Politik Damai: Memahami Hasrat Presiden Pas


Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mencadangkan kepada semua parti politik supaya mewujudkan "politik damai" berikutan situasi tidak menentu politik semasa tanahair. Hasrat tersebut dinyatakan menerusi satu perbualan telefon antara beliau dengan stesen televisyen Astro Awani malam tadi.

Idea ini bukan baru malah pernah dbuat di Indonesia selepas era kejatuhan Suharto dimana BJ Habibie yang dilantik selepas itu mewujudkan kerajaan perpaduan yang disertai oleh banyak parti politik indonesia walaupun berbeza ideologi. Kesannya juga bukan sedikit. Masalah demokrasi, menentang rasuah dan pemulihan ekonomi sangat jelas halatujunya. hayatnya mungkin tidak lama. mungkin 2-3 tahun sahaja seperti zaman Habibie dulu.

Ini akan sedikit sebanyak dapat menurunkan suhu politik semasa dan pada masa yang sama dapat menumpukan perhatian kepada usaha-usaha mengukuhkan ekonomi negara yang terkesan dengan kejatuhan ekonomi global.

Menurut Tuan Guru,pengwujudan kerajaan perpaduan ini tidak bermakna mengorbankan ideologi politik parti gabungan kerana selepas itu, semua parti politik akan bertembung sekali lagi dalam PRU 13. Usaha ini juga jangan dilihat sebagai usaha awal Pas menyertai BN kerana rata-rata ahli/penyokong Pas tidak bersetuju dengan idea ini.



0 comments: