Fungsi Kekunci F1 Hingga F12

Adakah anda tahu fungsi kekunci F1 sehingga F12 yang terdapat pada papan kekunci komputer anda?? Bagi diri penulis, hanya beberapa kekunci tersebut yang penulis tahu akan fungsinya. Justeru, penulis telah membuat carian untuk mengetahui apakah rahsia yang terdapat disebalik kekunci tersebut. Jika anda juga berminat untuk mengetahui tentangnya, mari kita selongkar bersama.

Berikut ialah fungsi² butang kekunci F1 sehingga F12.

F1
Almost always used as the help key, almost every program will open the help screen when this key is pressed.
Windows Key + F1 would open the Microsoft Windows help and support center.
Open the Task Pane.

F2
In Windows commonly used to rename a highlighted icon or file.
Alt + Ctrl + F2 opens a new document in Microsoft Word.
Ctrl + F2 displays the print preview window in Microsoft Word.

F3
Often opens a search feature for many programs including Microsoft Windows.
Shift + F3 will change the text in Microsoft Word from upper to lower case or a capital letter at the beginning of every word.

F4
Open find window.
Repeat the last action performed (Word 2000+)
Alt + F4 will close the program currently active in Microsoft Windows.
Ctrl + F4 will close the open window within the current active window in Microsoft Windows.

F5
In all modern Internet browsers pressing F5 will refresh or reload the page or document window.
Open the find, replace, and go to window in Microsoft Word.
Starts a slideshow in PowerPoint.

F6
Move the cursor to the Address bar in Internet Explorer and Mozilla Firefox.
Ctrl + Shift + F6 opens to another open Microsoft Word document.

F7
Commonly used to spell check and grammar check a document in Microsoft programs such as Microsoft Word, Outlook, etc.
Shift + F7 runs a Thesaurus check on the word highlighted.
Turns on Caret browsing in Mozilla Firefox.

F8
Function key used to enter the Windows startup menu, commonly use to get into Windows Safe Mode.

F9
Opens the Measurements toolbar in Quark 5.0.

F10
In Microsoft Windows activates the menu bar of an open application.
Shift + F10 is the same as right-clicking on a highlighted icon, file, or Internet link.

F11
Full-screen mode in all modern Internet browsers.

F12
Open the Save as window in Microsoft Word.
Shift + F12 save the Microsoft Word document.
Ctrl + Shift + F12 prints a document in Microsoft Word.

Semoga ianya bermanfaat buat anda.

Baca Selanjutnya...

Projek penswastaan Selangor rugi lebih RM35 bilion - MB

Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan projek-projek usahasama yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor tidak menguntungkan, sebaliknya kerajaan negeri terpaksa menanggung risiko yang tinggi hasil keuntungan yang tidak menentu.

Menurut beliau, ia ekoran daripada pembelian tanah yang dilakukan oleh kerajaan BN-Umno melalui perjanjian usahasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat swasta.

"Beliau kesal kerana pemaju mempunyai kuasa terhadap tanah apabila kerajaan negeri membeli tanah melalui PNSB dengan pegangan 30 peratus manakala pemaju tanah Sepang Bay Sdn.Bhd sebanyak 70 peratus.

Saya telah meneliti semua perbelanjaan negeri malangnya segala kekayaan itu tidak dapat disalurkan kepada rakyat ekoran kerugian melebihi 35 bilion," katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Dalam sesi soal jawab lisan, Adun Batu Caves (KeADILan) minta penjelasan tentang syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti PKNS dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang ada membuat projek pembangunan yang dijalankan secara usahasama dengan syarikat swasta.

Menjawab soalan tersebut, Khalid menjelaskan, antara syarikat projek usahasama yang terlibat Sepang Gold Coast Sdn.Bhd. (Usahasama antara Sepang Bay sdn.bhd. dan PNSB).

Katanya, syarikat tersebut bercadang membina pembangunan berkonsepkan pelancongan di atas tanah seluas 3,686 ekar di daerah Sepang dan 935 ekar di Kuala Langat.

Beliau menjelaskan, sebahagian daripada pembangunan Sepang Gold Coast melibatkan penggunaan teknologi on-stilt (bangunan atas tiang) iaitu menanam cerucuk di atas tanah laut yang melibatkan kos tinggi.

