk mematangkan PAS supaya jangan terjerat sehinga mengutamakan kepentingan duniawi dari ukhrawi!

...sampaikan kebenaran walaupun pahit.

Baca Selanjutnya...

Fadhilat Berpuasa Pada Bulan Rejab

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Baca Selanjutnya...

9 JENIS SYAITAN

Umar al-Khattab berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...



1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Baca Selanjutnya...

Tanda-tanda Orang Munafik

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

"Dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Kenapa kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak beritahu artikel2 yang berunsur agama?

Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka artikel ni untuk luangkan masa membaca?

wallahuaallam


Baca Selanjutnya...

Perilaku anda berdasarkan bulan kelahiran Islam

http://www.islam. com/islamicdates .asp
klik link diatas utk mengetahui tarikh kelahiran anda dalam bulan islam....

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan


MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Baca Selanjutnya...

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


Ihsan:
http://www.al- zuhaily.blogspot .com/

Baca Selanjutnya...

Lalat lebih mengetahui

Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya pada semua umat Islam.) Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara Thai.

Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura. Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam.... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar.

Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?

Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar bila sampai ke distinasinya.

Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN? FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'.

Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini. Sekarang... Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan di pasar...

Ada caranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin... Kerana .. Lalat lebih mengetahui.

Baca Selanjutnya...

Khairy Jamaluddin yang sudah bangkrap....


Tanggal 15hb julai 2008,DSAI ditangkap. Di sebelah malam sehari sebelum itu, DSAI berdebat dengan Menteri Penerangan Malaysia dengan tajuk "hari ini bentuk kerajaan,esok turun harga minyak". Satu debat yang telah berjaya menjadi wadah kepada DSAI untuk menyampaikan mesej jelas kepada ketidakmampuan kerajaan merancang dan meringankan beban rakyat. Debat itu juga telah berjaya mendedahkan pembohongan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia.

Kegagalan Shabery menampilkan hujah dan bukti bahawa kerajaan sudah melakukan segala yang termampu untuk membendung kenaikan harga minyak mengundang padah kepada dirinya dengan desakan dari pelbagai lapisan masyarakat agar dia segera meletakkan jawatan. Namun pada tanggal 15hb.julai 2008 disebelah paginya,Khairy Jamaluddin mengaum di Parlimen,mengulangi apa yang telah dihujahkan oleh Shabery di malam sebelumnya.

Khairy dengan angkuh menyatakan di Parlimen bahawa DSAI berbohong bilamana DSAI menyatakan komintmentnya menurunkan dengan kadar segera harga minyak sebanyak 50 sen bilamana PR membentuk kerajaan.Semua boleh dengar apa yang Shabery katakan bahawa beliau mendengar janji penurunan harga minyak itu sebelum pilihanraya dulu,pada ketika harga minyak sebanyak RM1.92.Janji penurunan sebanyak 50 sen bermakna harga yang diturunkan lebih tinggi dari harga sebelum pilihanraya sedangkan DSAI berjanji untuk menurunkan harga sebelum pilihanraya yang pula bermakna harga minyak yang dijanjikan itu sepatutnya lebih rendah dari RM1.92.Bagi Shabery DSAI telah berbohong kerana janji menurunkan harga semasa lebih tinggi dari harga sebelum pilihanraya.

DSAI kemudiannya menjelaskan penurunan itu adalah langkah awal dengan mengambil kira segala kerosakan,kebocoran dan pembaziran pendapatan negara akibat perbuatan pemimpin BN.Satu penerangan yang jelas dari DSAI dan boleh difahami oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang pendidikan mereka.Tetapi Khairy Jamaludin sebagai MP yang dipilih mewakili Rembau kemudiannya mengulangi apa yang disebut oleh Shabery serta menyatakan DSAI berbohong dengan janji penurunan tersebut.Walaupun Azmin ALi bangun menjelaskan maksud DSAI itu namun Khairy tetap berkeras dengan dakwaannya kerana menurut Khairy rakyat mahukan harga yang dijanjikan sebelum pilihanraya.

Sebenarnya,untuk makluman Khairy rakyat tidak mahu harga sebelum pilihanraya,tetapi rakyat faham dan terima idea DSAI.Khairy Jamaludin sebenarnya berbohong bilamana mengatakan rakyat masih mahukan harga sebelum pilihanraya.DSAI telah menjelaskan bahawa penurunan sebanyak 50 sen itu adalah langkah awal sebelum langkah susulan untuk menurunkan harga selanjutnya diambil,Maknanya pergerakan penurunan harga akan menuju kepada harga sebelum pilihanraya.Itu sudah memadai dari penegasan mahukan harga sebelum pilihanraya sedangkan di pihak kerajaan tidak kedengaran pun usaha dibuat untuk menurunkan harga minyak.Pada Shabery dan kerajaan, semua yang dikatakan oleh DSAI adalah usaha populis untuk meraih sokongan, sedangkan mereka sudah bangkrap idea.Dan yang paling bangkrap ialah Khairy Jamaludin sehingga akhirnya membawa dia berhujah seperti budak sekolah darjah 6,bukannya sebagai lulusan Oxford.

Pernyataan kebangkrapan idea Khairy diperkukuhkan lagi bilamana dia sekali lagi mendakwa DSAI berbohong ketika mengusulkan riizab IPP dikurangkan sebanyak RM2 billion.Kata Khairy kalau rizab itu dapat dijimatkanpun,wang tersebut akan masuk ke TNB bukannya kepada kerajaan.TNB menurut KHairy ialah syarikat awam dan kerajaan tidak ada hak untuk mengambil duit daripadanya.Hujah yang bangang sebenarnya.Dan dengan hujah yang bangang inilah Khairy cuba membangangkan rakyat.Khairy lupa rakyat Malaysia bukan seperti 50 tahun dahulu boleh diperbodohkan dengan kenyataan sebegini.

Hujah Khairy Jamaludin sebenarnya hujah teknikal sahaja atau lebih tepat hanyalah persoalan perakaunan yang tidak harus dijadikan halangan kepada kerajaan yang ingin menolong rakyat.Tetapi kerana keengganan kerajaan "mengkuruskan" sedikit perut mereka,maka hujah sebegini dijadikan alasan.Sungguh bangang dan bangkrapnya Khairy.Sekaligus mengajak rakyat seluruhnya bangkrap.

Khairy Jamaludin,untuk makluman kamu, Malaysia hari ini dipenuhi oleh akuantan bertauliah yang bila bila masa sahaja bersedia untuk mengambil RM2 billion itu dari akuan IPP dan TNB.Kamu Khairy Jamaluddin sudah bangkrap dan sepatutnya hidup sebagai seorang yang bangkrap sepertimana dikehendaki undang undang."

Baca Selanjutnya...

Komen menarik di blog Anwar Ibrahim berkenaan DNA


Setelah pembebasan Anwar Ibrahim dari tahanan dua hari lepas, kita telah mendengar kenyataan demi kenyataan bodoh dari PM, TPM, Syed Hamid dan pemimpin atasan polis yang sebenarnya adalah individu-individu bodoh atau yang buat-buat bodoh atau ingin memperbodohkan rakyat berkenaan isu DNA DSAI. Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa DNA yang ada telah lama dan tidak sesuai manakala Syed Hamid pula seakan-akan ingin menuduh Anwar sebagai orang yang bersalah kerana takut. Ikuti beberapa komen terhadap kenyataan peguam Anwar terhadap isu DNA.

Kenyataan Media Peguam Anwar berkaitan isu DNA.

Kuala Lumpur, Malaysia, 18hb Julai 2008

Kenyataan yang dibuat oleh oleh pegawai kanan kerajaan telah menimbulkan tanda tanya terhadap kredibiliti perlaksanaan undang-undang, serta kemungkinan adanya konspirasi untuk memburukkan kredibiliti dan reputasi anak guam kami. Kenyataan mereka cuba menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan bekerjasama dengan polis.

Kami merujuk kepada komen yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang dimuatkan di muka hadapan akhbar New Straits Times, mukasurat 3 akhbar The Star dan media elektronik serta bercetak lainnya. Syed Hamid seharusnya menyedari beliau tidak seharusnya cuba untuk mempengaruhi perkara ini.

Sebagai seorang Menteri Kabinet, komen Syed Hamid boleh dikira sebagai satu usaha yang menggangu dan campur tangan proses penyiasatan yang sedang dijalankan. Beliau dipetik sebagai menyebut, “Apa yang beliau takutkan? Doktor peribadi beliau boleh hadir bersama sewaktu sampel diberi.”

Selain ia menjadi satu usaha campur tangan yang tidak perlu, komen ini menunjukkan salah faham yang fundamental terhadap apa yang sebenarnya menjadi kebimbangan kami berhubung keterangan DNA.

Perbicaraan tahun 1998-99, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa berhadapan fenomena pemalsuan keterangan DNA. Penolong Pesuruhjaya Kanan Rodwan telah secara salah memindahkan sampel DNA yang ada dalam simpanan forensik. Dalam pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaraya yang berjaya mendedahkan DNA yang diambil dari sampel darah tersebut telah ditanam di tilam yang terkenal itu. Bila berhadapan dengan fakta ini, pihak pendakwaraya telah meminda pendakwaannya dan meyakinkan Hakim Augustine Paul untuk membuang seluruh keterangan DNA dari rekod, menghalang peguam Datuk Seri Anwar dari menghujah balas.

Individu-individu yang dikaitkan dengan pemalsuan bukti-bukti sepanjang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tahun 1998-1999, ialah Gani Patail, Musa Hasan dan Rodwan, mereka masih merupakan aktor penting kes sekarang, cumanya, hari ini, mereka berada di posisi yang lebih berkuasa dalam aparatus perlaksanaan undang-undang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sebab yang kukuh untuk mempercayai kemungkinan keterangan DNA akan dipalsukan sekali lagi. Ini adalah munasabah kerana petuduh masih dibawah jagaan pihak polis semenjak dari 28 Jun 2008 lagi, dan pihak polis masih memiliki DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kes yang lalu.

Kebimbangan anak guam kami, tidak sebagaimana yang Syed Hamid percaya, hanya dengan menyerahkan sampel DNA melalui doktor peribadinya mahupun pakar forensik asing, ianya akan selesai.

Hanya jika ianya dapat diverifikasikan serta disahkan secara bebas, bahawa semua pemeriksaan kesihatan dan sampel yang diambil dari petuduh mestilah diambil secara profesional serta tanpa sebarang campur tangan dari pihak polis, barulah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan untuk turut serta dalam sebarang analisis DNA.

Kami ingin mengulangi di sini tidak ada sebab serta justifikasi yang munasabah untuk bergantung kepada analisis DNA kerana laporan polis yang dibuat oleh petuduh masih diselubungi kerahsiaan dan segala bukti yang menyokong tuduhan tersebut tidak dibenarkan buat kami untuk membaca serta melihatnya.

Adalah salah untuk mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan untuk bekerjasama dengan pihak polis. Beliau bersetuju untuk menemui pihak polis pada tarikh dan waktu yang diatur. Beliau juga telah memberi kenyataan panjang yang mengambil masa selama 5 jam, juga membenarkan secara sukarela agar seluruh badannya diperiksa dan bahagian sulitnya diukur, bercanggah dengan sumber yang tidak bernama yang dipetik hari ini oleh New Straits Times pada mukasurat 6.

Kami juga ingin menegaskan di sini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi keterangan yang panjang walaupun dia boleh untuk kekal diam kerana itu adalah haknya mengikut undang-undang dan juga kerana Datuk Seri Anwar masih tidak tahu isi kandungan salinan laporan polis petuduh tersebut.

Sivarasa Rasiah
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komen Terpilih Pengunjung Blog DSAI

Saudara Anwar Ibrahim!My 2 pence worth:
1.Like in a Rape Matter, within 24hrs/max 48hrs of the “incident”, the victim if she reports to the Police, The Rape Crises Unit, will take her for a thorough Medical Examination.
2.The Medical Examination will ascertain inter alia, if there is/are present “foreign”{other then the victim’s}sperm,pubic hair etc.
3.If there is not such, then NFA.
4.If there is, then the victim points to the perpetrator.
5.WITHOUT collateral evidence, the Police CANNOT extract any form of “samples” from the “perpectrator”.
6. The investigators must then only record a statement from the so called “perpectrator” and then hand over the findings to the DPP for a decision.
7.The DPP must weigh the evidence by the Investigators and only if satisfied that there is a case, where prima facie there is evidence, can The DPP order to charge.
My analysis:
1. The Investigators must have taken all the necessary FORENSIC evidence from Saiful.
2. The Investigators must inform you/yr solicitors of the FIR[by Saiful}as per the Criminal Procedure Code.
3. The “Order to Arrest” which is always immediately follows the Order to Charge must be complimentary.
4. The Police must be willing to hand over the Forensic Evidence to you for your Independent Experts to compare yr DNA for consistencies!
Your cannot be “Ordered” to give your DNA, for Godsakes!
I am reliably informed:
1. Saiful’s Fiance’{who has a fetish for shoes} is the daughter of the PA to Datin R!
2.I am reliambly informed that the “condo” in Damansara on Thursday when the so called incident took place, was a meeting of many Honchos with you!
Anyway!
1. We know the 1998 nonsense!
2. We know there are “frightened” persons after 08/03/08

That’s my 2 pence worth Saudara!
From 1975{and u & all of us did not critize Tun Razak &/or Petronas!}, we have been patient!

Godspeed!
jeyapalantsmahesan.blogspot.com

Baca Selanjutnya...

Anwar: Buktikan 'siapa rogol siapa' - Jul 19, 2008

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

"Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

"Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

Ketika menyampaikan ceramah politik di Cheng, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

'Beralas simen'

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya "corrobotive evidence" (bukti yang memberi pengesahan).

"Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil...ingat," katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.

Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lalu.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau "Osama Laden" .

"Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," katanya.

Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

Lihat video

Baca Selanjutnya...

Dr Wahbah Zuhaily: Islam Hadhari Sesat Dan Menyesatkan

Sah! Ia sesat lagi menyesatkan. Demikian tokoh ulama' tersohor masa kini menjawab ketika diajukan soalan oleh student Malaysia di Syria mengenai Islam Hadhari Malaysia . Dr Wahbah Az Zuhaili sangat dikagumi di seluruh dunia kerana keupayaannya menyusun ensiklopedia Fiqh berjudul Fiqh Islami Wa Adillatuhu yang membincangkan kesemua aspek Fiqh Islam dan menjadi rujukan kepada umat Islam seluruh dunia.

Beliau juga dikagumi kerana keupayaannya menyusun Tafsir Al Munir yang menafsirkan Al Quran 30 juzuk dengan tafsiran lughawi, asbabunnuzul, syarah ayat dan fiqh serta pengajaran yang hebat.

Beliau telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia dalam misi lawatan sama ada jemputan oleh kerajaan, mahupun pihak lain.

Apa yang menarik, dalam dialog dengan pelajar Malaysia itu, beliau berkata, "Saya sangat rindukan Syeikh Abd Hadi Awang...."

“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.

Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.

Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.

"Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki)," jelas Sheikh Wahbah lagi.

Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.

"Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari", jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.
Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.

Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.

Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia . Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.

Sebelum maghrib semalam penulis sempat berjalan beriringan berdua dengan Dr Wahbah untuk ke jame kuaiti(Jame Othman) di dimasyq. Setelah mengetahui saya dari Malaysia, dia bertanya khabar sahabatnya Sheikh Abdul Hadi Awang

Mungkin beliau belum sempat bertemu Tok Guru Haji Hadi selepas kemenangan pilihanraya baru-baru ini. Malam ini Sheikh Wahbah berjanji untuk bertemu kami rombongan dari Malaysia selepas maghrib

Nantikan khabar pertemuan seterusnya, terutama sekali pandangan Sheikh terhadap Islam Hadhari , Malaysia sebagai Negara Islam dan doa Sheikh memohon kejatuhan pemimpin yang zalim sebelum pilihanraya lalu.

Baca Selanjutnya...

Ingatlah! Doa orang yang teraniaya tiada hijab drp Allah s.w.t

Menangkap seorang yang dituduh meliwat seperti juga sepuluh tahun dahulu, memerlukan unit anggota polis bertopeng? Sedangkan pada masa yang sama, pembunuh Altantuya di luar sana masih bebas. Senang ceritanya, beliau mendakwa tangkapan terhadap Anwar terpaksa dilakukan kerana Anwar tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya. Sedangkan Anwar baru sahaja pulang dari memberi keterangan kepada BPR.

Dalam masa yang sama, pengarah ini juga memaklumkan semalam DSAI diberi sehingga pukul 2pm untuk memberi kenyataan kepada pihak polis.(Anwar ditangkap pada pukul 12.55pm iaitu sebelum pukul 2pm). Agaknya inilah gambaran professional yang dinyatakan olehnya.

Keselamatan anggota polis juga dikatakan diberi keutamaan pada masa yang sama. Terlintas di fikiran saya, kenapalah dia orang ini takut sangat kepada DSAI. Adakah selama ini apabila mereka cuba menangkap Anwar akan berlaku peristiwa tembak-menembak atau ancaman nyawa kepada anggota mereka? Adakah seorang tertuduh meliwat itu sangat merbahaya iaitu sama bahayanya dengan Bentong Kali dan Mat Komando?

Pelik dan ajaib rentetan peristiwa-peristiwa minggu ini. Berbohonglah lagi dan lagi dan lagi. Memang rakyat beri duit gaji anda untuk anda berbohong. Rentetan kejadian-kejadian ajaib sepanjang minggu ini.

* Road-block luar biasa diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada Ahad dan Isnin yang menyebabkan kesesakan yang luar biasa. Gambaran betapa professionalnya anggota polis.

* Anwar dihalang dari mendekati bangunan Parlimen. Buat julung kalinya seorang individu dikenakan perintah makhamah supaya menjauhi parlimen. Hairan bin ajaib.

* Debat Anwar-Shabery. Walaupun dihentam teruk, Shabery tetap diberi pujian melambung oleh media-media kerajaan. Media yang bukan kerajaan memberi gambaran sebaliknya.

* Anwar ditarik oleh anggota polis bertopeng. Ada atau tidak seorang yang dituduh meliwat ditangkap dengan menggunakan anggota unit khas? sekali lagi hairan bin ajaib.

* Raja Petra diperintahkan melaporkan diri esok pukul 10 pagi. Pergi jangan tak pergi.

Yang jelas, kebobrokan pemerintah dalam penyalahgunaan kuasa semua jabatan kerajaan begitu jelas sekali. Lalu, siapakah yang diharapkan untuk mengatasi penyalahgunaan kuasa ini. Ingatlah manusia, di dunia mungkin terlepas. Akhirat belum tentu.

Baca Selanjutnya...

Benarkah Saiful Bukhari Azlan tinggal di kondominium mewah RM2.2 juta?

Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.

Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

"Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.

Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.

"Adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat TPM (Timbalan Perdana Menteri), untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka," katanya.

Sumber diperolehi

Baca Selanjutnya...

Mari kita kaji dua situasi perundangan yang berbeza ini

Pertama, bagi kes pertuduhan “liwat” Anwar Ibrahim (defendan) dengan Saiful Bukhari Azlan (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Anwar Ibrahim (defendan) telah diminta keterangannya dan kemudiannya ditahan @ direman oleh pihak Polis. Ini adalah situasi biasa dimana defendan biasanya akan ditahan reman bagi memenuhi kehendak siasatan. Situasi ini tidaklah pelik dan ianya selari dengan keperluan undang-undang.

Kedua, bagi kes pertuduhan “persekongkolan untuk membunuh” melibatkan tiga (3) defendan iaitu, Rosmah Mansor, Aziz Buyong dan Norhayati Hassan dengan Raja Petra Kamarudin (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Raja Petra Kamarudin (plaintif) pula yang diambil keterangan malah seterusnya ditahan reman oleh pihak Polis.

Ini adalah satu situasi yang pelik kerana sepatutnya para defendanlah yang sewajarnya ditahan reman dan disiasat oleh pihak Polis. Tindakan pihak polis ini nampaknya tidak selari dengan keperluan undang-undang Malaysia.

Ini semua menunjukkan bahawa terdapat kuasa-kuasa (tangan ajaib) yang mungkin terlibat dalam mencaturkan urusan perundangan dan keselamatan negara. Apa yang pastinya, kita boleh lihat bahawa akan terdapat penahanan dan pendakwaan terpilih dilakukan oleh pihak Polis.

Sewajarnya pihak PDRM mengendalikan kedua-dua kes ini dengan profesional namun dari pengalaman yang lampau kita boleh lihat bahawa ianya tidak akan berlaku.
Pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) wajar membuat satu siasatan terbuka untuk memastikan tiada unsur-unsur rasuah dalam kedua-dua kes yang dinyatakan diatas.

Yang pasti, sistem perundangan, siasatan dan kehakiman Malaysia sedang dan telah mengalami kemerosotan yang melampau sehinggakan menjadi satu bahan lelucon diperingkat tempatan dan antarabangsa. Selagi mana perkara ini berlaku di Malaysia, saya pasti para pelabur asing akan menjauhkan diri mereka dari melabur di Malaysia kerana pastinya mereka tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada sistem perundangan dan kehakiman Malaysia.

Kini anda dan saya boleh lihat betapa banyak pelabur asing telahpun memindahkan operasi mereka ke negara lain terutamanya Thailand, Vietnam, China dan Taiwan.

Baca Selanjutnya...

MINYAK DAN SHABERY PATUT TURUN !!

Rakyat Malaysia telah melihat perdebatan harga minyak malam tadi. Siapapun tak boleh menafikan bahawa DSAI bukan lawan Menteri Penerangan. Beberapa perkara yang menjadi persoalan saya dengan debat ini.

*Datuk Shabery Chik seperti pihak yang mewakili parti Melayu S46 bukan mewakili Kerajaan. Shabery sepatutnya menguasai data, kerana segala data peningkatan kos yang dibelanjakan, kemana akan disalurkan dari penjimatan, lansung tidak disentuh secara khusus oleh Shabery dalam debat tersebut.

*DSAI secara jelas memberikan formula penurunan harga minyak sebanyak 50 sen dengan perbelanjaan sebanyak 5 bilion, beliau turut mengemukakan bagaimana 5 bilion itu boleh didapati hasil dari penjimatan. Beliau juga menghuraikan satu persatu kaedah penjimatan itu, melalui IPP, kawalan kebocoran dan ketirisan dan hanya 1 bilion dari dividen yang diberikan Petronas.

*Debat ini juga mengambarkan bahawa kerajaan tidak punya wakil untuk membicarakan isu minyak sedangkan menteri yang berkaitan khusus adalah menteri kewangan atau menteri pengguna (KPDNHEP), yang pasti Paklah, Nor Mohamad Yakob dan Shahril Samad adalah mereka yang GAGAP dalam isu minyak.

*Yang menjadi persoalan kenapa Shabery Chik tidak lansung menyentuh insentif yang diberikan Kerajaan kepada pengguna kenderaan melalui bayaran tunai dipejabat POS. Berapa jumlah dan keseluruhan yang dibelanjakan untuk rakyat. Saya jangkakan bahawa Menteri Penerangan telah diingatkan agar jangan menyentuh isu insentif ini kerana ia akan membuka ruang untuk DSAI untuk mengaitkan POS dengan Khazanah Nasional dan ECM Libra….

