Ini adalah satu situasi yang pelik kerana sepatutnya para defendanlah yang sewajarnya ditahan reman dan disiasat oleh pihak Polis. Tindakan pihak polis ini nampaknya tidak selari dengan keperluan undang-undang Malaysia.
Ini semua menunjukkan bahawa terdapat kuasa-kuasa (tangan ajaib) yang mungkin terlibat dalam mencaturkan urusan perundangan dan keselamatan negara. Apa yang pastinya, kita boleh lihat bahawa akan terdapat penahanan dan pendakwaan terpilih dilakukan oleh pihak Polis.
Sewajarnya pihak PDRM mengendalikan kedua-dua kes ini dengan profesional namun dari pengalaman yang lampau kita boleh lihat bahawa ianya tidak akan berlaku.
Pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) wajar membuat satu siasatan terbuka untuk memastikan tiada unsur-unsur rasuah dalam kedua-dua kes yang dinyatakan diatas.
Yang pasti, sistem perundangan, siasatan dan kehakiman Malaysia sedang dan telah mengalami kemerosotan yang melampau sehinggakan menjadi satu bahan lelucon diperingkat tempatan dan antarabangsa. Selagi mana perkara ini berlaku di Malaysia, saya pasti para pelabur asing akan menjauhkan diri mereka dari melabur di Malaysia kerana pastinya mereka tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada sistem perundangan dan kehakiman Malaysia.
Kini anda dan saya boleh lihat betapa banyak pelabur asing telahpun memindahkan operasi mereka ke negara lain terutamanya Thailand, Vietnam, China dan Taiwan.
No comments:
Post a Comment