Manakala syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. pula bercadang membina dan menyiapkan pusat membeli belah, pejabat dan kediaman di atas Precint 2.9 seksyen 14, Shah Alam dengan keluasan tanah 3.475 ekar.

Malangnya menurut beliau pembinaan itu belum dapat dibina sejak perjanjian usahasama ditandatangani 21 November 2002.

Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar (PAS) mengajukan soalan tambahan, apakah kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan sistem yang diamalkan oleh kerajaan dahulu, BN.

Khalid menjawab; "Saya telah minta semua syarikat PKNS, PKPS tidak lagi membuat perjanjian usahasama sehingga semua usahasama yang ada diselesaikan."

Menurut beliau, kerajaan BN telah menyerahkan kuasa tanah pada syarikat-syarikat tersebut dan kerajaan negeri hanya memperolehi 6 peratus keuntungan daripada usahasama itu jika berjaya.

"Semua pengusaha syarikat itu telah lari dan perkara ini amat serius," tegas beliau.

Beliau turut simpati dengan ketakutan pegawai terlibat yang mengigil ketika menyerahkan minit berhubung pembelian tanah.

"Saya mempertikaikan tentang perjanjian pembelian tanah itu yang agak cepat, malangnya pegawai tersebut hanya menjawab; "Saya ikut arahan." - mns

Baca Selanjutnya...

Mari kita serbu Parlimen!


Dalam bisik-bisiknya, Awang Selamat merungut seperti berikut:

Apa sudah jadi dengan keadaan di bangunan Parlimen kita? Sejak penggal baru persidangan Dewan Rakyat bermula bulan lalu, suasana lobi Parlimen jauh berubah.

Lobi Parlimen sepatutnya ruang yang dihadkan untuk Ahli Parlimen dan mereka yang berkenaan atas tujuan tugas seperti pegawai kementerian dan wartawan.

"Tetapi kini hampir semua orang boleh berada di situ. Ada yang mahu menyebarkan risalah, menyerahkan memorandum dan berhimpun untuk mendesak kerajaan, menjadikan suasana hingar-bingar.

NGO tertentu seperti HINDRAF boleh mengadakan sidang akhbarnya, malah sampai ke tahap mengadakan majlis hari jadi di situ, sebagaimana yang ber- laku semalam.

Awang geleng kepala macam tidak percaya. Maka tidak hairanlah ramai yang menganggap kawasan Parlimen kita seperti pasar dan kelab sukaria. Mungkin kita tidak peduli tentang aspek keselamatan dan eksklusif Parlimen sebagai bangunan strategik.

Rasanya tidak ada negara lain membenarkan keadaan sedemikian di bangunan Parlimen atau Senat mereka.

Jika begini keadaannya, jangan terkejut kalau ada kumpulan manusia yang pelik-pelik akan berkampung di situ se- lepas ini.

Awang � Banyak geleng kepala.

Ini negara demokrasi. Awang Selamat ada hak demokratik untuk merungut. Akhbar Awang Selamat juga menyiarkan berita bertajuk "Lobi Parlimen jadi kelab suka ria". Tidak mengapa. Itu juga hak demokratik mereka.

Saya pun pergi Parlimen semalam. Hantar seorang ahli Parlimen. Memang ramai rakan-rakan dari kaum India.

Walaupun sekejap sahaja saya pergi, seingat saya, rakan-rakan dari kaum India itu hanya menziarahi para pemimpin yang bersimpati dengan mereka. Mereka tak buat kacau apa pun. Kalau nak dikirakan, keadaan di luar Dewan jauh lebih aman dari di dalam Dewan.

Memanglah, nak ziarah ahli-ahli Parlimen untuk memohon mereka menyuarakan masalah kita, kena pergi Parlimenlah. Di situlah ahli-ahli Parlimen berkumpul. Boleh jumpa mana-mana ahli-ahli Parlimen yang kita jangka bersimpati dengan kita.