*Kesilapan besar Shabery apabila beliau menyatakan bahawa Petronas berjaya sehingga hari ini adalah kerana UMNO dan BN sedangkan beliau lupa bahawa entiti perniagaan itu berjaya kerana ketelusan dan pengurusan yang cekap. Bayangkan kalau budaya UMNO meresap dalam Petronas…Lingkup…

*Yang terakhir saya lihat, Menteri Penerangan mengungkapkan kejayaan Petronas kerana usaha yang dibuat oleh Tun Razak dan Dr Mahathir, Menteri Penerangan lupa bahawa dia sedang menggali kubur sendiri, Khairy dan Kamaludin pantang dengar ayat ini.

Baca Selanjutnya...

Hak seseorang dijamin di bawah undang-Undang Islam - Nik Aziz

Sesuatu hukuman yang adil hanya dapat diwujudkan berdasarkan sesuatu keterangan yang tepat dan pembuktian kukuh, kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, keterangan yang tepat dan pembuktian yang kukuh dapat dicapai berdasarkan prinsip undang-undang ditetapkan Allah Taala.

Selain itu katanya usaha menegakkan keadilan hanya akan menjadi kenyataan apabila undang-undang ditafsir oleh hakim yang mempunyai kelayakan dan kewibawaan.

�Dalam sesuatu perbicaraan dan proses keterangan adalah penting. Keteranganlah yang dapat menjelas dan menerangkan keadaan sesuatu kes.

�Sesuatu kes tidak dapat diselesaikan tanpa adanya keterangan yang benar. Sebab itulah tujuan sesuatu undang-undang ialah mencapai keadilan dengan memberikan hak kepada yang berhak,� katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, terdapat banyak ayat Al-Quaran yang memerintah supaya umat Islam memberi keterangan dengan jujur dan benar.

Dan dalam masa yang sama katanya, Islam mencela dan mengecam mereka yang tidak mahu memberikan keterangan atau cuba menyembunyikan sesuatu fakta.

�Allah swt memerintahkan umat Islam supaya berlaku amanah serta adil dalam semua urusan termasuk dalam memberi keterangan di mahkamah.

�Memberi keterangan bererti menyampaikan amanah, berlaku adil dan menjadi saksi kepada Allah swt,� katanya.

Menurutnya keadilan yang dikehendaki Islam bersifat mutlak tanpa mengambil kira perbezaan bangsa, bahasa, jantina, sempadan negara, kebudayaan dan politik.

Kata beliau konsep keadilan tidak berubah walau pun keadaan dan masyarakat sudah berubah.

�Islam telah menetapkan prinsip etika (adab al-Qaadhi) yang mesti dipegang teguh serta dihayati semua hakim,� katanya.

Beliau juga berkata, antara prinsip etika hakim Islam ialah perlu menghukum atau menjatuhkan hukuman terhadap pesalah dalam keadaan tenang, tidak dalam keadaan marah dan tidak terlalu lapar.

Sebaliknya seseorang hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman ketika mengantuk yang keterlaluan, terlalu dukacita atau terlalu gembira.

�Hakim tidak boleh terpengaruh oleh orang-orang di sekeliling, hakim perlu memberi layanan yang sama dan cuba mendamaikan sebelum menjatuhkan hukuman serta memuliakan saksi dan tidak memanjangkan perbicaraan tanpa keperluan.

�Seseorang hakim perlu bebas membuat keputusan tanpa diganggu oleh sesiapa. Tugas hakim berusaha untuk merealisasikan keadilan dan dalam masa yang sama mengelak dari berlaku kezaliman,� katanya.

Sehubungan itu beliau berharap semua pegawai kehakiman menjalankan tugas dengan amanah dan tekun.

Katanya juga untuk mendapatkan keadilan dan mengelakkan kezaliman, seseorang hakim hendaklah menjalan tugas dengan baik, mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan agama.

Baca Selanjutnya...

Liwat dan qazaf dari perspektif Islam

Tulisan ini dipetik daripada buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam.

Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat

Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar (Pengakuan)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."

Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):

"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oleh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):

"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."

2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):

"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."

3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.

4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.

5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."

Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."

Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.

2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.

Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.

2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.

3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.

4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.

Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf

2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.

3. Islam, mengikut jumhur para ulama.

4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.

5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.

Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:


1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.

Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.

Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.

2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.

Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.

Baca Selanjutnya...