Sama seperti hendak berjumpa mak ayah kita. Memang boleh jumpa di tepi jalan, tepi longkang, di warung teh tarik, di kedai pasu bunga atau hon dari jauh sambil pecut kereta. Tetapi lebih elok kalau kita balik kampung jumpa mak ayah kita. Jumpa di rumah mereka lebih selesa. Macam-macam kita boleh cerita atau mengadu.

aya tak tahu la. Tetapi jarang benar saya dengar mak ayah yang komplen "apa ni mari ramai-ramai ni! Daripada aman tenteram dan jadi riuh-rendah rumah aku. Dah jadi macam Central Market. Ni sambut pulak hari jadi di sini. Dah jadi macam kelab suka ria pulak!"

Selalunya mak ayah akan suka kalau anak cucu mari ramai-ramai rumah mereka.

Di Parlimen semalam, "mak ayah" (kalau ahli-ahli Parlimen boleh diumpamakan mak ayah rakyat) yang baik-baik dan bertanggungjawab tersenyum berseri-seri muka mereka menyambut kedatangan "anak cucu" (kalau rakyat diibaratkan anak cucu). Contohnya Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub. Selain beberapa ahli Parlimen lain, beliau dicium dan mencium anak kecil yang menyambut hari jadi itu. Jangan lupa, anak kecil itu India dan Salahuddin pula Melayu campur Cina.

Itu "mak ayah" yang baik-baik dan bertanggungjawab. Ramai juga ahli Parlimen yang bermuka masam atau sekurang-kurangnya menunjukkan sign of disapproval di wajah mereka. Adakah itu "mak ayah" jenis sakit jiwa, gila dan kurang ajar? Dan selepas ini, saya harap rakyat semakin tahu nak pilih "mak ayah" yang mana.

Itu satu perkara. Seperkara lagi ialah mengenai undang-undang dan peraturan. Saya bukan peguam. Saya jahil undang-undang. Kalau siapa-siapa pandai undang-undang, tolong beritahu ada atau tidak sebarang undang-undang dan peraturan yang menghalang rakyat datang beramai-ramai menziarahi Ahli Parlimen, mengambil kesempatan bergambar, makan minum di tempat yang boleh makan minum dan menyanyi lagu Happy Birthday?

Kalau tidak ada undang-undang dan peraturan sedemikian, ada atau tidak sebarang konvensyen atau sebarang kesepakatan umum yang melarang perkara sedemikian? Kalau sekiranya ada, adakah konvensyen atau kesepakatan umum itu sesuai dengan Parlimen yang menjadi pusat demokrasi di negara kita? Saya tidak mahu sebut temple of democracy sebab bukan semua orang beragama demokrasi.

Adakah Parlimen tempat menggubal undang-undang, meminta penjelasan, berbahas dan berhujjah sahaja? Bukankah di menara bersebelahan bangunan yang menempatkan dewan-dewan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu terdapat pejabat-pejabat ahli-ahli Parlimen ketika mereka bersidang?

Adakah pejabat-pejabat tersebut tidak boleh digunakan untuk urusan-urusan lain selain urusan Parlimen sahaja? Adakah pejabat itu tidak boleh digunakan untuk urusan rakyat, urusan parti dan sebagainya? Kalau tidak boleh, tidakkah Perdana Menteri juga menggunakan pejabatnya di situ untuk memaksa Ahli-Ahli Parlimen partinya mengikrarkan taat setia kepadanya Selasa lalu?

Dan, kalau begitu ramai rakyat yang hendak berjumpa begitu ramai ahli Parlimen yang mereka harapkan untuk membantu dan membela mereka, adakah lobi Parlimen tidak boleh digunakan? Apa undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan mereka berbuat demikian?

Persoalan selanjutnya, bukankah Parlimen diwujud, dibina dan digunakan demi kepentingan rakyat? Dari rakyat untuk rakyat. Jika benar Parlimen diwujud, dibina dan digunakan demi kepentingan rakyat, apa salahnya rakyat datang beramai-ramai untuk mengadukan masalah dan penderitaan mereka kepada seberapa ramai pun ahli Parlimen yang sudi membuka telinga dan jiwa kepada mereka?

Lebih penting dari semuanya, jika benar Parlimen diwujud, dibina dan digunakan demi kepentingan rakyat, saya mohon kepada semua rakyat, setiap kali kita ada masalah, mari kita serbu Parlimen beramai-ramai! (penarikbeca.blogspot.com)

Baca Selanjutnya...

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana
tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun dimasjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu dirumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat dimasjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita
sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Baca Selanjutnya...

Kami bahagia dan mengizinkan dia berkahwin lagi

Suami kami berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kami bahagia dan mengizinkan dia berkahwin lagi kerana mereka sudah suka sama suka.

“Jika tidak dibenarkan, bimbang pula berlaku perkara tidak baik. Jadi, baik benarkan mereka bernikah,” demikian kata seorang wanita, Noraini Daud, 40, yang hadir bersama dua lagi madu menemani suaminya, Mohamed Nor Awang, 57, yang memohon kebenaran bernikah kali keempat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

“Noraini yang juga isteri ketiga Mohamed Nor, berkata dia dan dua lagi madunya, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, dan Kalthum Dollah, 39, hidup bahagia bersama suami dan anak masing-masing.

Justeru, kami berpakat membenarkan suami berkahwin lagi bagi mengelak berlaku maksiat atau kahwin lari berikutan kedua-dua pihak saling menyukai antara satu sama lain,” katanya.

Semalam, tiga wanita berkenaan hadir di mahkamah menemani suami mereka memohon kebenaran mengahwini seorang kerani, Suzi Sulong, 34, sebagai isteri keempat pada majlis yang dijadualkan di sini, 23 Mei ini.


Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shaikh Ahmad Ismail meminta Mohamed Nor mengemukakan alasan kukuh sebelum permohonannya dipertimbangkan walaupun dipersetujui tiga isterinya.

Menurut Shaikh Ahmad, mahkamah tidak boleh meluluskan permohonan Mohamed Nor yang mempunyai 18 anak berkahwin empat kerana tidak mengemukakan alasan kukuh selain berpendapatan rendah yang dibimbangi tidak mampu menyara keluarga serta berlaku adil.

Selain itu, beliau mengarahkan pemohon mengemukakan afidavit tambahan dengan alasan munasabah untuk berkahwin lagi, buku bank serta membawa wali dan bakal isteri ke mahkamah, Ahad ini, sebelum membuat keputusan sama ada permohonan itu dibenarkan atau sebaliknya.

Katanya, beliau juga pelik kerana ketiga-tiga isteri pemohon bersungguh-sungguh membantu suami membuat permohonan itu, malah memberi persetujuan tanpa syarat untuk suami mereka berkahwin walaupun pendapatan Mohamed Nor sebagai pemandu lori hanya RM1,500 sebulan.

“Pada pandangan syarak, mahkamah tidak boleh membenarkan permohonan itu kerana pemohon tidak berkemampuan dari segi kewangan selain usia lanjut.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga isteri memberi izin dan meminta mahkamah membenarkan permohonan itu.

“Oleh itu, mahkamah memberi peluang dan mengarahkan pemohon mengemukakan alasan kukuh, membawa buku bank sebagai bukti memiliki simpanan mencukupi untuk kegunaan kecemasan dan membawa wali bersama bakal isteri untuk dipastikan persetujuannya sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau tidak.

“Sepanjang saya bekerja (sebagai hakim syariah), ini kali pertama saya berdepan kes tiga isteri bersetuju tanpa syarat membenarkan permohonan suami berkahwin satu lagi, Malah, isteri pula yang bersungguh-sungguh memohon kebenaran mahkamah untuk suami berkahwin empat.

“Mungkinkah Mohamed Nor mengamalkan ilmu tertentu? Saya tidak dapat meluluskan permohonan itu hari ini kerana memerlukan afidavit tambahan dengan alasan munasabah mengapa perlu berkahwin lagi sedangkan sudah ada tiga isteri dan 18 anak yang memerlukan tanggungjawab dan tanggungan besar,” katanya.

Terdahulu, pada awal prosiding, Shaikh Ahmad turut mempertikaikan jumlah perbelanjaan bulanan yang diagihkan pemohon kepada ketiga-tiga isteri yang masing-masing mempunyai sembilan anak (isteri pertama), isteri kedua (empat anak) dan isteri ketiga (lima anak) yang disifatkan tidak adil berikutan isteri kedua dan ketiga bekerja.

Difahamkan, bakal isteri pemohon kenalan kepada tiga isterinya dan beberapa kali putus cinta sebelum menerima lamaran pemohon.

Mahkamah menetapkan Ahad ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan itu.

Baca Selanjutnya...

Kisah isteri yang suka berleter

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

“Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".

"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".

"Itu saja ke haji?"

"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Disana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".

"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba ..

Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!" Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Moral the story - Jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!

Baca Selanjutnya...

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

“Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami. Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung diudara, ikan-ikan di air dan malaikat dilangit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1)Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2)Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3)Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
4)Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Baca Selanjutnya...

Lompat Parti yang melibatkan Ahli-Ahli Parlimen BN

Cakap-cakap lompat parti yang melibatkan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan berlaku makin hangat ekoran kenyataan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang memberikan kiasan politik mengenai perkara berkenaan. Jika selama ini isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah yang sudah berlarutan lebih 20 tahun tidak begitu diberikan perhatian, kini ia menjadi isu nasional apabila wujudnya ‘ancaman’ lompat parti akan berlaku. Bagi beliau ada dua ‘tingkap’ yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan Persekutuan dengan segera. Tingkap pertama ialah peluang bagi kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan jika peluang ‘tingkap’ pertama itu tidak dimanfaatkan maka ‘pintu’ kedua akan terbuka iaitu kemungkinan berlakunya lompat parti.
Bercakap kepada Agendadaily, beliau memberikan bayangan ‘pintu’ pertama tersebut mesti diselesaikan menjelang Ogos akan datang. Nama Yong Teck Lee disebut-sebut menjadi orang penting dalam isu melompat parti di kalangan Ahli-Ahli Parlimen BN. Pagi Selasa, Teck Lee difahamkan telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ditanya mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri, beliau enggan mengulas tetapi memberi bayangan bahawa pertemuan itu hanya memberikan beliau penegasan semula bahawa usaha-usaha sedang diambil bagi menangani isu-isu rakyat dan negeri Sabah yang dibangkitkan. “Saya cuma mendapat penegasan semula dariapda pertemuan itu dan tiada sesuatu yang kukuh diberikan,” ujar beliau. Bagaimanapun jelas beliau, beliau akan memberikan masa kepada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul sesuai dengan jaminan usaha-usaha sedang diambil. Menjawab soalan mengenai isu lompat parti, Teck Lee ulangi bahawa isu sebenarnya bukan soal lompat parti tetapi pelaksanaan janji-janji pembangunan untuk Sabah. Cumanya tambah beliau, isu yang melibatkan rakyat dan negeri Sabah menjadi hangat ekoran adanya kemungkinan lompat parti yang berlaku. “Selama ini, isu-isu Sabah tidak mendapat perhatian. KIni bila muncul cerita akan berlakunya lompat parti barulah isu-isu Sabah ini menjadi penting... kenapa… sebab ia akan menjejaskan kedudukan BN dan kerajaan persekutuan,” jelasnya. Ditanya sama ada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menemui beliau, Teck Lee dengan tersenyum hanya memberitahu: “Sebagai pemimpin politik kita kena bertemu dan berdialog selalu demi kepentingan rakyat”. Ditanya, tarikh 16 September yang disebut oleh Anwar sebagai tarikh akan berlakunya perubahan politik negara ini, Teck Lee berkata, Anwar mempunyai kelebihan memainkan sentimen sebab tarikh itu amat bermakna bagi rakyat Sabah dan Sarawak kerana ia bersempena dengan penubuhan Malaysia.

Baca Selanjutnya...

MB & ADUN PR Perak naik bas ke Parlimen

IPOH, 12 Mei :- Sejarah dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama. Menjawab pertanyaan wartawan di bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri. Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahansan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba. Kami datang demgan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan. Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepejabat Ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Preesiden Pas, Dato' Seri TG. hj. Abdul hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang. Ir. Nizar juga menyatakan suapaya para wartawan media arus perdana dan alternatif melapor sesuatu untuk menyakinkan rakyat. dan pemberitaan yang benar dan salah akan dipertanggungjawab oleh Allah SWT.

Baca Selanjutnya...